Pages

Labels

Powered by Blogger.

Saturday, 9 June 2012

MARADONA PILIH JERMAN JUARA EURO

LEGENDA Argentina, Diego Maradona membakar api perjuangan pasukan Jerman dengan menyifatkan skuad bimbingan Joachim Loew berpeluang cerah merangkul mahkota Euro 2012.

Dianggap sebagai pasukan pilihan kempen kali ini, Maradona melihat ketiadaan David Villa dan Carles Puyol dalam skuad Sepanyol yang merupakan penyandang juara mengukuhkan firasatnya melihat die Mannschaft meraih gelaran keempat mereka.

Berada dalam kumpulan maut bersama Belanda, Portugal dan Denmark, Jerman pastinya menghadapi tentangan sengit bagi memburu dua slot ke suku akhir.

"Sudah tentu Jerman pasukan pilihan kejohanan. Mereka menang setiap perlawanan kelayakan hasil adunan pemain baru dan berpengalaman seperti Miroslav Klose, Lukas Podolski dan Thomas Muller serta pemain tengah kental Mesut Ozil dan Sami Khedira.

"Malah, Bastian Schweinsteiger dan rakan lain dijangka tidak bermasalah mengungguli peringkat kumpulan," kata Maradona.

Menurut bekas bintang Boca Juniors itu, Loew pintar memilih pemain dan meletakkan pertahanan mantap seperti Philipp Lahm dan Holger Badstuber serta penjaga gawang berkaliber, Manuel Neuer bagi memastikan bentang mereka tidak dibolosi lawan.

Bagaimanapun, Maradona tetap berfikiran realistik dan mengakui La Roja, Itali, Republik Ireland dan Croatia bakal mengisi fasa lapan pasukan terakhir kempen tahun ini.

0 comments:

Post a Comment