SAN FRANCISCO - Laman Twitter kelmarin, memperkenalkan Twitterbird
sebagai simbol baru syarikat rangkaian sosial global yang semakin
berkembang itu.
Pengarah kreatif, Doug Bowman berkata, sudah sekian lama masyarakat
dunia mengenali simbol kecil burung biru yang dikaitkan dengan
perkhidmatan Twitter.
"Rekaan semula simbol lebih kreatif dan ringkas ini akan menggantikan Larry yang digunakan sejak enam tahun lalu," jelasnya.
Laman sosial yang membolehkan ahlinya berinteraksi dan memberi komen
secara interaktif, didakwa kini mempunyai lebih daripada 140 juta
pengguna dengan bilangan terbesar di Amerika Syarikat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment