PASIR MAS – Angkara peragut, seorang wanita maut setelah terjatuh dari
motosikal yang diboncengnya dalam kejadian jam 1.30 tengah hari
kelmarin.
Mangsa, Zaharah Zakaria, 63, ketika kejadian membonceng motosikal
bersama adiknya, Faridah Zakaria, 47, dalam perjalanan pulang ke Kampung
Endong, selepas ke Pasar Pasir Mas. Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir
Mas, Superintenden Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, mangsa yang
memaut beg, terjatuh selepas cuba diragut oleh seorang lelaki dari arah
belakang menggunakan sebuah motosikal.
Menurutnya, selepas diragut mangsa terjatuh di tengah jalan dan
mengalami pendarahan teruk di bahagian muka. “Zaharah dibawa ke Hospital
Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian.
Mangsa bagaimanapun, meninggal dunia pada jam 6.46 pagi semalam,”
katanya. Sementara itu, Faridah terselamat dan mendapat rawatan pesakit
luar di Klinik Kesihatan Pasir Mas, selepas mengalami kecederaan di buku
lali.
Sehubungan itu, kata Tengku Azman, polis melancarkan operasi gerakan
mencari lelaki yang menunggang motosikal EX5 berwarna merah, bagi
membantu siasatan. “Saksi diminta menyalurkan maklumat dengan
menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Pasir Mas sekadar segera
sehingga tertangkapnya pihak yang terlibat.
Kita menasihati pembonceng dan penunggang motosikal, agar tidak
mengalas beg di bahu atau meletakkannya di dalam raga bagi engelakkan
kejadian seumpama ini berlaku,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment