Pages

Labels

Powered by Blogger.

Sunday 2 September 2012

Untuk bidadari dunia

vKEKECEWAAN  dan pahit derita pasti pernah datang dalam hidup tetapi kita tidak harus selamanya tinggal di dalam perasaan itu. Anggaplah kekecewaan lampau seperti sebuah album. Disimpan dan diletakkan di satu tempat yang selamat.
Apabila ingin mengimbas kembali kenangan itu, buka dan tatapilah sebentar sahaja dan tutuplah semula supaya kita tidak asyik menatap dan mengenangnya. Kenangan itu perlu sebagai lakaran pementasan hidup supaya ia menjadi sempadan di antara kedukaan dan kebahagiaan.

Di dalam bab ini, hayati dan pelajarilah bagaimana untuk merawat hati dan bangun kembali daripada kelukaan yang pedih. Semoga kita bertemu kedamaian yang dicari. Insya-ALLAH.

Mengubat Hati yang Luka

Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri sendiri. Berikut adalah cara yang sering dikongsi oleh pakar:

Latih minda melupakan kenangan pahit

Bunyinya senang tetapi memerlukan kecekalan melaksanakan dengan syarat ia perlu diaplikasi secara berterusan. Akui sahaja bahawa kita sering dilanda kesedihan kerana mengingati kenangan pahit atau selalukembali ke memori silam.

Kita perlu buang dan putuskanhubungan dengan emosi lalu. Masa tidak akan dapat diputar kembali, memandang ke hadapan dan terus berjalan adalah lebih baik daripada berhenti berjalan dan menoleh kembali.

Mulai hari ini, kita harus bertekad untuk melupakan semua itu sebanyak mungkin. Bulatkan azam untukfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, pertingkatkan ilmu dan apa sahaja elemen yang berpotensi untuk membahagiakan.

Benar, kita tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekali gus,tapi lakukan langkah demi langkah dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. Contohnya, jangan sesekali menyentuh atau memandang segala bentuk hadiah atau apa sahaja barang yang membuatkan kita mengingati si dia atau kenangan lalu.

Jika mampu, buang sahaja segala bentuk tanda kenangan yang selama ini memberat dan membebankan hati. Ini membuktikan kita dibekalkan oleh ALLAH S.W.T kekebalan hati dalam mengharungi kehidupan.

*Buang sikap risau

Ada dua kesan daripada sikap risau ini, pertama ia menarik nasib tidak baik tanpa dipinta dan kedua dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau boleh membuatkan kita menjadi sedih dan kecewa.

Untuk membuang sikap itu, belajarlah untuk bertenang dan latih diri mengawal emosi. Ingatlah ALLAH S.W.T dan kenangkan segala pemberian indah yang pernah dikurniakan seperti kejayaan, ketenangan ataupun ahli keluarga sentiasa di sisi dan memberi kekuatan kepada kita.

Kemudian, senyum, senyum dan senyumlah seikhlasnya! Kita hanya manusia biasa dan selalu memikirkan sesuatu yang belum berlaku. Sekiranya sukar untuk menghindari perasaan itu, catatkan kerisauan tersebut dalam sebuah buku, diari atau blog. Setelah itu panjangkan idea itu dengan memikirkan cara mengatasinya. Kemudian tutuplah buku tersebut dan ringankan kepala dengan berhenti mengenangkan kerisauan.

*Belajar rajin bersyukur

Latihlah lidah untuk mengucapkan syukur dengan apa jua pemberian TUHAN. Sedih, bahagia dan derita adalah kurniaan-NYA. Tidakkah kita berasa bertuah apabila dipilih oleh ALLAH S.W.T untuk menghadapi rintangan dan halangan?

Tidakkah disedari bahawa setiap ujian dan kedukaan yang sedang dilalui adalah penghapus dosa? Ucaplah syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Jadikanlah hadis ini sebagai panduan tatkala kita mulai rasa penat untuk bersyukur.

Sedangkan Rasulullah s.a.w yang bebas daripada dosa dan diberi jaminan kemuliaan oleh ALLAH S.W.T tidak pernah berhenti bersyukur, apatah lagi kita manusia biasa. Kita sebagai manusia biasa tidak akan lepas daripada melakukan dosa. Dan daripada itulah kita tidak seharusnya berhenti daripada mengucapkan syukur kepada ALLAH S.W.T.

Daripada Aisyah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w berdiri untuk bersembahyang pada waktu malam sehingga pecah-pecah kedua tumit kakinya. Saya lalu berkata, “Mengapa anda mengerjakan sedemikian ini, padahal anda itu sudah diampuni oleh ALLAH dosa anda yang terdahulu dan yang di belakangnya.” Baginda s.a.w menjawab, “Kalau begitu tidakkah patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” - Riwayat oleh Bukhari dan Muslim)- Dipetik dari buku Untaian MutiaraHadis-hadis Rasulullah s.a.w/Dr. Ahmad Umar Hasyim m/s 416)

*Belajar menjadi pemaaf


Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada emosi emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fi kiran negatif yang bersarang di minda. Ketahuilah, bahawa kita akan sentiasa bersedih dan kecewa kerana tidak dapat memaafkan kesalahan diri pada masa lalu ataupun tidak dapat memaafkan kesalahan orang lain suatu ketika dulu.

Belajar menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini akan menarik ketenangan pada diri. Ingatlah, kita adalah wanita terhebat apabila mampu memaafkan mereka yang melukai dan menghancurkan hati sebelum menunggu mereka meminta maaf.

Apabila tiba waktunya si dia menyatakan permohonan maaf, suarakanlah kepadanya, “Saya adalah wanita yang hebat kerana sebelum kamu memohon maaf, saya telah memaafkan kamu terlebih dahulu.”

Mampukah kita menjadi wanita terhebat?

*Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benarbenar menggembirakan serta menjadikan kita girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan lucu serta carilah bahan yang boleh membuatkan kita ketawa dalam setiap situasi; agar boleh ketawa secara spontan.

Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa dilayan rasa kecewa sedangkan kita boleh ketawa? Tetapi jangan sesekali mentertawakan orang di atas kegagalan yang mereka hadapi. Ketawalah kepada sesuatu yang tidak akan melukai diri atau orang lain kerana itu adalah permulaan kebahagiaan. Tetapi ketawa janganlah secara berlebihan kerana ia akan melupakan kita kepada akhirat.

*Ubah fikiran

Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuatkan kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fi kiran dan menjadikan kekecewaan itu sebagai perangsang jiwa untuk lebih maju.

Terjemahkan kekecewaan melalui kaedah atau saluran yang lebih bermanfaat. Contohnya, andai putus cinta dan berasa kecewa, maka kita boleh menyalurkan pengalaman itu dengan mereka yang belum pernah merasainya sebagai teladan. Walaupun sesuatu perkara itu tidak berpihak kepada kita, carilah cara bagaimana untuk menemui nilai-nilai positif di dalamnya.

*Hati mesti ‘keras’

Bukan keras sembarangan. Ia bermaksud mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. ALLAH menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam ujian lain bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita pada masa lalu. Yakin sahaja dengan peribahasa, “Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.”

Cuba kenang semula kejahatan kecil yang dilakukan kepada orang lain, mungkin ada walau tidak disedari. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfi kir yang baik-baik kepada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, setkan minda untuk menjadi ceria pada keesokan hari. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak. Selepas bangun tidur, katakan pada diri bahawa hari ini adalah hari baru dan kita akan hargai hari ini! Tepuk dada sebagai dorongan bahawa kitalah wanita terhebat yang dicipta oleh ALLAH S.W.T. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik berbanding hari yang sebelumnya. Insya-ALLAH.

30 Kaedah Menuju Bahagia

30 kaedah menuju bahagia ini dipetik dari sebuah buku karya Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni. Semoga kaedah ini mampu membantu memantapkan hati dan jiwa yang lemah. Insya- ALLAH:

1- Hiduplah untuk hari ini dan lupakan hari semalam dan tidak usahlah berfikir tentang hari esok. Hargai hari ini kerana ALLAH S.W.T nyata memberikan pinjaman hidup untuk hari ini. Hari esok belum tentu menjadi milik kita kerana, sebagai manusia kita sendiri tidak tahu masihkah ada hari esok atau sebaliknya.

2- Lupakan masa lalu dan semua perkara yang pernah terjadi. Tumpukan pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah berlaku merupakan kebodohan dan akan menyebabkan kegilaan. Masa lalu hanya akan memakan diri dan membuatkan kita terus berada di dalam kegelapan.

3-Jangan menyibukkan diri dengan memikirkan masa depan kerana ia masih di alam ghaib. Jangan fi kirkan sehingga tiba harinya. Nikmati hari ini selagi termampu.

4- Jangan mudah tergugat dengan kritikan. Teguhkan pendirian dalam menghadapinya. Anggaplah kritikan yang diterima akan menjadikan diri lebih bagus daripada sekarang. Kritikan dan sindiran tidak dapat membunuh kita, ia hanya sekadar dapat mematahkan semangat dalam tempoh sementara sahaja. Dan kita akan bangun berdiri lebih lama daripada jatuh terduduk. Maka ketepikan sahaja kritikan itu!

5- Beriman kepada ALLAH S.W.T dan melakukan amal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia. Mungkin selama ini kita meninggalkan amal ibadat dengan sengaja atau tidak sengaja. Nah! Inilah masa untuk kembali dan mengisi kehidupan dengan melakukan amalan kebaikan yang pernah ditinggalkan.

6- Barang siapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada ALLAH S.W.T. Hanya dengan mengingati-NYA akan mendatangkan kedamaian di hati.

7- Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu adalah ketentuan qadak dan qadar. Belajarlah untuk bersikap redha dengan menerima sesuatu itu sebagai takdir ILAHI yang mempunyai hikmah tersembunyi.

8-Jangan menunggu ucapan terima kasih daripada seseorang kerana tanpa mengharapkan balasan adalah sangat membahagiakan.

9- Persiapkan diri dengan kemungkinan terburuk kerana apabila kita sudah bersedia dengan perisai kekebalan menghadapi segala kemungkinan, maka tiada apa yang tidak mampu di atasi. Hadapilah dengan berani!

10- Kemungkinan yang terjadi masih ada sesuatu yang terbaik untuk kita. Kita sangat lemah dan terbatas pengetahuannya. Percayalah... bahawa setiap yang berlaku itu merupakan tanda bahawa ALLAH S.W.T sangat menyayangi kita!

11- Anggaplah sesuatu ketentuan takdir itu ada hikmahnya. Hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui.

12- Berfikirlah tentang nikmat dan bersyukurlah di atas apa yang pernah diterima. Selalu mensyukuri nikmat yang diberi tidak akan membuatkan kita miskin hati!

13- Percayalah bahawa apa yang kita miliki adalah jauh lebih banyak daripada yang dimiliki oleh orang lain. Ini lahir daripada perasaan syukur yang dididik di dalam jiwa nurani.

14- Yakinlah bahawa dari semasa ke semasa pasti ada jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi. Sabar adalah resipi terbaik bagi mendapatkan jalan keluar! Jangan khuatir kerana ALLAH S.W.T akan menunjukkan jalannya.

15- Anggaplah dengan musibah yang berlaku, hati akan tergerak untuk berdoa dan mengingati ALLAH S.W.T. Berdoa adalah senjata mukmin bagi mencapai hasrat yang diingini.Jangan sesekali berputus asa dengan doa, buktikan pada ALLAH S.W.T keikhlasan kita sebagaihamba-NYA.

16- Musibah itu menajamkan nurani dan menguatkan hati. Pengalaman pahit adalah guru yang terbaik dalam hidup ini. Ia mengajar kita menjadi cekal dan teguh sekukuh gunung yang menopang bumi.

17- Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Ini janji TUHAN dan dipaterikan di dalam kalam al-Quran.

18- Jangan hancurkan hidup hanya kerana perkara-perkara remeh kerana masih banyak lagi perkara penting yang perlu kita kendali dan selesaikan.

19- Sesungguhnya TUHAN itu sangat luas pengampunan-NYA. Maka bermohonlah disertai keikhlasan.

20-Jangan marah, jangan marah, jangan marah. Marah hanya akan membutakan hati yang sememangnya buta jika tiada iman di dada.

21-Jangan risau jika tidak ada harta dunia kerana hidup ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan. Harta dunia tidak akan dibawa bersama di dalam kubur, sebaliknya amalan kebaikanlah yang akan menjadi harta yang ‘dibelanja’.

22- Di langit sudah ditentukan rezeki kita dan telah ditetapkan apa yang akan diperolehi. Maka terimalah dengan berlapang dada dan berdoalah sentiasa semoga pemberian itu mencukupi. Perasaan mencukupi itu adalah anugerah terbaik daripada ALLAH S.W.T berbanding dengan kurniaan emas yang menggunung kepada hamba-NYA yang sering berasa tidak cukup.

23- Kebanyakan kita takutkan apa yang tidak akan berlaku. Jadi lupakan semua itu dan kembali menjadi diri sendiri. Jadilah seperti yang kita mahu dan jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup!

24- Jadikan segala musibah yang berlaku sebagai teladan. Tukarkan musibah itu kepada hikmah terbaik yang menjadi anugerah terhebat yang pernah kita miliki.

25- Ingatlah, ALLAH S.W.T menyayangi kita, kerana sayanglah DIA menguji! ALLAH S.W.T terlalu rindu kepada kita untuk kembali pada-NYA. Renungkan usia kita dan lihatlah betapa lamanya ALLAH S.W.T menanti kita kembali kepada-NYA. Kembalilah ke jalan yang diredhai.

26- Doa, doa dan doa. Usah sesekali berputus asa dengan berdoa.

27-Isilah masa lapang sebaik mungkin. Jangan biarkan masa berlalu dengan satu pembaziran. Alangkah ruginya.  Masa itu emas, emas itu mahal harganya pada zaman ini! Maka hargailah masa lebih daripada menghargai emas, kerana kita tidak akan mampu membeli masa yang telah berlalu pergi.

28- Kedengkian dan keinginan untuk membalas dendam akan membahayakan kesihatan, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan. Dendam yang tersimpan tidak akan membahagiakan. Percayalah!

Imam As-Syafie memberi wasiat, “Ketahuilahbahawa sebesar-sebesar kesenangan di dunia adalahmemberi maaf kepada orang lain dan melupakanterus kesalahannya, nescaya ALLAH S.W.T akanmeninggikan darjatnya di sisi manusia.” - Dipetik dariBuku Wasiat 4 Imam/Abu Ahmad Yasin M/s 468

29- Jangan percayakan khabar angin dan jangan endahkan umpatan orang. Hiduplah untuk diri sendiri kerana hanya kita yang lebih mengerti tentang diri sendiri dan bukan orang lain.

30-Setiap duka dan musibah adalah penghapus dosa. Jadi berhentilah daripada bersedih. Ternyata ALLAH S.W.T sedang membuka pintu peluang untuk melangkahlah masuk dengan penuh ketabahan dan kesabaran.

Bacalah kata-kata ini sebagai penguat jiwa yang berduka:

Jika ALLAH S.W.T menguji kita sekali, bersujudlah kita kepada-NYA lebih sepuluh kali, Semakin kita jauh daripada ALLAH S.W.T, semakin dekat ALLAH S.W.T akan menghampiri kita Semakin kita menghampiri ALLAH S.W.T, semakin kuat ALLAH S.W.T akan menduga kita Kerana ALLAH S.W.T begitu menyayangi kita..

Tersenyumlah untuk itu!

Lelaki hina al-Quran dikenakan hukuman

ISLAMABAD - Polis Pakistan telah menahan seorang imam kerana disyaki menjadi dalang dalam kes seorang remaja perempuan yang dituduh membakar al-Quran dua minggu lalu.

Imam tersebut, Khalid Chishti didakwa menyalakan api, sekali gus menyebabkan beg gadis tersebut, yang mengandungi al-Quran, terbakar.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, gadis tersebut ditahan dua minggu lalu berhampiran bandar ini selepas satu sekumpulan individu menuntut agar dia dihukum kerana  membakar satu juzuk al-Quran.

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Rimsha, 14, ditahan sejak 16 Ogos lalu kerana disyaki menghina al-Quran - kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup di bawah undang-undang penghinaan Pakistan.

Bagaimanapun, lapor media tempatan memberitahu, dalam keterangan, seorang saksi memberitahu bahawa imam terbabit meletakkan beberapa helaian al-Quran dalam beg kanak-kanak itu.

Agensi berita BBC sebelum ini melaporkan, laporan lembaga perubatan yang dilantik kerajaan menunjukkan remaja itu mengalami masalah mental, yang tidak sejajar dengan umurnya.

Awal minggu ini, mahkamah melanjutkan tempoh tahanan  selama dua minggu lagi Rimsha atas faktor keselamatan.

Sementara itu, bapa Rimsha turut dilaporkan berkata, dia benar-benar takut mengenangkan masa depan kehidupan anak perempuannya dan keselamatan keluarganya.

Dia turut meminta Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari agar mengampunkan anaknya.


Mencarimu menjauhimu

DIa membuat kan aku dengan tuhan ku..dia memberi aku senyuman tatkala sepi..dia memberi aku kecerian dihari yang snyi..namun kni hanya tingal kenagan..kenangan dulu  dilupakan..sendirian mencari sinar kehidupan...mencari kembali cinta yg hilang..namun aku tahu cinta yg hilang itu ..akan diganti dengan cinya yang sejati ..yg tidak akan hilang buat selamanya...Amin ...



((ku masih mengingati dalam masa yang sama aku menjauhimu))

Saturday 4 August 2012

BERSYUkUR !!!

Jangan kita lihat pada nikmat yang  ada pada diri seseorang ...
tapi lihatlah pada kesusahan yang dialami olehnya...
tidak semua yang hidup didunia ini sering menerima kesenangan
dan tidak pula di duia ini seseoranh itu asyi dibelenggu kesusahan..
gembira dan duka silih berganti..
JADILAH orang YANG BERSYUkUR!!!!

Tuesday 31 July 2012

SELAGI ALLAH BERSAMAMU!!

 Biar manusia BERSANGKA BURUK..
✿~ Biar manusia MENGHINA..
✿~ Biar manusia MEMFITNAH..

✿~ Biar manusia MENCELA..
✿~ Biar manusia BERFIKIRAN NEGATIF..
✿~ Biar manusia MENGANGGAP SALAH..

Tetapi selagi Allah ADA di sisi, selagi Allah MEMELIHARA diriku, selagi Allah MELINDUNGI dan MENJAGA diriku..selagi itulah tiada insan yang dapat MENYAKITI dan MENZALIMI diriku..keyakinan kepada Allah menguatkan hati, seringkali manusia itu MENGECEWAKAN tetapi Allah tidak pernah dan tidak akan mengecewakan hambaNya..terima kasih Allah..

Sunday 22 July 2012

2 ramadhan

2 RamadhaN..
BERsahur mcm  dah berbuka..
berbuka mcm dah bersahur..huhuhu..
tapi menjalani hari kedua berpuasa membuatkan diri ini  teringat akan masa2 berpuasa dirumah..
waawawaawawa..!!!!!!
i'm homesick now!!!!

Saturday 21 July 2012

HARAP KEBERKATAN RAMADHAN

Ketibaan bulan Ramadan sememangnya amat dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Apatah lagi dapat menjalani ibadah yang penuh keberkatan ini bersama insan tersayang.

Begitulah yang dirasai Sharifah Norazlin Syed Mahadzir Al-Yahya dan Ahmad Awaludin Ashaari, yang bergelar suami isteri Mei lalu. Masih dalam mood berbulan madu, baik Scha mahu pun Awal, keduanya mengakui berasa terharu dan seronok kerana Ramadan kali ini dapat disambut dengan jalinan ikatan yang suci.

“Pertama kali menyambut puasa sebagai isteri, saya rasa amat terharu dan seronok. Jika dulu saya ada satu keluarga, tapi kini saya berpeluang menyambut Ramadan dengan dua keluarga.

“Bila dapat bersahur, berbuka, tarawih dengan suami dan keluarga memang sudah lama saya nantikan. Alhamdulillah ianya tercapai juga sekarang,” ujar Scha kepada Zass.

Sama pendapat dengan isterinya, Awal juga mengakui teruja kerana tidak lagi sendirian menyambut puasa di rumahnya.

“Apabila pertama kali menyambut puasa sebagai suami, saya rasa amat teruja kerana dapat menjalani ibadah ini di samping isteri tercinta. “Lebih bermakna saya tidak lagi berbuka dan bersolat bersendirian, sebaliknya sudah ada teman yang setia menemani saya di sisi,” katanya.

Awa l tolon g Scha d i dapur

MENURUT Scha, dia lebih selesa memasak sendiri juadah berbuka. Namun masih tetap membeli juadah sampingan seperti kuih-muih.

“Saya kalau nak masak kena pandai pilih masakan yang sesuai, sihat dan mengenyangkan kerana Awal tidak suka makan nasi. Tapi pada kebiasaannya saya masak sayur bak choi, sambal ikan bilis, atau sotong goreng. “Jika saya tidak sempat masak, mungkin kami akan beli sahaja di bazar Ramadan berdekatan. Namun, kami juga merancang untuk berbuka bersama keluarga kedua-dua belah pihak secara bergilir-gilir.

“Namun untuk bersahur, saya hanya masak atau makan yang ringan sahaja kerana Awal tidak gemar bersahur,” katanya yang menggemari menu ayam percik dan air tebu ketika berbuka.

Awal berkata, jika ada kelapangan, dia juga gemar membantu Scha memasak dan menyediakan juadah berbuka.

“Sebelum ini, sama ada masak seorang atau lihat mak masak, tapi kini ada isteri yang masakkan di rumah. “Jadi kadangkala bila balik awal atau tidak ke lokasi, saya suka menolong Scha di dapur. Malah walaupun tidak bersahur, saya akan tetap bangun untuk menemani Scha bersahur,” katanya yang menyukai juadah bubur lambuk Kampung Baru, murtabak, ayam percik, roti john dan air tebu.

Sibuk di lokasi

MENURUT Awal, dia hanya sempat bersahur bersama Scha di rumah mereka di Damansara semalam dan berbuka di lokasi penggambaran Awal Lagi di Suria KLCC.

“Walaupun berpuasa, aktiviti seni berjalan seperti biasa. Macam saya, setiap Ahad, jam 12.30 tengah hari, saya tetap menjalankan tugas sebagai pengacara Melodi di samping Zizan.

“Selain itu, saya kini sedang sibuk dengan rakaman talkshow saya sendiri iaitu Awal Lagi yang kini ke udara setiap Sabtu, jam 8.30 malam di TV9,” ujarnya.

Manakala Scha pula akan sibuk dilokasi penggambaran filem Dampak di samping program amal bersama Kenanga Wholesale City, Bio Essence dan Watson.

“Tahun ini alhamdulillah rezeki murah kerana saya menjadi duta kepada Kenanga Wholesale City, Bio Essence dan Watson. Jadi saya akan sibuk dengan program amal yang telah di aturkan mereka.

“Selain itu penggambaran filem Dampak masih belum berakhir dan saya masih terlibat dengan beberapa babak. “Walaupun kami sibuk dengan jadual kerja masing-masing, kami akan tetap meluangkan masa sekurangkurangnya bersahur atau berbuka dalam sehari,” jelas Scha.

Perancangan Lebara n

SEMENTARA itu, menyentuh mengenai persiapan Lebaran, Scha mengakui masih belum melakukan sebarang persiapan. Bagaimanapun, bekas juara Dewi Remaja ini mengakui sudah merancang warna tema baju mereka pada tahun ini.

“Memandangkan masih terlalu awal untuk membuat persiapan raya, jadi saya tumpukan dulu pada kerja. “Tapi secara kasarnya, kami merancang untuk menggunakan warna tema olive untuk baju raya kami nanti. “Apa-apa pun ia mungkin aberubah dan saya akan membuat persiapan sedikit demi sedikit.

“Secara jujurnya, pengalaman pertama ini membuatkan rasa amat teruja untuk berpuasa dan menyambut raya,” ujar Scha.

Akan membantu isterinya dari segi idea, Awal berkata, dia dan Scha sentiasa berbincang dari masa ke semasa mengenai persiapan raya mereka bagi menggelakkan pertelingkahan.

“Semenjak berkahwin, kami lebih mengenali diri masing-masing dansaya rasa, kami lebih bertoleransi dalam banyak perkara semenjak berkahwin,” jelas Awal.

Mood berbulan mad u

KETIKA dihubungi Zass, Scha dan Awal berada di Bangkok untuk bercuti dan sebelum itu sempat ke Jakarta untuk membeli stok barangan kiosk Schapoholic yang terletak di The Curve.

“Memandangkan Awal ada kelapangan, jadi dia menemani saya ke Jakarta untuk mendapatkan bekalan baju sempena perayaan. “Kemudian kami ke Bangkok untuk berehat dan meluangkan masa bersama di samping mencari barangan yang sesuai di sana. Tapi kami sempat pulang ke Malaysia untuk bersahur bersama di rumah,” ujarnya.

Scha berkata, setelah dua bulan bergelar isteri, dia mengakui masih belajar untuk menjadi isteri yang baik.

Katanya, dia juga dapat mengenali Awal dengan lebih rapat dan setiap perkara baru yang dipelajari membuatkan dia berasa seronok dan teruja.

“Walaupun dah lebih dua tahun bercinta, ia bukan bermakna kami dah mengenali antara satu sama lain dengan sempurna. “Tapi bila berkahwin, saya banyak belajar perkara baru mengenai Awal dan begitu juga Awal yang mengakui banyak belajar perkara baru mengenai saya.

Semua itu menjadikan kami lebih menghargai dan menyayangi diri masing-masing. Ibaratnya, setiap hari seperti hari bulan madu buat kami,” katanya.

ARSENAL MAHU LLORENTE

ARSENAL tidak menolak kemungkinan meneruskan bidaan terhadap penyerang Atletic Bilbao, Fernando Llorente sebagai ganti sekiranya Robin Van Persie (RVP) meninggalkan kelab itu.

Pengurusnya Arsene Wenger, mahu penyelesaian segera dilakukan untuk memberi tumpuan kepada persediaan musim depan sementara masih sempat mencari pengganti kapten itu.

Berdasarkan kontrak Llorente, mana-mana kelab yang mahukan khidmat pemain itu perlu membayar £28 juta (RM138 juta) dan Wenger dikhabarkan mahu menggunakan £20 juta (RM99 juta) hasil bayaran yang diterima jika melepaskan RVP.

“Saya percaya Llronte memiliki kelebihan tersendiri,” katanya.

Bagaimanapun, sama ada Bilbao bersedia berbincang atau tidak belum dapat dipastikan, memandangkan tawaran diberi kurang daripada nilai perpindahan Llronte.

Sementara itu, nasib RVP belum diketahui sama ada beliau akan turut serta atau tidak pada siri jelalah pra musim Arsenal.

The Gunnerrs di jadual berdepan skuad Harimau Malaya 24 Julai ini pada aksi persahabatan sebelum bertandang ke Beijing dan Hong Kong.

Kini, hanya Manchester City mahukan RVP selepas pesaing Manchester United menarik diri.

Ulama lebih baik di luar parti

SHAH ALAM - Ulama lebih baik berada di luar parti, kata pemikir terkemuka, Dr Chandra Muzaffar ketika diminta mengulas cadangan supaya golongan ilmuwan Islam itu diberi tempat sebagai salah satu sayap dalam parti Umno.

Menurutnya, keadaan akan lebih terjamin jika golongan ulama tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

“Kalau mereka tidak terikat dengan mana-mana parti, mereka boleh bangkitkan sesuatu isu secara bebas dan tidak akan dianggap sebagai jurucakap parti. Mereka juga boleh berhujah berdasarkan fakta.

“Saya tidak setuju sekiranya ulama berada dalam parti, tidak kira pemerintah atau pembangkang, kerana ia akan menyekat pergerakan dan pandangan mereka. Setiap kali mereka jelaskan sesuatu dalam parti, mereka akan beri pandangan berdasarkan kepentingan parti,” katanya.

Friday 13 July 2012

KETIADAAN LONGKANG PUNCA BANJIR

ALOR SETAR - Hujan lebat yang turun selama 10 minit sudah cukup menjadikan kawasan halaman rumah Jamaliah Abas, 56, digenangi air, malah jika ia berlarutan selama 30 minit, rumahnya pula akan dimasuki air lumpur.

Itu dugaan yang terpaksa ditempuhi wanita ini dan keluarganya sejak tiga tahun lalu disebabkan ketiadaan sistem perparitan yang sempurna berhampiran rumah mereka di Kampung Mempelam, Mergong.

Menurutnya, rumah pusaka itu sudah didiaminya sejak lebih 30 tahun lalu bersama suami serta tiga anak perempuan.

“Perkara ini memang merunsingkan, walaupun sudah dimaklumkan kepada pimpinan di peringkat kampung namun sehingga ke hari ini, ia masih belum selesai.

“Ketiadaan sistem saliran dan perparitan yang baik menyebabkan air bukan sahaja bertakung di halaman rumah tetapi akan masuk ke dalam rumah apabila hujan berterusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jamaliah berkata, pendapatannya melalui perniagaan kecilan di rumah tidak mencukupi untuk membolehkannya membina sendiri longkang kecil di kawasan rumah.

“Justeru saya berharap ada pihak yang dapat tampil menyelesaikan masalah ini. Saya minta pihak bertanggungjawab turun padang dan membina sistem perparitan yang sempurna di kawasan ini,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati tiada longkang dibina di kawasan berkenaan menyebabkan air tidak dapat mengalir dan bertakung di halaman rumah sebelum melimpah ke dalam rumah.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pihaknya akan mengkaji aduan berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

KANAK-KANAK NYARIS RENTUNG

BATU CAVES – Seorang budak berusia 10 tahun nyaris rentung dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Melayu di sini, semalam.

Kejadian itu disedari neneknya, Rohani Jamlus, 62, sekitar jam 11 pagi yang ketika itu sedang memasak di dapur dan tiba-tiba terhidu bau hangit menyebabkan dia tergerak hati meninjau rumah anaknya, Mohd Helmi Yaakob, 32, yang terletak 10 meter dari rumahnya.

Menurutnya, dia merasa terkejut melihat kepulan asap dan api sedang marak keluar dari tingkap rumah anaknya dan segera menghubungi balai bomba berhampiran bagaimanapun gagal menyelamatkan sebarang kelengkapan rumah kerana anaknya keluar bekerja.

“Saya amat bersyukur kerana cucu saya tidak terperangkap di rumah tersebut kerana baru beberapa minit mengejutkannya yang sedang tidur bersendirian di rumah itu untuk bersiap sedia ke sekolah sesi petang.

“Selepas kejadian, cucu ada menceritakan terdengar seperti letupan kecil menyebabkan dia tersedar dan bergerak ke rumah saya namun tidak memaklumkan bunyi itu sehinggalah saya bertanyakan sama ada terdapat apa-apa yang pelik di rumahnya sebelum kejadian,” katanya yang memaklumkan seorang cucunya lagi tiada di rumah ketika itu kerana berada di sekolah.

Sementara itu Mohd Helmi berkata, dia yang tinggal di rumah berkenaan sejak dua tahun lalu bersama dua anaknya menerima panggilan sekitar jam 12 tengah hari daripada ibunya memaklumkan berlaku kebakaran sebelum bergegas pulang dari tempat kerja terletak di Gombak.

“Sejurus sampai di rumah didapati hampir 80 peratus rumah terbakar dan tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, siasatan mendapati punca kebakaran disebabkan litar pintas.

OKU LEMAS TERHUMBAN DALAM PARIT

UMBAI - Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut akibat lemas selepas dia bersama motosikal ditungganginya terhumban dalam parit di Taman Bukit Tembakau Indah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, Mohamad Falzeli Mohd Nasir, 21, yang cacat pendengaran dan bisu dalam perjalanan dari sebuah kilang, ke rumahnya di Bukit Pegoh.

Mangsa yang bekerja sebagai pencuci kereta itu dikatakan masih bernyawa, namun disebabkan mengalami lemah saraf di kaki dan tangan kanan, menyebabkan dia tidak berupaya untuk bangun sendiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Shahidi Abdullah berkata, motosikal yang ditunggangi mangsa terbabas sebelum masuk ke dalam parit sehingga membuatkan mangsa meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Puspa Muhamad Diah, 49, berkata, tidak menyangka perbuatan pelik anaknya yang dipanggil 'Abang' bersalaman dengan semua ahli keluarga menjadi petanda akan pergi buat selama-lamanya.

“Abang menunjukkan sikap pelik dua tiga hari ini apabila bersalaman dengan saya dan ayahnya sebelum pergi kerja," katanya.

HILANG SELEPAS BERBUAL DEGAN IBU

KUANTAN – Seorang ibu mengesyaki anaknya menjadi mangsa culik apabila gadis itu tiba-tiba hilang dari tempat duduknya beberapa minit selepas mereka berbual.

Ana Zali, 45, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Selalu lalu, dia sedang memeriksa barang dalam sebuah bangunan di tempat kerja di Taman Tas sambil melayan Nor Afifa Abd Rahman, 20, yang ketika itu berada di sebelahnya.

Bagaimanapun dia menyedari kehilangan Nor Afifa selepas tidak mendengar suara anaknya.

“Saya terkejut kerana dia tiba-tiba hilang dari tempat duduknya. Saya keluar mencarinya di semua kawasan di bangunan itu termasuk bertanya kepada mereka yang berada di situ tetapi tidak menemui sebarang kesan,” katanya.

Ana berkata, dia terpaksa membawa Nor Afifa ke tempat kerja kerana bimbang dengan keadaan anaknya yang demam sejak dua minggu lalu dan tidak mahu meninggalkannya sendirian di rumah.

Katanya, ketika anaknya hilang, dia memakai baju merah jambu dan hitam, berseluar dan bertudung hitam.

Ibu kepada empat anak itu juga mengakui Nor Afifa seorang gadis yang bukan sahaja patuh kepada ibu bapa tetapi sentiasa berhubungan rapat dengan keluarga.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Ana membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, mereka sekeluarga masih berusaha mencari Nur Afifa di sekitar Kuantan dan mengesyaki anaknya masih berada di daerah ini.

“Kami tidak pernah jemu mencarinya dan mahu dia selamat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya yang buntu dengan kejadian itu.

Ana berharap, orang ramai boleh membantunya mengesan Nor Afifa dengan menghubunginya di talian 019 – 6076242  jika ternampak anaknya di kawasan mereka.

SURUH JAGA SETIAP KAWASAN

KUALA TERENGGANU – Pasukan Rela perlu ditempatkan di kawasan berisiko berlaku jenayah terutama di kompleks beli-belah bagi membantu polis menangani kadar jenayah.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan jumlah keanggotaan Rela yang mencecah hampir tiga juta itu seharusnya mereka dikerah untuk menjaga keselamatan rakyat agar lebih terjamin.

"Rela merupakan pasukan yang cukup besar dan kalau kita dapat tempatkan mereka di tempat yang strategik saya percaya perananya akan menjadi lebih besar dan memberi nilai yang lebih tinggi.

“Sebab itulah apabila Kementerian dalam Negeri (KDN) mengumumkan agar Rela diberi tugas berkawal di kawasan kompleks beli belah, bukan sahaja di tempat orang ramai, tetapi juga di kawasan tempat letak kereta secara tidak langsung membuatkan rakyat berasa keselamatan mereka lebih terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan dengan Rela Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Tertutup Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini, semalam.

Menurutnya, transformasi yang ditunjukkan Rela yang pada asalnya ditubuhkan untuk melawan komunis itu bukan semakin menguncup tetapi telah menjadikan pasukan sukarelawan itu lebih penting dan relevan mengikut keperluan rakyat hari ini.

Katanya, hasrat kerajaan untuk merakyatkan tanggungjawab iaitu peranan menjaga keamanan dan keselamatan negara dilakukan sendiri rakyat telah mencapai sasaran dan situasi itu dibuktikan dengan penubuhan pasukan Rela di seluruh pelosok negara.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut mengulas keselamatan negara bertambah baik dan perkara itu terbukti dengan penurunan kadar jenayah yang ditunjukkan kini.

“Ramai yang mempertikaikan penurunan kadar jenayah, di mana apabila pihak media tidak kira media cetak atau elektronik dan sebagainya melaporkan sesuatu berita mengenai jenayah ia mendapat liputan meluas, sedangkan masalah yang dihadapi adalah persepsi sahaja,” katanya.

Kata beliau, kerajaan menghadapi cabaran lebih besar apabila pelbagai maklumat kini dapat diperoleh dengan mudah dengan penggunaan internet dan cara bertindak serta strategi juga perlu diubah mengikut kesesuaian perubahan masa kini.

TERKEJUT ADA PINJAMAN LEBIH 1 JUTA

BANDAR TEMERLOH - Seorang kerani syarikat swasta yang memohon pinjaman untuk membeli kereta dengan sebuah institusi kewangan terkejut selepas dimaklumkan dia mempunyai rekod pinjaman sebanyak RM1.2 juta.

Hoh Chew Yue, 21, berkata, dia bertungkus-lumus bekerja selama dua tahun ini untuk menyimpan wang deposit bagi membeli sebuah kereta, sebelum memohon pinjaman bank sebanyak RM30,000 sebagai bayaran baki.

Bagaimanapun dia terkejut apabila dimaklumkan kakitangan bank terbabit pada 12 Jun lalu bahawa dia mempunyai pinjaman lain sebanyak RM1.2 juta, sekali gus menyebabkan permohonannya ditolak.

"Saya beritahu ibu bapa mengenai perkara ini dan mereka juga terkejut kerana mereka tahu saya mula bekerja pun kira-kira dua tahun lalu, jadi mustahil saya boleh buat pinjaman sebanyak itu," katanya kepada media, semalam.

Bagi mendapatkan kepastian, Chew Yue pergi ke Bank Negara keesokan harinya, namun jawapan yang diterima juga sama tetapi kali ini maklumatnya lebih terperinci apabila mendapat tahu pinjaman itu dibuat pada Februari 2011 atas namanya bersama dua individu lain.

Menurutnya, selepas laporan dibuat di Bank Negara, dia kembali ke bank tempatan di Mentakab untuk tindakan susulan, namun sekali lagi terkejut apabila mendapati baki pinjaman telah dilangsaikan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Saya sangat keliru, ada individu yang tidak dikenali membuat pinjaman bank bersama saya dalam jumlah yang sangat besar dan lebih pelik ia diselesaikan dalam tempoh beberapa jam selepas sahaja laporan dibuat,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya dekat Temerloh Jaya.

Chew Yue berkata, selepas siasatan dilakukan akhirnya bekas majikannya mengakui bertanggungjawab menyalahgunakan salinan kad pengenalan dan memalsukan tandatangannya untuk memohon pinjaman RM1.2 juta bagi membuka sebuah syarikat.

Keliru dengan semua itu, Chew Yue membuat laporan kepada Bank Negara dan polis bagi menyiasat kemungkinan ada penglibatan pihak-pihak tertentu kerana terlalu mudah pinjaman sebanyak itu diluluskan hanya menggunakan salinan kad pengenalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

KEDIAMAN JADI MASALAH UTAMA

MACHANG -  Masalah rumah adalah masalah utama penduduk di sekitar Parlimen Machang, berikutan itu ada yang perlu rumah baru atau dibaik pulih.

Penyelaras Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub berkata,  hasil program turun padang yang diadakan secara berkala, rata-rata rakyat menyuarakan hasrat membaiki rumah atau memohon bantuan rumah.

Katanya, pada zaman yang serba moden pada hari ini, masih ada dalam kalangan penduduk yang hidup berlantai tanah, menumpang di rumah tinggal atau hidup menyabung nyawa di rumah yang hampir runtuh.

“Sebagai pembangkang di Kelantan, tidak banyak yang kami mampu usahakan  namun dalam masa sama, kerja baik pulih rumah tetap dilaksanakan bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Biarpun begitu, masih banyak rumah yang sudah tidak boleh dibaiki lagi, dan perlu dibina semula. Kerajaan Negeri perlu membuka mata dalam menyelesaikan masalah ini segera,” katanya ketika menziarahi penduduk Kampung Cherodok, di sini.

Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemuning, Eriandi Datuk Ismail.

Ahmad Jazlan berkata, pada kunjungan ke kampung-kampung, kebanyakan penduduk mohon mendapatkan rumah baru di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), biarpun menyedari bantuan itu terhad dan mempunyai senarai menunggu yang panjang.

Dalam pada itu, katanya, antara masalah lain yang sering diutarakan adalah berkaitan kemudahan air bersih,  yang mana rata-ratanya memohon bantuan bagi menggali telaga tiub di kawasan rumah mereka, dalam usaha mengatasi masalah air yang tidak pernah selesai sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, beliau sebaik mungkin cuba membantu penduduk dalam menyelesaikan apa sahaja masalah yang disuarakan.

“Setiap masalah akan dikenal pasti dan akan disalurkan ke agensi atau jabatan berkenaan. Masih ramai orang kampung yang tidak tahu mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan.

“Program seumpama ini diadakan setiap minggu dalam usaha mendengar masalah rakyat,” katanya.

BARANGAN TIRUAN TRW DIJUAL

KOTA BHARU - Peniaga yang masih berdegil menjual barangan tiruan The Red Warriors (TRW) dan barangan menggunakan logo Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di negeri ini diberi amaran tegas supaya tidak meneruskan perniagaan berkenaan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Merchandise, Outlet dan Event Kafa, Azlan Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengenal pasti masih terdapat segelintir peniaga yang ingkar arahan Kafa.

“Ada juga antara mereka yang menjual barangan tiruan dan juga tidak langsung berdaftar sebagai wakil jualan KAFA yg sah. Cara perniagaan ini seolah-olah mencabar pihak Kafa dan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK) Kelantan biarpun mereka pernah dikenakan tindakan atas kesalahan berulang dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, terdapat lebih 10 rampasan dibuat di sekitar Kota Bharu termasuk di Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Selain itu, berkenaan logo Kafa dan logo jenama Warriors selaku jenama rasmi keluaran Kafa didaftar di bawah Akta Cap Dagang 1976.

“Berdasarkan akta ini, antara tindakan yang boleh dibuat termasuk larangan perihal dagangan palsu dengan cap dagangan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 Seksyen 8 (2). Ini bermakna, mana-mana orang yang mengguna, membekalkan, mendedah atau menawarkan perihal barangan dagangan palsu, mereka boleh disabitkan kesalahan dengan denda,” katanya.

Katanya, antara denda yang dikenakan bagi sehelai baju TRW (tiruan), boleh didenda RM10,000 atau tiga tahun penjara (perseorangan) dan bagi pertubuhan perbadanan (contoh syarikat), boleh didenda RM15,000 setiap helai.

 Katanya, peniaga yang mahu memasarkan barangan TRW, mereka perlu mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkaitan bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan.

BENARKAH AGNES MONICA MENINGGAL?


"Pada tanggal 28 mei 2011   jam 11:00 wib aAnes meiggal dunia di rumah sakit hal ini di rahasiakan pihak management,rumah sakit dan keluarga agnes menurut sumber agnes meninggal karena over dosis obat tingkat tinggi di rencanakan agnes akan di kuburkan besok dan kami tidak tahu dimana agnes di makamkan," demikian bunyi kabar itu.

Benarkah kabar ini? Hal tersebut dibantah oleh manajer sekaligus kakak dari Agnes Monica, Christian.
" Jelas-jelas dia sudah sembuh hari ini, kondisinya sudah pulih. Berita dari mana itu mas,"ujar Christian ketika dihubungi Tribunnews.com, Minggu (29/5/2011).

Tak hanya dari Christian saja bantahan tersebut diberitakan, dari akun twitter Agnes Monica pribadi yang bernama @ agnezmo, ditulis kalau dirinya sudah sehat kembali. Bahkan rencananya hari ini dirinya akan keluar dari rumah sakit.

" RT @agnezmo: Yaaaay.. Today udh bisa keluar dari RS.. Puji Tuhan. :) Thank You, Jesus... :')"isi akun twitter Agnes Monica, beberapa jam yang lalu.

Agnes Monica terbaring di rumah Sakit Siloam, Kebon Jeruk mulai hari Rabu (25/5/2011). Agnes Monica dikabarkan cedera dibagian tulang punggungnya

WAJAH BARU HONDA CIVIC

Honda Malaysia Sdn Bhd yakin jual 5,200 unit Civic serba baru versi petrol dan 1,200 unit Civic serba baru versi hibrid menjelang hujung tahun ini, sekali gus menguasai 40 peratus penguasaan pasaran bagi segmen sedan bukan nasional saiz sederhana.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, dengan kestabilan model hibrid yang mengagumkan, pihaknya yakin jualan mampu mencecah 10,000 unit dalam tempoh setahun.

“Hampir 40 tahun, Civic mencatat reputasi cemerlang dengan memberikan prestasi terbaik daripada segi pemanduan, kualiti, kecekapan bahan api dan nilai lebih daripada yang dijangka dalam  segmennya.

“Untuk setengah tahun pertama tahun ini juga, kami sering mendapat perhatian berikutan kejutan dan beberapa produk menarik yang diperkenalkan,” katanya selepas melancarkan Civic generasi ke sembilan, baru-baru ini.

Menurutnya, Civic serba baru ini diubah suai dengan gaya dan kehalusan yang tinggi di mana ia lebih sofistikated serta nampak lebih bertenaga dalam kelasnya.

Secara keseluruhannya, Civic telah terjual lebih 19.7 juta unit di seluruh dunia sejak pengenalan generasi pertama pada 1972. Manakala di Malaysia, lebih 58,000 unit telah terjual sehingga kini sejak pelancaran pertama Civic Generasi Ketujuh pada 2003.

Sementara itu, Civic serba baru jenis petrol boleh didapati dalam pilihan warna kelabu metalik, hitam kristal, dan putih.

SETEM WANG MALAYSIA MULAI MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem khas dan Sampul Surat Hari Pertama bertemakan reka bentuk terbaru wang syiling Malaysia pada Isnin ini.
   
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Khalid Abdol Rahman berkata setem itu adalah dengan kerjasama Bank Negara.
   
Beliau berkata produk kali ini mengandungi setem enam persegi berwarna perak bernilai 60 sen yang memaparkan syiling 5 sen dan 10 sen manakala stem berwarna emas dengan nilai sama memaparkan syiling 20 sen dan 50 sen.
   
"Terdapat juga lembaran mini yang memaparkan wang kertas bernilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 dijual pada harga RM5 setiap satu," katanya pada sidang akhbar di sini.
   
Sementara itu Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata koleksi setem baru ini kesemuanya dicetak pada kertas bersalut perak dan emas dengan perincian unik yang jarang dihasilkan dan ini dilakukan untuk menyerlahkan warna serta reka bentuk syiling baru tersebut.
   
Katanya pengumpul setem digalakkan mendaftar sebagai ahli Standing Order Deposit Account (SODA) untuk mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia tanpa perlu beratur di kaunter, katanya.
   

PAK LAH TIDAK ADA KAITAN DENGAN HIMPUNAN OREN


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.
   
Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka. 
   
"Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.
   
Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.

PERADABAN YANG LENYAP SECARA MISTERI

Mengikut perkiraan sejarah yang tertulis dan dikaji oleh para sarjana tidak kira sama ada sarjana islam mahupun sarjana barat, sesebuah tamadun yang wujud di dunia ini pada suatu ketika dahulu pasti akan mengalami fasa kemerosoton dan akhirnya membawa kehancuran peradaban dan ketamadunan sesuatu bangsa tersebut. Kehancuran ini boleh disebabkan faktor kesan aktiviti manusia itu sendiri, peperangan, pergolakan dalaman, pemberontakan, mahupun disebabkan bencana alam .

Dan apa yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan anda semua adalah mengenai 5 peradaban manusia purba yang telah mencapai tingkat kemajuan teknologi yang tinggi pada zaman purba yang akhirnya telah lenyap secara secara misteri. Sehingga kini tidak ada fakta, bukti dan hujah yang kukuh bagi mengaitkan misteri lenyapnya ketamadunan ini.


Olmec
Merupakan antara masyarakat awal Meso-amerika yang mendiami di sekitar dataran rendah tropika di selatan Mexico. Tanda awal kewujudan tamadun ini dikesan sekitar 1400 SM di bandar San Lorenzo disokong oleh dua pusat bandar yang lain, Tenochtitlan dan Potrero Nuevo. Kaum ini mahir dalam aktiviti pembinaan di mana dapat dilihat di setiap kawasan utama memiliki mahkamah istiadat, gundukan rumah, piramid kon besar dan monumen batu termasuk kepala kolosal bagi individu yang amat dikenali dan dihormati oleh mereka.


Tamadun ini sangat bergantung kepada aktiviti perdagangan di antara tamadun Mesoamerika yang lain. Disebabkan kemajuan yang dimiliki serta merupakan tamadun paling awal wujud, Olmec sering kali dijadikan rujukan atau ibu budaya dari berbagai budaya Mesoamerika yang lain oleh para pengkaji barat.


Bagaimana mereka lenyap ?

Sekitar 400 SM kawasan timur Olmec dikesan tidak berpenghuni berkemungkinan akibat perubahan persekitaran. Mereka mungkin juga telah berpindah selepas aktiviti gunung berapi di daerah tersebut. Teori popular lain menyatakan bahawa mereka diserang dan dijajah, tetapi tiada bukti yang menunjukkan siapakah yang melakukannya.

Nabatean

Nabatean merupakan budaya Semitik yang berada di lingkungan sebahagian daripada Jordan, Kanaan dan Arab daripada abad ke-6 S.M. Mereka terkenal sebagai pembina atau pemaju kepada Kota Purba yang sangat terkenal di dunia iaituKota Petra dimana mereka berkhidmat dan menetap.Bandar Petra ini merupakan sebuah kota yang unik dan menarik dimana dibina dengan memahat dinding tebing dan dihiasi dengan permata daripada Khazneh atau Treasury, bercirikan sebuah bangunan besar berinspirasikan Yunani .

Kemewahan tamadun ini diperolehi melalui menjadi pusat perhentian perdagangan yang utama melalui jaringan laluan perdagangan yang kompleks dengan barangan dagangan seperti gading, sutera, rempah-rempah, logam mulia, permata, kemenyan, gula parfum dan ubat-ubatan.

Kerana luasnya laluan perdagangan, tamadun Nabatean sangat dipengaruhi oleh Yunani, Rom, Saudi dan Asyur. Tidak seperti masyarakat lain sezaman mereka, tidak ada perhambaan dan setiap anggota masyarakat memberikan sumbangan dalam tugas kerja.

Bagaimana mereka lenyap ?

Semasa abad ke-4 M, kaum Nabatean dikatakan meninggalkan kota Petra dan tiada siapa mengetahui puncanya. Bukti arkelogi menyatakan bahawa peninggalan ini bukanlah secara tergesa-gesa disebabkan serangan oleh budaya lain. Penjelasan yang boleh diterima adalah bahawa ketika kebergantungan budaya mereka terhadap laluan perdagangan dimana telah bergerak ke utara tanpa singgah di kota Petra, mereka tidak boleh lagi mempertahankan peradaban mereka dan dan sekaligus meninggalkannya.


Aksumite Empayar
Empayar Aksumite bermula pada abad pertama Masihi di tempat sekarang dikenali sebagai Habsyah (Ethopia) dan dipercayai sebagai tempat asal Ratu Sheba. Aksum merupakan pusat perdagangan utama dengan eksport barangan seperti gading, sumber pertanian dan emas melalui rangkaian perdagangan Laut Merah dan selanjutnya ke Empayar Rom dan sehingga ke India timur.

Disebabkan itu, Aksum merupakan masyarakat yang sangat kaya dan merupakan budaya Afrika pertama yang mengeluarkan matawang sendiri dimana pada zaman kuno adalah tanda yang sangat penting. Monumen yang paling dikenali dari Aksum adalah stelae, sebuah obelisks besar yang diukir bertindak sebagai penanda kubur bagi raja dan bangsawan.


Bagaimana mereka lenyap ?

Menurut lagenda tempatan, Ratu Yahudi bernama Yodit mengalahkan Empayar Aksumite dan membakar gereja dan hasil sastera. Namun, yang lain percaya bahawa ratu selatan Bani al-Hamwiyah menyebabkan kemerosotan tamadun Aksumite. Teori lain termasuk perubahan iklim, aktiviti perdagangan yang merosot dan kekurangan hasil pertanian menyebabkan kelaparan.

Anasazi
Anasazi atau Leluhur Puebloans adalah budaya asli Amerika yang muncul di daerah Four Corners Amerika Syarikat (di mana New Mexico, Arizona, Colorado, dan Utah bertemu) sekitar 1200 SM. Para Puebloans awal adalah pemburu dan pengumpul yang tinggal di rumah-rumah lubang kecil. Kemudian mereka berkembang kepada aktiviti hortikultura dan mula menanam jagung, kacang-kacangan dan skuasy. turut ditemui di tapak arkeologi Anasazi adalah tembikar greyware, bakul rumit, sandal buluh, jubah bulu, batu gerinda dan busur, dan anak panah.

Pada era Pueblo II dan Pueblo III, Anasazi membina bandar keluar dari di sisi tebing seperti yang di Mesa Verde dan Bandelier atau membentuknya seperti di Chaco Canyon. Kota-kota ini kebanyakkannya menjadi tempat upacara kebudayaan dan berhubung di antara satu sama lain melalui jalan raya sejauh beratus-ratus batu.


Bagaimana mereka lenyap ?

Sekitar 1300 Masihi, Leluhur Puebloans meninggalkan rumah tebing dan bertebaran. Kebanyak ahli sarjana percaya bahawa, selepas peningkatan populasi yang mendadak serta kaedah pertanian yang buruk dan kekeringan serantau yang membuatnya sukar untuk menghasilkan makanan yang mencukupi. Kerana kurangnya makanan, Anasazi bergerak sepanjang Rio Grande dan kerana itu banyak Pueblo India moden percaya bahawa mereka adalah keturunan dari Anasazi.

Tamadun Lembah Indus
Pernah mendiami kawasan seluas saiz Eropah barat di kawasan-kawasan yang sekarang meliputi Pakistan dan India barat, Lembah Indus atau Tamadun Harappa berkembang 3300-1300 SM dan bertapak kukuh pada 7000 SM. Walaupun menjadi salah satu tamadun purba terbesar, tidak banyak yang diketahui tentang tamadun Harappa, terutama kerana bahasa mereka tidak pernah diterangkan. Mereka membina lebih daripada seratus bandar dan desa termasuk bandar Harappa dan Mohenjo-Daro, masing-masing yang dibina dengan tata letak terancang, dan sistem pembentungan kompleks dengan tandas di dalam bilik.


Bukti menunjukkan bahawa Harappa mempunyai kerajaan bersatu dan tidak ada hierarki dalam kelas sosial. Juga tidak ada bukti kegiatan ketenteraan sehingga kemungkinan bahawa mereka hidup dalam damai. Mereka merupakan ahli astronomi yang hebat dan berpengalaman dalam bidang pertanian, tumbuh gandum, jelai, kacang polong, tembikai, bijan dan kapas (menjadi tamadun pertama yang menghasilkan kain kapas) dan menternak beberapa haiwan termasuk lembu dan gajah.


Bagaimana mereka lenyap ?

Ada beberapa teori mengenai apa yang berlaku pada peradaban Lembah Indus. Beberapa sarjana percaya bahawa mereka meninggalkan kawasan perbandaran terancang mereka kerana perubahan terhadap persekitaran, seperti perubahan saiz sungai Hakra Ghaggar yang semakin mengecil atau, bukti suhu sejuk kering di seluruh Timur Tengah. Teori lain yang popular adalah bahawa bangsa Arya menyerang sekitar 1500 SM.

Kesimpulan yang boleh saya rumuskan, meskipun pelbagai tamadun besar yang wujud satu ketika dahulu dengan teknologi senibina yang mengagumkan namun yang menjadi persoalan besar , tentang kehancuran tamadun tersebut dan mengapa tamadun yang sebegitu hebat ditinggalkan begitu sahaja oleh bangsa tersebut Walaupun wujud pelbagai teori , hujah , namun misteri lenyapnya ketamadunan yang saya kongsikan diatas masih kekal menjadi misteri kerana tiada bukti yang konkrit bagi membuktikan misteri kenapa kota peradaban bangsa tersebut ditinggalkan begitu sahaja.