MAXIS Berhad (Maxis), melancarkan Loker, perkhidmatan awan peribadi pertama yang boleh didapati dalam pelbagai peranti.
Dalam satu kenyataannya, syarikat itu berkata, semua pelanggan yang
melanggan perkhidmatan Loker menerima ruang simpanan 5GB, yang boleh
menyimpan, menyelaras dan berkongsi kandungan digital peribadi termasuk
gambar, video, muzik dan kenalan dari telefon mudah alih, tablet, atau
komputer. Ketua Produk, Inovasi, Peranti dan Perantauan Maxis, T. Kugan
berkata, trend terkini menunjukkan rakyat negara ini antara yang paling
aktif dalam berkongsi pengalaman atas talian menggunakan gambar dan
video, sekaligus menjadi peneraju dalam trend ini.
"Kami berbesar hati dapat menyediakan perkhidmatan Loker yang
membolehkan pelanggan terus berbuat demikian dengan selamat dan tanpa
sekatan dalam penyimpanan fizikal pada peranti.
"Dengan Loker, pelanggan mempunyai kebebasan untuk menyimpan jumlah
kandungan digital yang lebih tinggi.Ruang penyimpanan 5GB adalah
bersamaan dengan 5,000 gambar atau 2,500 lagu," katanya.
Katanya, pelancaran Loker, membolehkan pelanggan menikmati cara yang
lebih mudah dan selamat untuk menyimpan lebih banyak data peribadi.
Pelanggan diberi jaminan semua kandungan digital yang disimpan dalam
akaun Maxis Loker adalah selamat dan dilindungi selaras garis panduan
yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Maxis Loker didapati pada peranti dan tablet Android dan BlackBerry,
serta komputer peribadi dan Mac selain peranti lain pada masa akan
datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment