Pages

Labels

Powered by Blogger.

Sunday, 3 June 2012

BOIKOT JOHAN RAJA LAWAK

Nama, Johan Raja Lawak bukan lagi asing dalam industri hiburan.Tidak hairanlah jika dia mampu menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.

Namun, dalam kerancakan mengejar kerjaya seninya, timbul pula pelbagai kontroversi yang membabitkan pelawak kegemaran ramai ini.

Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong perhimpunan Bersih.

Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, 'Kami Boikot Johan Raja Lawak', sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelawak tersohor ini.

Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat. Zass cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn, sedia memberikan kerjasama.

Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.

“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi video itu.

“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.

Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.

Berhent i berlako n?

Tidak berkesempatan untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, Johan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berlakon untuk sementara waktu.

Menurut Ozlyn, Johan masih terikat dengan banyak perkara yang memerlukan dia menolak sebarang tawaran untuk berlakon buat sementara waktu.

“Johan tengah sibuk dengan Super Spontan dan juga stesen radio, Era FM. Jadi, jadualnya sangat padat buat ketika ini. “Selain itu, kami juga bakal menghasilkan program komedi sendiri yang bakal disiarkan di televisyen.

Namun, ia masih di peringkat perbincangan lagi. “Kami tidak boleh menguar-uarkan perkara itu kerana masih di peringkat awal,” katanya.

0 comments:

Post a Comment