Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norizan Shahidin, 53, dan dua anak.
Mustaghni cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang mengesahkan perkara itu pada satu sidang akhbar berkata, Mustaghni meninggal dunia pukul 11.45 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Ahad lepas, Mustaghni yang sedang
bertugas dalam operasi mencegah lumba haram, dirempuh serta dilibas
dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal terbabit menyebabkan
beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat.
0 comments:
Post a Comment