Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday 7 June 2012

POLIS KEJAR PEMANDU TEKSI


Mohd Yusof keluar dari Mahkamah Majistret di sini semalam.
KUALA TERENGGANU - Sudahlah melanggar kesalahan dengan tidak memakai tali pinggang keledar, seorang pemandu teksi turut bertindak melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dijalankan sepasukan anggota Unit Penguat kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuala Terengganu, Januari lalu.

Bagaimanapun, hasrat pemandu teksi berkenaan, Mohd Yusof Ali, 58, untuk melarikan diri tidak kesampaian kerana berjaya dipatahkan anggota bertugas setelah hampir 200 meter mengejarnya dari lokasi berkenaan.

Akibatnya, Mohd Yusof, dari Felcra Bukit Kapah, Kuala Berang, dijatuhi hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Lebih malang, dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama seminggu jika gagal menjelaskan denda.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi setelah Mohd Yusof didapati bersalah tidak menggunakan tali pinggang keselamatan seperti yang bertentangan dengan kaedah 4 Tali Pinggang Keselamatan Kenderaan kaedah 1977 pada 14 Januari lalu kira-kira jam 4.50 petang di Jalan Batas Baru, di sini.

Dia boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128 (1) Akya yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Zainuddin Ab. Ghani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu dalam pendakwaannya, Mohd Zainuddin berkata, mahkamah sewajarnya memberikan hukuman setimpal kepada Mohd Yusof bagi memberi pengajaran serta mengambil kira faktor kepentingan orang awam.

Ini sebab, Mohd Yusof merupakan seorang pemandu teksi dan sepatutnya dia memberikan contoh yang baik memandangkan dia bekerja membawa pengangkutan awam.

Sebelum itu, Mohd Yusof hanya mengambil keputusan berdiam diri setelah diberikan peluang oleh mahkamah untuk membela dirinya sebelum hukuman dijatuhkan.

0 comments:

Post a Comment