Pages

Labels

Powered by Blogger.

Sunday, 3 June 2012

HASRAT RAIH ULANG TAHUN PERKAHWINAN TIDAK TERCAPAI

TANAH MERAH – Hasrat seorang isteri untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya tidak kesampaian apabila suaminya maut dalam satu kemalangan di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Kancil yang dipandu mangsa Muhamad Yusuff Ismail, 32, dirempuh sebuah lagi kereta yang keluar dari persimpangan secara tiba-tiba. Mangsa meninggal di tempat kejadian ekoran rempuhan kuat   di bahagian tepi kanan pemandu menyebabkan keduadua kereta tersebut terbabas ke bahu jalan dan memasuki longkang.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, mangsa yang maut kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat  dan  dituntut keluarga, manakala pemandu sebuah kenderaan lagi hanya cedera ringan serta menerima rawatan pesakit luar.

Isteri Muhamad Yusuff, Siti Intan Rohaina Ahmad Fauthi berkata, berita sedih itu diterimanya sejam selepas suaminya keluar dari rumah. Menurutnya, kejadian yang menimpa amat mengejutkan kerana sebelum ini tiada sebarang  perubahan ditunjukkan pada diri arwah dan dia reda dengan kejadian itu.

“Tidak sempat merasai ulang tahun perkahwinan yang pertama dia pergi meninggalkan saya,” katanya yang masih belum dikurniakan anak. Menurutnya, sebelum keluar dari rumah arwah ada memberitahunya mahu menghadiri majlis   enduri kahwin rakannya di Tanah Merah.

“Ada juga saya nyatakan hasrat hendak ikut sama ke  majlis tersebut, namun arwah kata dia hendak pergi berseorangan dan saya akur dengan keputusannya,” katanya ketika di Hospital Daerah Tanah Merah.

0 comments:

Post a Comment