PIHAK polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras sindiket judi
membabitkan kejohanan bola sepak Euro 2012 yang akan bermula esok.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7)
Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang memantau
laman web dan laman sosial berkaitan.
“Kita memang ada jalankan kerjasama dengan SKMM bagi membanteras
perjudian ala bookie itu,” katanya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebelum ini berkata, terdapat
beberapa individu termasuk orang kenamaan (VIP) di negara ini dikesan
menjadi dalang yang menaja sindiket judi bola sepak Euro.
Berdasarkan maklumat awal dan pengamatan menerusi Ops Soga yang
dilancarkan polis bagi membanteras jenayah pertaruhan bola pada 1 Mei
lalu, Mohd Bakri berkata, individu tersebut telah membuat pelaburan
besar untuk menggerakkan operasi berkenaan yang melibatkan keuntungan
berbilion ringgit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment