PERSATUAN Bola Sepak Brunei (FSBD) bakal mewarnai
kembali kancah Liga Malaysia (Liga M), musim depan. Naib Presiden
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata,
permohonan Brunei sudah diluluskan namun bersyarat.
“Kami ada terima permohonan FSDB dan FAM sudah menilai dan meluluskan
permohonan mereka, tetapi dengan beberapa syarat termasuk perlu
menyertai Liga FAM dahulu kerana ketetapan penyertaan Liga Super dan
Liga Perdana sudah dibuat,” katanya.
Bagaimanapun menurut Hamidin, FAM belum menerima maklum balas daripada FSBD berkenaan perkara tersebut.
Sementara itu, FAM bakal menghantar skuad Bawah 17 dan 18 Tahun ke
Slovakia dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi Sukan Sea
2013 di Myanmar.
“Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan butiran terperinci termasuk diumumkan dalam tempoh sebulan lagi.
“Cadangan ini kesinambungan daripada skuad kendalian jurulatih Ong Kim Swee bagi mengekalkan kejayaan Sukan Sea,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment