Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday, 7 June 2012

PENYELUDUPAN BARANG BERJAYA DITUMPASKAN

RANTAU PANJANG – Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA8), berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis barangan, bernilai RM1,868,166, sepanjang sebulan.

Operasi Wawasan Kelantan yang dimulakan sejak 13 Mei lalu, melibatkan 176 kes rampasan veterinar, Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN), kawalan bahan Kementerian Pengguna dan Dalam negeri, kes rampasan kastam dan kes polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, nilai rampasan tertinggi adalah rampasan 229 lembu bernilai RM916,000 dan barangan Kastam sebanyak RM477, 795.30.

Selain itu katanya, petrol, diesel, minyak masak, gandum dan gula mencatatkan nilai rampasan terendah iaitu RM21,300.

Menurutnya, operasi ini turut merangkumi kes polis iaitu kereta curi, syabu, mercun dan pil kuda yang berjumlah RM268, 630.

“Rampasan KSPBN mencatatkan nilai barangan tertinggi iaitu RM91,103 merangkumi 29, 844 kilogram beras, beras pulut, beras nasi dagang dan tepung beras.

“Kita turut merampas pelbagai jenis barangan membabitkan unit Kementerian Kesihatan berjumlah RM 60, 518,” katanya, selepas taklimat khas, di Markas Taktikal Lubok Setol, semalam.

Turut hadir, Komander Briged Tenggara, Datuk Azizan Abu Taat; Pegawai pemerintah Batalion 8 (PGA), Superintendan Rooslan Radzi dan Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim.

Dalam pada itu, pihaknya akan mengetatkan kawalan sempadan, bagi membanteras penyeludupan lebih-lebih lagi menjelang Ramadan kelak.

“Kita sudah mengkaji kawasan panas, di sepanjang sempadan dan akan menambah baik dari segi pemantauan pos kawalan di Pengkalan Kubur, Bukit Bunga dan Rantau Panjang,” katanya.

0 comments:

Post a Comment