SELEPAS dihimpit masalah kecederaan dan krisis keluarga, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini tampil lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan penting sepanjang kariernya bagi memastikan pingat emas pertama negara di Olimpik London menjadi kenyataan.
Masih dibelenggu masalah kecederaan, beliau tekad melakukan yang terbaik selain mengikuti setiap latihan dan persiapan yang telah disusun bagi memastikan persediaan penuh sebelum kejohanan berprestij itu yang hanya berbaki sebulan sahaja lagi.
"Saya tahu bukan mudah untuk hadapi kejohanan besar seperti ini selepas mengalami kecederaan, tetapi saya akan berjuang habis-habisan kerana ia bukan sahaja penting untuk saya tetapi juga negara dan orang ramai yang menyokong selama ini.
"Buat masa ini, saya akan kekal fokus untuk sesi latihan dan fisioterapi serta berharap kecederaan ini dapat pulih sepenuhnya minggu depan," katanya yang telah mula menjalani latihan fizikal tiga minggu lalu.
Mengakui masih fobia beraksi di atas gelanggang, bagaimanapun pemain berasal dari Pulau Pinang ini berazam untuk memberi sepenuh komitmen termasuk mempertajamkan kemahirannya ketika sesi latihan fasa terakhir skuad badminton negara di Universiti Bath, United Kingdom mulai 12 Julai depan sebelum dijangka berlepas ke London pada 25 Julai.
"Saya tidak mahu terlalu tertekan dengan apa yang orang perkatakan kerana mungkin apabila di sana nanti lebih fokus untuk latihan, fizikal dan mental sebagai persediaan ke Olimpik," katanya yang turut disertai rakan sparring seperti Chong Wei Feng, Kwong Beng Hong dan Liew Daren serta dua ahli fisioterapi daripada Institut Sukan Negara (ISN).
Selain itu katanya, beliau akan mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi
Wednesday, 20 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment