Dunia ini benar-benar berubah. Jika seseorang yang hidup di kurun lepas
dibangkitkan semula, tentu dia kehairanan melihat dunia ini. Bukan
kecanggihan teknologinya, tetapi nilai dan budaya yang dipegang manusia
pada zaman ini. Globalisasi. Kalimah yang memberikan pelbagai kesan dan
makna. Dunia tanpa sempadan gagal dikawal mana-mana kuasa. Kita sudah
menjadi seperti sebuah kampung yang kecil.
Segala yang berlaku di setiap cerok diketahui penduduknya dan menjadi
buah mulut orang. Bahkan, kita lebih sempit dari kampung. Teknologi
mewujudkan jaringan sosial manusia telah menjadikan setiap berita
tersebar jauh lebih pantas dari sebuah kampung. Tambahan lagi, bukan
sekadar cerita yang dibawa, tetapi peristiwa yang dirakam. Maka budaya
dan nilai kehidupan manusia berubah. Suasana baru berlaku dan menentukan
banyak gaya fikir dan pendekatan kita.
Pendekatan yang difahami
Saya menjadi ahli Oxford Union. Satu badan bersejarah di Oxford. Setiap
minggu mereka ada debat membabitkan isu-isu yang menarik. Tokoh-tokoh
dipanggil dan isu-isu tertentu dicadang dan didebatkan. Pasukan
pencadang dan pembangkang dibentuk. Kemudian undian dijalankan. Minggu
lepas tajuk: This House Would Recognise Prostitution as a Legitimate
Business. Mungkin hal ini mengarut bagi kita. Apa cerita hendak
mencadangkan seperti itu?
Saya hadir untuk mendengar debat tersebut. Ternyata, di sudut ‘mata
mereka’ bukan sedikit alasan yang mendapat tepukan gemuruh. Walaupun
bagi kita masyarakat Muslim, hal itu jelas haram disebabkan nas-nas
agama.
Namun, jika kita ingin berdialog dengan mereka, kita patut berhujah
dengan apa yang mereka percaya. Kata ‘Ali bin Abi Talib: “Bercakaplah
kepada manusia dengan apa yang mereka tahu. Apakah kamu suka didustai
ALLAH dan Rasul- Nya” (Riwayat al-Bukhari). Maksudnya, gunakan approach
yang difahami kerana pendekatan yang salah, akhirnya agama ini menjadi
mangsa tuduhan.
Simpati
Di Malaysia dikatakan heboh pasal LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and
Transgender) . Apatah lagi dengan kehadiran Arshad Manji. Sebenarnya,
isu LGBT ini bukan sahaja heboh di Malaysia, di negara Barat seperti UK
ini pun kebelakangan ini banyak berita tentang tuntutan-tuntutan mereka.
Jumlah mereka bertambah, bukan sekadar pengamalnya tetapi juga mereka
yang bersimpati.
Golongan yang bersimpati melihat di sudut ruang kebebasan individu yang
patut diiktiraf. Perdana Menteri UK David Cameron antara penyokong hak
berkahwin golongan gay di UK. Walaupun kebelakangan ini ada bantahan
dari MP partinya, tetapi pendirian asal Cameron ialah untuk menghalalkan
perkahwinan golongan ini dari segi undang-undang.
Padahal David Cameron yang sama menyebut dalam bulan Disember tahun
yang lalu UK is a Christian country and we should not be afraid to say
so.
Seks songsang dalam dunia yang rencam Itu ucapan beliau di Oxford
sempena 400 tahun Bible King James. Di Amerika, Barrack Obama dua minggu
lepas mengistiharkan sokongan kepada golongan LGBT untuk berkahwin.
Beliau dalam temubualnya menyebut:
I have to tell you that over the course of several years as I have
talked to friends and family and neighbors when I think about members of
my own staff who are in incredibly committed monogamous relationships,
same-sex relationships, who are raising kids together, when I think
about those soldiers or airmen or Marines or sailors who are out there
fighting on my behalf and yet feel constrained, even now that Don’t Ask
Don’t Tell is gone, because they are not able to commit themselves in a
marriage, at a certain point I’ve just concluded that for me personally
it is important for me to go ahead and affirm that I think same sex
couples should be able to get married.
Pendirian mereka mungkin atas kepentingan politik, ataupun kepercayaan
tentang hak kebebasan individu yang menjadi ‘rukun iman’ dalam hidup
mereka. Dalam usaha menjaga perasaan penyokong, bukan sahaja politicians
bahkan pihak gereja juga mula membuka ruang kepada golongan ini.
Bukan sekadar untuk berkahwin, tetapi untuk menjadi paderi sekalipun.
Ini seperti yang sedang berlaku beberapa hari lepas di Church of
Scotland.
Suasana baru
Nampaknya golongan LGBT ini mula membentuk komuniti yang mempunyai
suara dan pengaruh dalam politik. Penentangan terhadap mereka dilihat
oleh sesetengah pihak sebagai tidak menghormati hak individu. Dalam
suasana yang seperti ini, umat Islam, samada golongan pemikir, ahli-ahli
politik dan selain mereka terpaksa mencari laras bahasa yang baru dalam
mengulas tentang golongan ini.
Di negara seperti Malaysia, mungkin belum cukup terasa, tetapi umat
Islam di Barat terpaksa mencari satu pendekatan yang dapat difahami oleh
akal manusia di sini. Kita bersetuju bahawa the ground of politics is compromise, but the ground of Islam is principal, namun dalam masa yang sama pendekatan yang berkesan perlu dicari dalam menegakkan prinsip.
Amalan LGBT sebagai sesuatu yang haram di sisi ajaran wahyu adalah
sesuatu yang pasti tanpa mungkin ada sebarang penafsiran lain lagi. Ia
termasuk dosa besar. Ini jelas apabila ALLAH merakamkan ucapan Nabi Lut
terhadap kaumnya (maksudnya) : “Dan (Nabi) Lut juga ketika dia berkata
kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak
pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu
dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang
melampaui batas”. (Surah al-‘Araf 80 dan 81). Ayat ini menggambarkan
kaum Lut memulakan amalan songsang ini.
Sesuatu yang tidak dikenali sebelum itu. Namun, dunia hari ini lebih
buruk, kerana hal ini telah dimulakan, telah berakar umbi dalam
sesetengah masyarakat, di samping mendapat pengiktarafan pula di
peringkat antarabangsa.
Nabi Lut sendiri mencari banyak pendekatan dalam membetulkan keadaan, termasuk menawarkan anak-anak perempuannya untuk mereka.
Walaupun perkataan banati (anak-anak perempuanku) dalam al-Quran
mengenai dialog Lut itu mempunyai pelbagai tafsiran, namun ia merujuk
kepada tawaran Lut untuk mereka mengahwini perempuan-perempuan
keturunannya ataupun pengikutnya. Kata Lut: (maksudnya) “Wahai kaumku!
di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu, oleh itu
takutlah kamu kepada ALLAH, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku
mengenai tetamu-tetamuku, tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki
yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” (Surah Hud ayat 78).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment