BOLGATANGA - Pihak berkuasa baru-baru ini melaporkan seekor anjing di
Ghana digelar sebagai wira kerana melindungi bayi baru dilahirkan yang
dibuang di bawah jambatan di Winkongo berhampiran ladang tuannya untuk
sepanjang malam.
Tujuan asal pemilik anjing itu untuk mencari haiwan peliharaannya membawa kepada penemuan bayi tersebut.
Penduduk kampung terkejut melihat anjing itu memeluk bayi yang masih bertali pusat tersebut seperti anaknya sendiri.
Pengarah Kesihatan Daerah Talensi- Nabdam, Rosemary Azure berkata, bayi
malang itu semakin pulih daripada jangkitan dan dia kini ditempatkan di
pusat jagaan kesihatan.
Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengesan identiti ibu
bapa bayi tersebut yang dipercayai adalah pasangan remaja di kawasan
itu.
Saturday, 9 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment