BANYAK istilah dilabelkan kepada perbuatan atau aktiviti ini. Ada yang memanggilnya melancap, beronani atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai masturbation.
Kamus
Dewan, Edisi Ketiga mendefinisikan maksud melancap sebagai berzina
dengan tangan. Manakala, beronani pula sinonim dengan mengeluarkan air
mani.
Apa
pun panggilan, maksud atau pengertiannya, tujuannya sama. Secara umum,
ia bermaksud melakukan rangsangan terhadap organ seks si empunya diri
untuk mendapatkan keseronokan bagi kepuasan diri sendiri.
Terdapat pelbagai pandangan dari sudut kesihatan dan agama berhubung amalan yang telah wujud sejak berkurun lamanya.
Ada
yang berpendapat, aktiviti ini harus dilakukan ketika dalam darurat,
terutama bagi mengelakkan diri daripada melakukan hubungan seks `haram'.
Tidak
kurang beranggapan amalan seperti ini diamalkan oleh mereka yang belum
berkahwin, akan terhenti sebaik mereka berumah tangga. Namun, ini tidak
sering berlaku.
Ketagihan kepada amalan seumpama ini, menyebabkan ada yang terikat hingga mereka berasa sukar meninggalkannya.
``Ada kalanya, mereka lebih cenderung bersendirian, untuk melakukan amalan tersebut daripada berinteraksi dengan pasangannya.
``Jika
amalan ini mengundang kesan negatif sehingga menggugat kerukunan rumah
tangga, individu terbabit memerlukan bimbingan pakar,'' demikian menurut
Ketua Klinik Pakar, Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, Lembaga
Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Malaysia, Dr. Mohd.
Ismail Mohd. Tambi.
Menurut
beliau, perilaku ini berterusan kemungkinan individu terbabit
memperoleh kenikmatan dan keseronokan yang tidak diperoleh melalui
hubungan seks.
Bagaimanapun,
seandainya amalan ini boleh menggugat hubungan dengan pasangannya,
mahupun diri pengamal itu sendiri, sebaiknya amalan ini dihentikan.
``Ini
kerana, ada sesetengah individu yang sanggup melakukan perlakuan ganas
hingga mencederakan anggota kelaminnya semata-mata untuk merangsang
nafsunya,'' jelas beliau.
Istilah
masturbation berasal dari perkataan Latin, masturbare. Ia adalah
gabungan dua perkataan Latin, manus - tangan dan stuprare - menodai,
menodai dengan tangan.
Orentasi seksual manusia terbahagi kepada beberapa fasa dengan mengenali anggota kelamin mereka melalui sentuhan.
Fasa uretral, berlaku dari peringkat umur antara satu hingga dua tahun. Amalan beronani bermula dari peringkat kanak-kanak.
Bagi
kanak-kanak lelaki, amalan memegang zakar sering dilakukan apabila
mereka sukar tidur atau membolehkan kanak-kanak tersebut diam.
``Keseronokan memegang kemaluan mereka menyebabkan kanak-kanak ini tertidur,'' ujarnya.
Rasa
tenteram, selesa, nikmat dan seronok menyentuh anggota kelamin mereka
ketika kanak-kanak merupakan titik permulaan. Dengan erti kata lain,
perilaku ini sebenarnya berlaku tanpa disedari.
Menurut
beliau, keseronokan yang dinikmati daripada sentuhan secara spontan
ini, menyebabkan individu terbabit cenderung untuk menerokanya.
Lama-kelamaan
individu tersebut terus terikat dengan amalan tersebut. Selain
menggunakan tangan, jika si pelakunya lelaki, biasanya dia menggunakan
tangan atau sebarang alat tiruan penggetar seperti faraj untuk mencapai
klimaks.
``Kepuasan
seks ini akan tercapai melalui ejakulasi. Pada masa yang sama, individu
terbabit akan berkhayal atau merangsang mindanya dengan melihat video
lucah, gambar wanita tanpa pakaian atau apa saja,'' jelasnya.
Menurut
Ismail, tidak diketahui dengan jelas sejak bila amalan beronani ini
bermula. Bagaimanapun, penggunaan istilah `onani', diambil sempena nama
salah seorang nabi terawal, Nabi Onan.
Baginda dikatakan dilaknati oleh Allah kerana telah melakukan perbuatan terkutuk mengeluarkan air mani di luar faraj isterinya.
Perbuatan
tersebut dilakukan kerana baginda enggan isterinya hamil. Sehubungan
itu, Ismail menjelaskan, penggunaan istilah `onani' tidak begitu tepat
jika dibandingkan dengan melancap.
Mungkin
tidak ramai yang mengetahui amalan beronani bukan didominasi oleh
lelaki. Malah, wanita juga tidak terkecuali. Namun, peratusannya lebih
tinggi di kalangan lelaki.
Mengulas
berhubung kajian yang menyatakan amalan ini mempunyai kelebihan
tertentu, Ismail tidak menafikan pendapat tersebut berdasarkan dari
pandangan sains.
``Selain dapat mengenali fungsi syahwat dan proses reproduksi lelaki, amalan ini dipercayai dapat melegakan tekanan seksual.
``Ia
dikatakan dapat menghindarkan individu terbabit daripada melakukan
jenayah seks, mendedahkan diri daripada penyakit kelamin seperti
jangkitan HIV atau AIDS dan seks rambang,'' jelas beliau.
Di Scandinavia, misalnya, topik ini menjadi satu isu yang dibincangkan secara terbuka dengan remaja lelaki dan perempuan.
Malah,
bukan sesuatu yang mengejutkan kerana di negara terbabit, ada
pakar-pakar yang membimbing remaja lelaki teknik beronani yang baru. Ini
semua dilakukan untuk melegakan tekanan atau perasaan seksual.
Melalui
pendekatan seumpama ini, jumlah remaja dan orang dewasa yang terlibat
dalam jenayah seks di negara tersebut dikatakan paling minimum atau
hampir tiada.
Baru-baru
ini, penyelidikan yang dilakukan oleh Majlis Kanser Australia Victoria
mendedahkan, lelaki yang berusia antara 20 hingga 50 tahun berisiko
rendah menghidap kanser prostat jika mereka kerap mengalami ejakulasi.
Kajian
tersebut menyatakan, lelaki sihat yang beronani atau melakukan hubungan
seks sekurang-kurangnya sekali sehari, kurang satu per tiga untuk
mendapat kanser yang membunuh lebih sejuta lelaki setiap tahun.
Secara umum, kata Ismail, amalan beronani tidak memudaratkan sekiranya ia sekadar melepaskan nafsu.
``Masalah yang timbul ialah apabila ada sesetengah yang melakukan amalan ini terlalu kerap dan ganas.
``Ada
sebahagian individu yang sanggup memintal, menarik atau menggesel zakar
sehingga mencederakan anggota reproduktif tersebut,'' katanya.
Dari sudut agama, amalan ini dilarang keras, kerana ia merupakan satu penyeksaan kepada diri sendiri dan batin.
Selain
itu, ia mendedah dan melambangkan keperibadian yang lemah dan tidak
mempunyai jati diri yang kukuh kerana tunduk kepada hawa nafsu.
Memandangkan
amalan ini dilihat seperti membazir air mani, yang dianggap sebagai
sumber asas untuk mendapat zuriat, maka pelbagai pendekatan digunakan
untuk menghalang lelaki melakukannya.
Justeru,
seperti termaktub dalam sejarah, amalan yang dianggap seperti memerah
darah dari tubuh ini dikatakan boleh merosakkan mental, otak mereng,
keletihan dan ketumbuhan bulu roma yang banyak di tangan.
Bahaya beronani:
Berdasarkan kajian, mereka yang melakukan amalan beronani seperti ini berkemungkinan menghadapi masalah mati pucuk atau disfungsi erektil (DE).
Berdasarkan kajian, mereka yang melakukan amalan beronani seperti ini berkemungkinan menghadapi masalah mati pucuk atau disfungsi erektil (DE).
Kesannya, lama-kelamaan individu yang melakukan amalan ini akan hilang keseronokan melakukan hubungan seks dengan pasangannya.
Amalan ini juga boleh menyebabkan rasa gelisah dan resah kepada si pelakunya jika individu terbabit tidak dapat melakukannya.
Sekalipun,
ketagihan kepada amalan ini tidak dikategorikan sebagai penyakit
mental, tetapi ia boleh mengganggu kesihatan mental seperti kemurungan.
Wanita yang mengamalnya juga boleh mengalami komplikasi kebas pada anggota kelamin jika dilakukan secara ganas.
Tip mengelakkan beronani:
- Elakkan bersendirian
- Elakkan membaca novel romantis atau mengghairahkan
- Elakkan menonton video, wayang gambar atau cerita-cerita mengghairahkan
- Libatkan diri dalam aktiviti berkumpulan seperti senaman atau bersukan.
Panduan ibu bapa:
- Bilakah kanak-kanak mula berminat mengetahui tentang seks?
Agak
sukar bagi ibu bapa mengetahui tentang permulaan ini. Rata-rata ibu
bapa lebih suka menutup mulut daripada bercakap isu tentang seks. Subjek
ini tidak boleh dielakkan.
Namun, naluri ingin tahu tentang diri mereka sendiri adalah sesuatu yang sihat dan normal.
Menjawab pertanyaan tentang seks adalah salah satu tanggungjawab yang cukup berat bagi ibu bapa.
- Apakah jenis tingkah laku seksual yang ditunjukkan oleh kanak-kanak?
Kanak-kanak biasanya akan menyentuh diri mereka ketika tidak berpakaian seperti di bilik air atau memakai lampin.
Ibu bapa seharusnya memberi reaksi sama ada tindakan mereka wajar atau sebaliknya.
Jangan malukan atau memarahi mereka jika kanak-kanak berminat mendalami tentang tubuh mereka.
Ibu bapa juga perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa bahagian anggota kelamin mereka sebagai sesuatu yang peribadi.
Begitu juga dengan beronani, ibu bapa seharusnya mengambil berat jika kanak-kanak kelihatan leka dengan aktiviti ini.
Ada kalanya, mangsa penderaan seksual selalunya leka dengan aktiviti merangsang diri sendiri.
- Wajarkah melabelkan bahagian sulit dengan gelaran-gelaran tertentu?
Apabila kanak-kanak berusia tiga tahun, ibu bapa boleh memilih untuk menyebutnya dengan istilah anatomi yang betul.
Mungkin, ia kelihatan agak klinikal, tetapi tidak salah menggunakan label yang betul apabila kanak-kanak telah boleh bertutur.
Sebagai contoh, perkataan zakar, faraj dan sebagainya seharusnya dinyatakan secara fakta.
Dengan
cara tersebut, kanak-kanak akan mempelajari sesuatu dengan cara yang
betul tanpa rasa malu. Sekalipun, anak anda tidak bertanya tentang seks,
jangan sesekali mengabaikannya.
Jika
usianya telah mencecah usia lima tahun, anda boleh mula dengan
memperkenalkan buku tentang perkembangan seksual berdasarkan
kesesuaiannya.
Ramai ibu bapa menghadapi masalah untuk menggunakan perkataan yang betul, tetapi banyak buku yang dapat membantu.
0 comments:
Post a Comment