IPOH - New Zealand melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 buat kali pertama setelah
menundukkan Argentina 1-0 di sini malam ini.
Sebelum ini, pasukan itu hanya menduduki tangga ketiga sebanyak empat
kali iaitu pada 1995, 2003, 2008 dan 2009 manakala Argentina pernah
menjuarai kejohanan pada 2008.
Gol tunggal perlawanan dihasilkan, Andy Hayward yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-18.
Penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex dipilih sebagai Pemain Terbaik
Perlawanan Akhir serta Penjaga Gol Terbaik Kejohanan manakala Ashley
Jackson dari Britain terpilih sebagai Penjaring Terbanyak Kejohanan
dengan enam gol.
Pemain India, Sardar Singh terpilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dan pasukan Britain menerima hadiah fairplay.
Pemain pilihan Sultan Azlan Shah pula ialah Kyle Pontifex (New
Zealand), Dean Couzins (New Zealand), Rashid Mehmood (Pakistan), Hyun
Woo Nam (Korea), Pedro Ibarra (Argentina).
Selain itu, Sardar Singh (India), Ryan Archibald (New Zealand), Ashley
Jackson (Britain), Faizal Saari (Malaysia), SV Sunil (India) dan Vila
Lucas Martin (Argentina).
Sementara itu dalam perlawanan lain, India berjaya menundukkan tuan
rumah Sukan Olimpik 2012, Britain 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat
ketiga dan keempat kejohanan kali ini.
Bermain dalam cuaca panas petang ini, Britain mendahului 1-0 sebelum
berakhir babak pertama melalui Ashley Jackson yang menyempurnakan
pukulan sudut penalti.
Ketinggalan 0-1, India bangkit pada babak kedua dengan menjaringkan
tiga gol hasil pukulan Shivendra Singh pada minit-42, Sandeep Singh m-53
dan Khandker Tushar m-68.
Pada perlawanan peringkat pertama sebelum ini, pertemuan antara
kedua-dua pasukan ini berkesudahan Britain menewaskan India 3-2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment