Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday 7 June 2012

PLATINI:HENTIKAN PERLAWANAN JIKA ADA UNSUR PERKAUMAN BERLAKU SEMASA DI PADANG


Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Michel Platini
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Michel Platini menegaskan, pengadil wajar menghentikan sesuatu perlawanan jika wujud unsur-unsur berbaur rasis ketika kejohanan Euro 2012 yang akan  bermula Jumaat ini.

Platini menegaskan itu adalah cara yang terbaik untuk menangani isu perkauman yang berlaku di Poland dan Ukraine baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan dipetik BBC, Platini berkata, "pengadil mempunyai hak untuk menghentikan perlawanan."

Baru-baru ini program Panorama kendalian BBC mengutarakan beberapa insiden berbuar perkauman yang disaksikan di stadium-stadium Poland dan Ukraine, yang akan menganjurkan kejohanan Euro 2012.

"Mereka (pengadil) mempunyai kuasa di atas padang dan ini adalah cara terbaik untuk melindungi perlawanan daripada masalah perkauman," kata Platini.

Pada masa yang sama, Platini turut menolak dakwaan yang mengatakan maruahnya akan terjejas jika berlaku isu perkauman pada kejohanan Euro kali ini.

"Kami telah banyak melakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Antaranya adalah mengubah peraturan agar bersikap adil untuk semua pihak.

"Tapi masyarakat tetap tidak memberi kerjasama yang baik. Ini adalah halangan besar bagi Poland dan Ukraine. Tamparan hebat juga kepada Uefa.

"Namun, kami telah melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini," kata bekas pemain Itali ini.

Ditanya mengenai program Panorama itu, Platini berkata, "kami terkejut dengan unsur-unsur perkauman ini. Bagaimanapun kami cuba melakukan sesuatu. Kita perlu melawannya."

"Saya kecewa. Sudah tentu saya kecewa sebab saya bukan rasis," katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment