enyifatkan nyanyian sebagai satu proses baru untuknya dalam bidang
lakonan, pelakon yang mula dikenali dengan drama Nur Kasih ini
memberitahu sudah bersedia untuk dikritik.
“Secara jujurnya, saya sudah bersedia jika ada yang mengkritik kerana saya bukanlah penyanyi.
Saya bersetuju untuk menyanyi dalam filem ini memandangkan ia sebahagian daripada lakonan dalam filem.
“Namun, minat utama saya masih lagi dalam bidang lakonan. Jika selepas
ini ada projek untuk menyanyi, saya anggap ia sebagai rezeki tetapi saya
lebih suka untuk memfokuskan kepada satu perkara dulu (berlakon),”
katanya semasa pelancaran runut bunyi fi lem 29 Februari di Red Box Ria,
Sogo, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut figura yang berasal dari Melaka ini, kepercayaan yang diberikan
oleh Edry Abdul Halim selaku komposer, penulis lirik dan juga pengarah
filem tersebut, menerbitkan keyakinan dalam dirinya untuk turut serta
dalam filem itu.
Mengakui berasa gugup ketika melakukan penggambaran yang memerlukannya
berlakon sambil menyanyi, Remy bagaimanapun menganggap perkara itu
memberikan pengalaman baru untuknya selama bergelar pelakon.
“Ketika Edry beritahu filem ini memerlukan pelakonnya menyanyi, saya
tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju. Malah, saya yang
menyuarakan kepada Edry untuk menggunakan suara saya sendiri kerana
kurang gemar menggunakan suara orang lain.
“Semasa penggambaran, terbit rasa gugup dan segan kerana tidak biasa
menyanyi sambil berlakon. Tambahan pula, kru produksi sudah biasa
melihat saya berlakon namun kini apabila perlu menyanyi depan mereka,
saya seperti tidak selesa.
“Pun begitu, saya bersyukur apabila Edry banyak membantu saya dalam
proses tersebut. Saya boleh katakan Edry membawa saya ke aras yang lain
dalam bidang lakonan,” katanya yang turut menyanyikan dua lagu lain
dalam fi lem tersebut iaitu Jagalah Diri dan Seperti Dulu.
Empat jam rakam lagu
MENYEDARI dirinya bukan ditakdirkan sebagai penyanyi, Remy mengambil masa lama untuk merakamkan lagu Kelip-kelip.
Menurutnya, proses rakaman tersebut berlangsung selama dua hari, namun
sepanjang hari pertama sesi rakaman tidak menjadi dek kerana terlalu
gugup.
“Hari pertama masuk ke studio rakaman, saya masih belum dapat membiasakan diri lagi.
“Namun, masuk hari kedua iaitu selepas empat hari daripada sesi
pertama, sesi rakaman berjalan lancar dan hanya mengambil masa selama
empat jam. Selepas menimba pengalaman di studio rakaman, barulah saya
tahu sukar sebenarnya untuk menjadi penyanyi,” katanya.
Selain Kelip-kelip, album runut bunyi filem 29 Februari turut
menampilkan lagu Jagalah Diri nyanyian Jaclyn Victor dan lagu Seperti
Dulu nyanyian kumpulan remaja, Forteen. Filem 29 Februari ialah sebuah
filem bergenre biografi fantasi dan merupakan filem Stereoscopic 3D
(S3D) pertama Malaysia terbitan KRU Studios.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment