Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday, 1 June 2012

TUAN RUMAH JANJI KESELAMATAN


PIHAK berkuasa Ukraine memberi jaminan keselamatan kepada pemain dan tetamu pada Kejohanan Bola Sepak Eropah atau Euro
2012, kata dutanya ke Malaysia Ihor V.Humennyi.
Ukraine dan Poland adalah tuan rumah bersama pusingan akhir Kejohanan Euro 2012, yang berlangsung dari 8 Jun hingga 1 Julai.
Merujuk kepada laporan kebimbangan berhubung keselamatan semasa kejohanan itu, beliau berkata langkah-langkah telah diambil untuk memastikan keselesaan dan keselamatan peminat bola sepak dari seluruh dunia semasa berada di Ukraine.
    "Ukraine adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sangat ramah dan bertoleransi. Rakyat Malaysia akan merasainya apabila mereka melawat negara saya untuk Euro 2012," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
    Beliau melahirkan rasa kesal kerana segelintir organisasi media yang 'mempolitikkan secara tidak munasabah" Kejohanan Euro 2012.

0 comments:

Post a Comment