Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday 8 June 2012

KETUA MC JANJI AKSI TERBAIK

KAPTEN Manchester City, Vincent Kompany menyifatkan kunjungan julung kali Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ke Malaysia 30 Julai nanti bukanlah sekadar pelengkap jadual promosi mereka di Asia Tenggara.

Menganggap perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti sebagai satu daripada latihan persediaan pra musim mereka dalam misi mengekalkan kejuaraan EPL yang dimenangi buat kali pertama sejak 44 tahun lalu, Kompany berjanji akan mempamerkan aksi terbaik peminat pasukan Sky Blues itu.

“Sejak mula tiba di sini (Malaysia) saya dapat merasakan keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) dan menjadikan saya teruja untuk meyakinkan rakan sepasukan yang lain supaya turun dan merasai pengalaman menemui peminat di sini," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Pada masa sama, ketika ditanya diminta untuk memberi pandangan mengenai prestasi Harimau Malaya, Kompany enggan memberikan sebarang komen sebaliknya yakin pertemuan Sky Blues dengan skuad Harimau Malaya nanti mampu memberi satu pengalaman serta pendedahan berguna buat skuad kebangsaan dalam perkembangan sukan bola sepak negara.

"Tidak banyak yang saya tahu mengenai mereka (skuad Harimau Malaya). Segala persoalan hanya akan boleh dijawab selepas perlawanan selesai," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini adalah pengiktirafan kerana Malaysia menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang akan dikunjungi mereka, sekaligus membuka peluang kepada skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia.

“Saya harap skuad kendalian Datuk K Rajagobal dapat belajar sesuatu daripada mereka dan memanfaatkannya bagi persiapan Piala AFF Suzuki nanti," katanya.

Masih lagi mengekalkan harga sama bermula pada RM58, RM68, RM108 dan tiket terhad VIP, RM388, penganjur perlawanan, ProEvents sudah pun memulakan jualan tiket pada hari ini di seluruh cawangan Ticketpro dan melalui web www.ticketpro.com. my.

0 comments:

Post a Comment