Pages

Labels

Powered by Blogger.

Saturday 9 June 2012

VERSUS PUNYA PEMINAT TERSENDIRI

Biarpun baru melabuhkan tirai minggu lalu, program muzik kreatif, Versus, terbitan TV9, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengungguli laman sosial media sejak mula disiarkan pada 13 April hingga 2 Jun lalu.

Lebih membanggakan lagi, konsert Konfrontasi Terakhir, Versus berjaya merangkul takhta trending nombor 1 di Malaysia.

Malah turut mendapat tontonan yang tinggi menerusi 'live streaming' di laman web rasmi Versus dengan jumlah penonton 52,495. Malahan, siaran ulangan atau catchup turut mendapat sambutan hangat dengan 55,000 tontonan selama lapan minggu bersiaran di laman www.tonton.com.my.

Konfrontasi Terakhir Versus yang berlangsung di Space U8 Shah Alam, pula menyaksikan hampir 4,000 penonton membanjiri pusat membeli belah itu seawal 6.00 petang lagi.

Walaupun konsert itu berakhir selewat 1.30 pagi namun peminat yang hadir memberi sokongan padu untuk melihat kreativiti tanpa batasan yang dipersembahkan oleh 6ixth Sense, Black & Parallax, Go Gerila! Hujan dan Sofazr.

Ini membuktikan bahawa konsep Versus dalam percubaan pertama untuk melahirkan pemuzik yang lebih berinovatif telah mendapat penerimaan positif daripada orang ramai.

Hadir dengan pakej lengkap penuh keunikan, Hujan berjaya mendominasi konsert final dengan pelbagai elemen kejutan yang melayakkan mereka merangkul gelaran band paling kreatif di pentas Versus.

0 comments:

Post a Comment