Pages

Labels

Powered by Blogger.

Saturday, 2 June 2012

PENTINGNYA MASA

Masa itu sangat penting. Masa berlalu dengan pantas tanpa menunggu kita. (Macam jawapan budak sekolah menengah pula. Kalau dah umur lebih 18 tahun, patut jawab dengan cara yang sepadan dengan usia - hai dah berapa lama masa aku habiskan untuk berforum.. takkan ini sahaja jawapannya). 

Masa akan terus beredar sejajar dengan penciptaan sejarah. Itu adalah hakikat penciptaan masa. Setiap kali masa berlalu, usia akan turut meningkat. (Ini pun macam jawapan budak sekolah menengah lagi - hai dah berapa lama masa aku habiskan untuk berforum.. takkan ini sahaja jawapannya. Sepatutnya penulisan semakin kritis. Penggunaan bahasa pun semakin kreatif dan kena pada tempatnya. Kalau tidak sia-sia sahaja masa yang aku gunakan untuk berforum).

Masa boleh ditakrifkan dalam pelbagai bentuk mengikut kuantiti dan situasi. Zaman, tahun, jam, minit dan saat... setiap satunya mempunyai nilai, mewakili betapa masa itu bersifat infiniti, bagai tidak ada hujungnya. Hari kelahiran, kematian, hari akhirat... semua ini mempunyai kaitan dengan soal masa.

Betapa pentingnya masa itu, setiap minit yang menjadi masa silam, pasti akan tertulisnya suatu kenangan atau kisah silam - bertambahnya pengetahuan dan pengalaman. Daripada seorang bayi yang tidak boleh berkata-kata, kemudian bertukar menjadi seorang yang petah bercakap... di situ dapat kita lihat betapa pentingnya masa.

Kerana adanya masa, maka wujudnya tamadun manusia dulu dan kini. Bermula dari zaman gelap, zaman Renaissance, zaman kegemilangan Islam dan kemudian zaman Intelek Barat. Setiap tinggalan peristiwa penting dalam masa silam dikelaskan dalam status sejarah.

Adakah akan wujud kehidupan sekiranya masa tidak bergerak? Masa tidak pernah bersifat statik, justeru, masa selari dengan denyutan jantung dan hembusan nafas. Kerana pentingnya masa, maka wujudlah kalendar Gregori dan Hijrah, Tahun 12 Haiwan, 12 Bulan dan sebagainya. Masa digunakan sebagai satu ukuran untuk mengukur bila sesuatu perkara itu berlaku. Maka wujudlah jam. Pentingnya kewujudan masa sehingga nilai 1/10 saat turut diambil kira.

Disebabkan manusia menyedari kepentingan masa, maka wujudlah ilmu statistik, ilmu ramalan, rekod dan sebagainya yang sangat berguna dalam perniagaan, pertanian, perubatan, sains, psikologi, sosiologi dan teknologi. Semua perkara ini merujuk kepada masa. Sebagai contoh perniagaan, bila masa yang sesuai untuk menjual ABC? Sudah semestinya semasa hari panas. Sebab berdasarkan rekod masa, pada hari panas lebih ramai orang perlukan sesuatu yang sejuk dan sedap berbanding pada waktu malam atau hari hujan.

0 comments:

Post a Comment