Mungkin ramai yang tidak tahu, penyanyi unik, Lady Gaga, tidak menitik beratkan soal pemakanan dan penjagaan kesihatan.
Kesibukan tugas dan kerjayanya sebagai selebriti adalah faktor utama penyanyi ini mengabaikan kesihatan.
Sikapnya yang sambil lewa menjaga kesihatan turut mendapat perhatian dari penyanyi British, Sir Elthon John.
Sebagai orang lama, Elthon John berkata, Gaga sepatutnya menjaga kesihatan dengan baik.
"Saya terlalu risaukan dia (Gaga). Bagaimana dia boleh bertahan tanpa
mengambil makanan berkhasiat? Saya telah berbincang perkara ini bersama
ibu bapanya.
"Dia seorang yang kuat bekerja walaupun bergelar wanita. Apa pun, saya
tidak mahu alasan itu dijadikannya untuk mengabaikan kesihatan,"
katanya.
Sementara itu, Gaga bakal menggegarkan Kota Denmark dan Arab Saudi, tidak lama lagi.
Saturday, 9 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment