Pages

Labels

Powered by Blogger.

Sunday, 3 June 2012

JET KARGO REMPUH BAS

ACCRA - Sebuah pesawat kargo merempuh bas selepas terbabas dari landasan ketika mendarat di ibu negara Ghana semalam, menyebabkan kesemua 10 penumpang bas terbunuh.

Empat anggota krew pesawat itu, Boeing 727-200 milik Allied Air, terselamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Beberapa laporan menyebut nahas terjadi ketika pesawat itu sedang berlepas dari lapangan terbang.

Nahas itu berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka, yang terletak berdekatan dengan kawasan bangunan-bangunan tinggi dan hotel-hotel yang baru dibina.

Saksi berkata pesawat yang terbabas dari landasan, kira-kira 7 petang waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia), merejah pagar lapangan terbang sebelum merempuh bas yang sedang bergerak.

Jurucakap Perkhidmatan Bomba Ghana, Billy Anaglate berkata, kesemua 10 penumpang dalam bas terbabit terbunuh.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Lagos, Nigeria ke Ghana.

"Ketika mendarat ia terbabas dari landasan dan masuk kawasan jalan di luar pagar (lapangan terbang)," kata Anaglate dipetik laporan AP.

Ghana, yang mempunyai 25 juta penduduk, tidak berhadapan dengan nahas udara besar sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Naib Presiden Ghana, John Dramani Mahama mengarahkan agar pegawai penerbangan mengadakan siasatan.

Kawasan tragedi turut menempatkan stadium sukan El-Wak dan perkampungan haji

0 comments:

Post a Comment