SUBANG JAYA – Hadiah keseluruhan bernilai hampir RM30,000 menanti peserta Kejohanan Futsal Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2012 di Sports Planet Subang Grand SS13 Subang Jaya, pada 16 dan 17 Jun ini.
Timbalan Pengarah JabatanBelia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan MPSJ, Muhammad Zaki Yusoff berkata, kejohanan terbuka dengan kerjasama Focus Arena Sports & Events terbuka kepada semua pasukan futsal.
Menurutnya, dua kategori Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Wanita Terbuka dipertandingkan mensasarkan 100 pasukan lelaki dan 50 pasukan wanita.
“Johan bagi kategori lelaki akan membawa pulang RM10,000 beserta piala manakala naib johan akan membawa pulang RM5,000.
Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa RM2,000.
“Bagi kategori wanita pula juara akan membawa pulang RM5,000 dan piala manakala naib johan bakal membawa pulang RM2,000. Tempat ketiga dan keempat pula akan membawa pulang RM1,000 dan semua pemenang akan menerima pingat,”katanya selepas Majlis Pelancaran kejohanan disempurnakan
Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid di Ibu Pejabat MPSJ, semalam.
Beliau berkata, yuran penyertaan dikenakan RM500 bagi kategori lelaki manakala pasukan wanita pula dikenakan RM300.
Katanya, yuran penyertaan hendaklah dibayar atas nama KELAB BOLASEPAK MPSJ (MPSJ FC) di nombor akaun 562366115536 (Maybank).
“Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kejohanan boleh menghubungi 03-80263186,” katanya kepada Sinar Harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment