Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday, 8 June 2012

PERANCIS MAMPU HADAPI JALAN SUKAR

KERAJAAN Perancis pada awalnya berura-ura menarik diri daripada menyertai kempen Euro 2012 berikutan bantahan cara pihak berkuasa Ukraine menahan bekas Perdana Menterinya, Yulia Tymoshenko.

Tymoshenko dihukum penjara selama tujuh tahun kerana didakwa melakukan penyalahgunaan jabatan ketika menyetujui kerjasama gas dengan Rusia pada 2011. Tetapi, pasukan bola sepak Les Bleus mengesahkan kehadiran mereka  di bumi Ukraine dengan membawa sejumlah besar pemain bintang beraksi dalam saingan liga elit seluruh dunia.

Nama seperti Hugo Lloris, Patrice Evra, Laurent Koscielny, Franck RibĂ©ry, Samir Nasri dan Karim Benzema antara watak penting yang bakal memacu kejayaan Perancis kali ini. Pernah bergelar juara dua kali (1984 dan 2000) meletakkan  Perancis satu pasukan wajar dihormati oleh lawan.
Selasa ini, skuad pimpinan Laurent Blanc memulakan kempen saingan Euro 2012 dengan menentang pasukan popular, England di Donbass Arena sebelum menentang Sweden pada 16  Jun dan tuan rumah, Ukraine (20 Jun).

Ramalan meja sukan Sinar Harian, Perancis mampu melepasi halangan peringkat kumpulan dan layak tersenarai lapan pasukan terbaik.

0 comments:

Post a Comment