MELAKA - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai meragut rantai leher
bernilai RM2,000 milik seorang warga emas di hadapan rumah mangsa di
Kampung Gubah, Nyalas Jasin di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin DSP Shahidi Abdullah berkata
kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan di dua daerah berasingan di
Melaka kira-kira lima jam selepas kejadian dilaporkan di Balai Polis
Nyalas pada 10.15 pagi semalam.
Beliau berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, wanita tersebut
didatangi kedua-dua lelaki terbabit kononnya untuk menyerahkan sepucuk
surat kepada mangsa.
"Mangsa mendekati kedua-dua suspek untuk mengambil surat namun pada
masasama rantainya diragut sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah
kereta berwarna putih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Shahidi berkata suspek pertama berjaya ditahan di sempadan antara Air
Kuning, Gemencheh dan Jasin bersama sebuah kereta yang dipercayai
digunakan ketika kejadian sebelum siasatan ke atas lelaki berkenaan
membawa kepada tangkapan kedua.
Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment