Pages

Labels

Powered by Blogger.

Sunday, 3 June 2012

REMY ISHAK MENYANYI

enyifatkan nyanyian sebagai satu proses baru untuknya dalam bidang lakonan, pelakon yang mula dikenali dengan drama Nur Kasih ini memberitahu sudah bersedia untuk dikritik.

“Secara jujurnya, saya sudah bersedia jika ada yang mengkritik kerana saya bukanlah penyanyi.

Saya bersetuju untuk menyanyi dalam filem ini memandangkan ia sebahagian daripada lakonan dalam filem.

“Namun, minat utama saya masih lagi dalam bidang lakonan. Jika selepas ini ada projek untuk menyanyi, saya anggap ia sebagai rezeki tetapi saya lebih suka untuk memfokuskan kepada satu perkara dulu (berlakon),” katanya semasa pelancaran runut bunyi fi lem 29 Februari di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut figura yang berasal dari Melaka ini, kepercayaan yang diberikan oleh Edry Abdul Halim selaku komposer, penulis lirik dan juga pengarah filem tersebut, menerbitkan keyakinan dalam dirinya untuk turut serta dalam filem itu.

Mengakui berasa gugup ketika melakukan penggambaran yang memerlukannya berlakon sambil menyanyi, Remy bagaimanapun menganggap perkara itu memberikan pengalaman baru untuknya selama bergelar pelakon.

“Ketika Edry beritahu filem ini memerlukan pelakonnya menyanyi, saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju. Malah, saya yang menyuarakan kepada Edry untuk menggunakan suara saya sendiri kerana kurang gemar menggunakan suara orang lain.

“Semasa penggambaran, terbit rasa gugup dan segan kerana tidak biasa menyanyi sambil berlakon. Tambahan pula, kru produksi sudah biasa melihat saya berlakon namun kini apabila perlu menyanyi depan mereka, saya seperti tidak selesa.

“Pun begitu, saya bersyukur apabila Edry banyak membantu saya dalam proses tersebut. Saya boleh katakan Edry membawa saya ke aras yang lain dalam bidang lakonan,” katanya yang turut menyanyikan dua lagu lain dalam fi lem tersebut iaitu Jagalah Diri dan Seperti Dulu.

Empat jam rakam lagu

MENYEDARI dirinya bukan ditakdirkan sebagai penyanyi, Remy mengambil masa lama untuk merakamkan lagu Kelip-kelip.

Menurutnya, proses rakaman tersebut berlangsung selama dua hari, namun sepanjang hari pertama sesi rakaman tidak menjadi dek kerana terlalu gugup.

“Hari pertama masuk ke studio rakaman, saya masih belum dapat membiasakan diri lagi.

“Namun, masuk hari kedua iaitu selepas empat hari daripada sesi pertama, sesi rakaman berjalan lancar dan hanya mengambil masa selama empat jam. Selepas menimba pengalaman di studio rakaman, barulah saya tahu sukar sebenarnya untuk menjadi penyanyi,” katanya.

Selain Kelip-kelip, album runut bunyi filem 29 Februari turut menampilkan lagu Jagalah Diri nyanyian Jaclyn Victor dan lagu Seperti Dulu nyanyian kumpulan remaja, Forteen. Filem 29 Februari ialah sebuah filem bergenre biografi fantasi dan merupakan filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia terbitan KRU Studios.
 

0 comments:

Post a Comment