Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday, 7 June 2012

PENEROKA TERIMA HABUAN

BANDAR TUN RAZAK - Tiga peneroka dari Felda Jengka 20, di sini, terkilan sebaik mendapat tahu mereka hanya menerima 800 unit saham dengan harga RM4.55 seunit.

Peneroka, Mokhtar Mahmud, 64, berkata, lebih membuatkan mereka terkilan apabila jumlah itu kurang berbanding saham diterima kakitangan Felda.

“Sepatutnya kami menerima sebanyak 1,000 unit untuk satu lot dan bukan 800 sahaja. Mengapa perbezaan itu terlalu ketara?

Pengurusan juga tidak beri penjelasan berhubung perkara ini,” katanya.

Dia berkata, peneroka bukan tidak bersyukur, namun sedikit terkilan kerana apa istimewanya kakitangan Felda berbanding mereka, sedangkan peneroka mempunyai tanah.

“Kakitangan cuma bekerja dan tidak punya pulangan kepada Felda. Cuba buat macam Tenaga Nasional Bhd yang memberikan dua lot saham kepada kakitangan mereka, sedangkan kami cuma terima 800 unit,” katanya.

Sementara, Ahmad Karim, 64, berkata, kakitangan difahamkan mendapat saham mengikut gaji diterima mereka.

“Kami memang terkilan kerana begitu lama berkempen, kini timbul pula cakap-cakap belakang pembangkang mengatakan kami sebagai peneroka dianaktirikan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan, Mohd Dasuki Hassan pula berkata, masalah itu seolah-olah membuka peluang kepada pembangkang mengatakan peneroka dipermainkan.

“Pemberian ini seolah-olah mengiakan apa diperkatakan pembangkang selama ini sekali gus tidak membuktikan kebenaran Felda mengenai saham sebagaimana diuar-uarkan sebelum ini.

“Sepatutnya kami menikmati lebih daripada durian runtuh sebelum ini. Sekarang peneroka sudah mula bising. Kalau beri cukup 1,000 unit, mungkin peneroka akan tutup mulut,” katanya.

Beliau berkata, peneroka juga menyokong penuh permohonan Timbalan Pengerusi JKKR Felda Lakum untuk penambahan saham sebagaimana dilaporkan dalam Sinar Harian, sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment