Pages

Labels

Powered by Blogger.

Sunday, 3 June 2012

MAYAT BAWAH TANGGA

SEREMBAN – Seorang pekerja penyelenggaraan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) terkejut menemui mayat seorang lelaki yang disangkanya sedang tidur di satu sudut di bawah tangga Bazar Baru Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Ahmad Azmil Abd Halim, 26, mahu memulakan tugasan hariannya menyapu lantai di kawasan berkenaan sebelum menemui mayat terbabit dalam keadaan meniarap dan hanya memakai seluar pendek.

Ahmad Azmil berkata, dia sudah menyedari kelibat lelaki berkenaan yang 'tidur', kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, sebelum dia selesai bertugas.

“Bagaimanapun, apabila saya datang kerja pagi tadi, saya lihat dia masih terbaring di sudut tersebut.

"Saya cuba kejutkannya tetapi tidak bergerak dan berbau busuk, menyebabkan saya segera hubungi polis untuk memaklumkan kejadian ini," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit memang selalu dilihat merayau di kawasan berkenaan sejak awal tahun ini.

Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, identiti dan maklumat mangsa masih belum dikenal pasti.

“Polis masih tunggu hasil bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya.

0 comments:

Post a Comment