Pages

Labels

Powered by Blogger.

Sunday, 3 June 2012

KDN BEBAS LAPAN BEKAS PENGAWAI DAN KAKITANGAN

KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah membebaskan lapan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Khamis lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebelum ini lapan individu tersebut menjalani Perintah Penggantungan Perintah Tahanan di tempat tinggal masing-masing dan kini mereka menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya sudah menandatangani Perintah Pembatalan terhadap lapan bekas pegawai Jabatan Imigresen yang sebelum ini menjalani perintah berkenaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, baru-baru ini.

“Lapan individu berkenaan dikenakan Perintah Tahanan sejak 3 Disember 2010 kerana terbabit dalam kegiatan sindiket penyeludupan manusia, manakala pada Ogos 2011, mereka dikenakan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan, di tempat tinggal masing-masing,” katanya selepas melancarkan buku Antara Kasih & Naungan: Program Dian Desa Perkampungan Orang Asli Parlimen Sembrong, di Sekolah Rendah Ladang Mutiara, Kahang, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan pada 12 Oktober 2010, tujuh pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah, termasuk pembabitan dalam kegiatan pemerdagangan manusia yang dipercayai didalangi sindiket terancang.

Menerusi laporan berkenaan, kakitangan terbabit dilaporkan ditahan di dua lokasi berasingan, masing-masing di rumah mereka di Putrajaya dan Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pembebasan ke atas lapan individu berkenaan dibuat selepas kerajaan berpuas hati dan yakin mereka sudah melalui proses pemulihan yang secukupnya dan sedar tentang kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 45 Orang Tahanan yang masih menjalani Perintah Tahanan manakala 14 orang lagi sedang menjalani Perintah Sek

0 comments:

Post a Comment