MESKIPUN sebelum ini kedua-duanya sering digandingkan
dalam program realiti Raja Lawak mahupun Maharaja Lawak, namun tidak
pada rancangan Super Spontan yang menyaksikan mereka perlu bersaing
sesama sendiri.
Sungguhpun begitu, sejak daripada awal Super Spontan ditayangkan lagi,
baik Johan mahupun Zizan dilihat tidak mengambil peduli akan persaingan
yang berlaku.
Sebaliknya, pasangan rakan baik yang cukup sinonim dengan panggilan
Jozan ini dilihat masih lagi bekerjasama dan saling menyokong lawak yang
dipersembahkan.
Tambahan pula, setiap kali dipertemukan dalam permainan yang diberikan,
pastinya peminat akan bersorak dengan pertembungan pasangan ini sama
seperti yang berlaku di pertandingan akhir Super Spontan.
Sejak awal rancangan bermula, kedua-dua pasangan ini menerima sorakan
hebat daripada penonton setiap kali muncul mengadakan permainan.
Malah, sokongan peminat terhadap Jozan pula dapat dilihat daripada
undian yang diberikan oleh peminat sejak awal rancangan lagi.
Malah, undian pasangan ini juga dilihat begitu jauh meninggalkan empat
lagi rakan yang bertanding iaitu Tauke, Rahim, Ropie dan Suhaimi.
Dengan undian 48.7 peratus dan 45.4 peratus yang diterima oleh Zizan
dan Johan, pasangan ini meninggalkan Tauke yang mendapat undian 3.3
peratus, Rahim 1.2 peratus dan Ropie serta Suhaimi menerima 0.8 peratus
dan 0.4 peratus.
Kemenangan berpihak pada Zizan yang menyandang gelaran Juara Super
Spontan sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah
kereta Toyota Camry 2.0G beserta trofi .
Sementara itu, Johan menerima gelaran Naib Juara Super Spontan dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi .
Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi .
Manakala, tiga pemenang saguhati; Suhaimi, Rahim dan Ropie masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi .
Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul
Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam
Sani.
Dalam pertandingan akhir berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang,
setiap pemain perlu bersaing sesama sendiri dalam lima permainan
disediakan iaitu Beku, Sketsa Dari Topi Puaka, Pilihan Lain, Ciptaan dan
Laguku Untukmu.
Dalam pada itu, gelagat pengulas program iaitu kumpulan Boboi (Afdlin
Shauki dan Harun Salim Bachik), Amir Raja Lawak dan pengacara, Adibah
Noor juga memeriahkan pertandingan pada malam itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment