Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday, 15 June 2012

PERANCIS BUKA PELUANG KE SUKU AKHIR EURO 2912

DUA gol yang diperolehi Perancis dalam perlawanan kedua Kumpulan D awal pagi semalam, bukan sahaja membantu skuad Les Blues melakar kemenangan pertama pada Euro 2012, sebaliknya meletakan pasukan itu di landasan terbaik untuk melangkah ke suku akhir.

Pada aksi pertama, Perancis yang hanya mengutip satu mata setelah seri dengan England membuktikan mereka pasukan yang berstatus tinggi apabila berjaya membenam tuan Rumah, Ukraine untuk meraih empat mata selepas dua perlawanan.

Jadi, Perancis yang kini menerajui kedudukan Kumpulan D pastinya semakin selesa untuk menempah slot ke suku akhir apabila perlawanan terakhir menentang Sweden dijangka mudah untuk anak didik Laurent Blanc mencipta kemenangan.

Bagaimanapun, jurulatih Perancis, Laurent Blanc tidak mahu bersikap sambil lewa dan mendabik dada dengan kemenangan ke atas Ukraine.

"Memang kita telah menunjukkan satu peningkatan yang positif. Malah, pencapaian menewaskan Ukraine telah membuktikan kemampuan kita yang sebenanrnya.

"Namun saya tidak boleh terlalu yakin kerana setiap perlawanan adalah satu cabaran.

"Jadi, perlawanan terakhir nanti, kami perlu tenang dan fokus. Malah melakukan setiap apa yang dirancang dan mengambil peluang yang ada untuk melakukan serangan," katanya.

Sementara itu, Ukraine yang selesa di hadapan setelah mencipta kemenangan pada aksi sulung Kumpulan D, kini berada di ambang penyingkiran apabila menduduki tangga ketiga di belakang England dan Perancis.

Oleg Blokhin berkata, "ia satu keputusan yang mengecewakan. Walaupun mendapat peluang terbuka luas, ia tidak menjadi seperti apa yang dirancang.

"Kami telah membuat kesilapan apabila berasa selesa dengan kemenangan ke atas Sweden, akhirnya ia mengundang padah.

"Jadi, pertemuan dengan England nanti kami harus bangkit untuk kembali bernafas dalam saingan Euro 2012," kata Blokhin.

0 comments:

Post a Comment