MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd menerusi motosikal jenama
SYM (Sanyang Motor), berhasrat menjual 450 unit naked sport bike T2 250i
dan 250 unit Skuter Maxsym 400i sepanjang tahun ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Fabian Ong Ghee Seong berkata, pengenalan
motosikal menggunakan sistem teknologi Euro itu mengukuhkan lagi
industri permotoran jenama SYM di Malaysia kerana mampu menarik
perhatian golongan muda dengan harga rendah.
“Malaysia negara pertama melancarkan naked sport bike T2 250i di Asia
bagi kapasiti enjin 250cc yang direka khusus untuk pasaran Eropah.
Selepas Malaysia, model ini bakal dipasarkan ke Singapura dan Thailand.
Model T2 250i didatangkan dengan enam pilihan warna seperti merah, biru,
hitam, kelabu, dan kuning pada harga RM16,500 serta warna putih untuk
edisi terhad dengan harga RM17,000. Skuter Maxsym 400i pula, menggunakan
enjin teknologi Euro 4 yang lebih menjimatkan minyak boleh didapati
pada harga RM26,000.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment