Diam tak diam The Legendary Concert Dulu Kini & Selamanya hampir tiba di penghujungnya pada 30 Jun ini bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Memulakan sesi jelajah pada 5 Mei lalu di Kota Kinabalu, kemudian
bergerak ke Pulau Pinang pada 19 Mei dan lokasi ketiga di Johor Bahru
pada 26 Mei, ternyata empat legenda negara, Zainal Abidin, Jamal
Abdillah, Datuk Sheila Majid dan Amy Search berjaya dalam misi mereka
menghiburkan peminat.
Sememangnya idea menghimpunkan empat legenda berada di atas satu pentas
yang sama berjaya mengembalikan nostalgia konsert berbayar di negara
ini sekali gus dapat mencapai matlamat mereka.
Malah, setiap lokasi yang dikunjungi mereka menerima sambutan hangat daripada setiap pencinta muzik tanah air.
Gembira melihat sambutan yang diberikan, Zainal Abidin berkata, lokasi
terakhir di Stadium Merdeka kali ini pasti akan menjanjikan kelainan
buat peminat dan penggemar muzik.
Menurutnya, setiap legenda berhempas pulas untuk memberikan yang
terbaik di lokasi terakhir ini dengan menjanjikan hidangan lagu-lagu
yang berbeza daripada setiap lokasi yang telah dikunjungi.
“Alhamdulillah kami berjaya mencapai matlamat kami menunjukkan kepada
pencinta muzik tanah air beza antara konsert berbayar dan konsert
percuma.
“Pastinya lokasi terakhir ini menjanjikan kelainan dengan tempoh masa
konsert yang lebih panjang dan juga menampilkan lagu-lagu yang berbeza
berbanding lokasi terdahulu.
“Setakat ini, kesemua legenda sudah memberikan tajuk-tajuk lagu kepada
saya dan nampaknya konsert yang sepatutnya mengambil masa selama dua jam
akan bertambah menjadi dua jam setengah ataupun lebih,” katanya semasa
pengumuman penting The Legendary Concert Dulu Kini & Selamanya di
Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zainal turut memberitahu berita gembira kepada peminat yang ingin menyaksikan konsert di lokasi terakhir itu.
Menurutnya, sambutan daripada peminat menyebabkan badan korporat,
Maybank menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus kepada peminat yang ingin
membeli tiket konsert tersebut menerusi Maybank2u.
Selain itu, 100 pelanggan pertama yang membeli dua tiket berharga RM300
atau RM600 menerusi Maybank2u juga layak mendapat dua tiket sagu hati
percuma bernilai RM300.
“Kami gembira apabila badan korporat terkenal menyokong penuh usaha
kami untuk menganjurkan konsert seperti ini. Selain Maybank, kami turut
menerima kerjasama daripada syarikat telekomunikasi, DiGi dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), Malaysian Nature Society,” katanya sambil
memberitahu konsert tersebut juga dibuat untuktujuan amal.
Selain itu, bagi peminat yang membeli tiket berharga RM100,RM200 dan
RM300 layak mendapat satu lagi tiket percuma mengikut harga yang mereka
beli.
Bagi peminat yang membeli tiket VIP RM600 juga bakal mendapat diskaun sebanyak 15 peratus untuk setiap pembelian.
Saturday, 9 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment