PENGENDALI Portugal, Paulo Bento tidak akan mengubah strategi dan pada masa yang sama menggesa pasukannya tidak memandang ringan cabaran Republik Czech menjelang perlawanan suku akhir awal pagi esok.
Bento mahu mereka merendah diri dan tidak melupakan sejarah mereka ketika memulakan kempen edisi kali ini dengan prestasi tempang menentang Jerman.
“Apa yang telah kita lakukan adalah walaupun di saat-saat yang paling sukar, kita tidak menukar strategi kami, mahupun identiti kita.
"Kami akan cuba kekalkan dan memberi tumpuan kepada apa yang kita buat. Kita akan lakukan yang terbaik dan cuba mencari kelemahan mereka," jelasnya.
Beliau menyambut hari jadi yang ke-43 hari ini memberitahu, “hasrat saya yang terbesar adalah membawa kejayaan untuk semua orang di Portugal. Itu azam saya.”
Sementara itu, pemain tengah Portugal, Raul Meireles memuji kapten pasukan mereka, Cristiano Ronaldo.
“Semua orang mahu Ronaldo untuk membantu, mujur dia menjaringkan gol ketika menewaskan Belanda,” katanya.
Pemain tengah, Joao Moutinho juga memberikan pandangan yang sama tentang Ronaldo.
“Dia adalah seorang pemain yang sempurna dan istimewa. Sukar untuk saya mengetahui kelemahannya. Dia bagus dalam tandukan bola, kakinya dan dia memang pantas.
“Dia pemain yang hebat dan menjadi nadi dalam pasukan kami. Kami berasa bangga mempunyai pemain ini didalam skuad,” jelasnya.
Moutinho juga menggesa supaya rakan-rakan sepasukan fokus dalam perlawanan menentang Czech ini selepas mengharungi 'kumpulan maut' sebelum ini bersama Jerman, Belanda dan Denmark.
“Kita akan menghadapi lawan yang sangat bermotivasi dan kuat, mereka terkenal dengan serangan balas. Czech akan melakukan apa sahaja untuk mengecewakan kami.
“Saya pasti ia merupakan satu perlawanan yang sangat hebat dan menarik. Ia teramat sukar menentang lawan yang hebat seperti mereka,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment