Pages

Labels

Powered by Blogger.

Saturday 30 June 2012

kata Anuar Zain dibidas

PENGAKUAN penyanyiLelaki Ini yang kecewa dengan stesen radio tempatan, mendapat reaksi pelbagai pihak.

Anuar Zain ketika majlis pelancaran album terbarunya, mendakwa albumnya kurang mendapat sambutan kerana kurang kerjasama dari stesen radio tempatan. Lebih mengecewakan, Anuar memberitahu, sudah empat tahun dia tidak mendengar radio.

Bagaimanapun, kenyataan Anuar Zain dibidas kembali beberapa stesen radio swasta. Selain radio Era, Suria FM juga tampil mempertahankan stesen mereka. Punya misi tersendiri, mereka tidak pinggir mana-mana artis tempatan, termasuk Anuar Zain.

Namun kenyataan adik penyanyi popular Ziana Zain itu membuatkan mereka terkilan.

FINAL EURO 2012-ITALI ATAU SEPANYOL

PERSAINGAN memburu mahkota kejuaraan Euro 2012 kian berlabuh bermula daripada 16 pasukan yang berada dalam empat kumpulan berkurangan kepada lapan di saingan suku akhir, empat di separuh akhir sebelum kemuncak Isnin ini.

Tekaan, harapan mengenai pasukan masing-masing kita dengar pada permulaan Euro berlangsung sehingga kini namun tanpa diduga kejutan besar tetap berlaku ke atas pasukan yang dianggap berpotensi menjadi juara di peringkat  umpulan sebaliknya terpaksa ‘angkat kaki’ awal. Belanda, tiada siapa menyangka terpaksa melalui mimpi ngeri pada Euro edisi ini. Bagi rakyat negara itu, mereka barang kali mahu memadam segala diari, jadual atau apa sahaja yang  berkaitan dengan Euro 2012 untuk segera melupakan tahun paling menyedihkan ini.

Bukan di negara kincir angin itu sahaja, peminat The Oranje di seluruh dunia termasuk negara kita pun pastinya masih bersedih. Siapa yang tidak terkejut apabila pasukan yang dinobat kedua terbaik dunia itu terpaksa pulang awal  tanpa sebarang mata dalam saingan peringkat kumpulan (B) yang diletak bersama Jerman, Portugal dan Denmark.

Sesungguhnya bibarisi bintang terkemuka belum tentu mampu memberi kemenangan kepada pasukan dan inilah yang terjadi kepada The Oranje.


PERMULAAN SERBA TIDAK MENJADI BUAT CZECH

Tewas dalam penampilan pertama di kaki Rusia 1- 4 tidak mematahkan semangat anak didik Michal Bilek untuk bangkit mencari kemenangan dan ia berjaya selepas menjinakkan juara Euro 2004, Greece 2-1.

Momentum perjalanan Republik Czech ke saingan suku akhir diteruskan dengan kemenangan menewaskan pasukan tuan rumah Poland 1-0, hasil jaringan Petr Jiracek minit 72 untuk mengungguli kedudukan teratas Kumpulan A  dengan enam mata. Nasib pula nyata memihak kepada Greece yang turut layak ke saingan suku akhir selepas berada di tangga kedua yang berjaya memungut mata penuh menewaskan Rusia 1-0 dalam perlawanan ketiga peringkat  kumpulan.

Peluang Greece untuk meneruskan saingan dalam kejohanan kali ini pada permulaannya dilihat samar selepas  seri dalam perlawanan pertama dan kalah di tangan Republik Czech dalam perlawanan kedua.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Kekalahan Poland kepada Czech 0-1 dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan membuka peluang Greece untuk mara ke suku akhir berbanding Rusia walaupun mempunyai jumlah mata yang sama namun ditentukan melalui  keputusan perlawanan terakhir mereka dalam peringkat kumpulan.

KAFA AKAN BUAT ADUAN EPADA FAM

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya mengasari pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat lalu.
   
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu.
   
"Setelah menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlawanan dan laporan perlawanan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Azzudin berkata, FAM akan menyiasat kes ini secara adil dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Amri jika terdapat bukti kukuh.
   
Sementara itu, Pengurus Kafa, Azman Ibrahim berkata pihaknya akan menghantar laporan dan bantahan secara rasmi kepada FAM secepat mungkin.
   
"Kita masih menunggu salinan rakaman perlawanan sebagai bahan bukti dan akan membuat analisis sebelum membuat laporan dan bantahan kepada FAM," katanya.
   
Beliau berkata, isi laporan dan bantahan juga mempersoal sikap pengadil yang seolah-olah tidak mempedulikan insiden yang berlaku di depan matanya, katanya.

TERSALAH CABUL NENEK

KULIM - Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek.

Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.

Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: "Tak kerja ka?"

Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.

Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.

Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.

"Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah, terutama kes cabul dan rogol," katanya.

Menurutnya, bilik air mesti dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah.

"Jangan bergelap. Ada orang sengaja mandi dalam gelap untuk mengelak diintai tetapi dalam keadaan gelap, ia sebenarnya mendorong jenayah lebih serius. Perkara paling utama pastikan keadaan dinding dan persekitaran selamat. Pintu mesti ditutup dan dikunci dengan sempurna," katanya.

MALANG NASIB KERANI BANK

AMPANG - Seorang kerani bank tidak sempat meraikan majlis hari bahagia bersama suami, selepas dia dibunuh dan dibakar depan rumahnya di Apartment Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu mangsa, P Yoga Ambiga, 27, baru pulang dari kerja sebelum diserang dipercayai oleh lebih daripada seorang suspek yang sudah bersiap sedia menunggunya.

Timbalan Ketua Polis Daerah  Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.15 malam dan siasatan menunjukkan mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap serta rentung akibat dibakar  di hadapan rumahnya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati barangan berharga seperti dompet dan telefon bimbit mangsa dilaporkan tidak hilang, sekali gus menolak motif samun. "Kita percaya pembunuhan mangsa dirancang rapi kerana individu yang  menyerangnya sudah bersedia dan mengetahui bila mangsa pulang dari kerja.

"Setakat ini, kita percaya serangan bermotifkan cemburu dan sedang mengenal pasti jenis bahan bakar yang digunakan dalam kejadian," katanya, semalam. Md Nazri berkata, pihaknya sedang giat memburu individu yang terbabit  dalam kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian, 03-42897222 atau tampil di mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, bapa mangsa, S Periasamy, 62, berkata, tahun lalu terdapat seorang lelaki datang merisik anaknya (Yoga Ambiga), namun terpaksa ditolak. "Saya terpaksa tolak kerana menghormati permintaan anak yang tidak mahu menerima pinangan tersebut.

"Namun selepas itu, lelaki terbabit kerap  engganggu anak saya di tempat kerja termasuk di rumah," katanya di luar pekarangan rumah mayat HKL, semalam.

Ketika ditanya, adakah dia mengesyaki lelaki itu terlibat dalam serangan terhadap anaknya, Periasamy berkata, dia tidak mahu menuduh sesiapa dan tidak pasti siapa yang melakukannya. Kakak mangsa, P Varalaschumy, 35, berkata, dua minggu lalu, adiknya baru sahaja mendaftarkan perkahwinan dan dijangka mengadakan majlis Oktober nanti.

"Kami sekeluarga berasa terkilan kerana tidak dapat melihat adik dan suaminya meraikan hari bahagia mereka," katanya. 

TERENGGANU REBAH DI ALOR STAR


KEDAH melakukan kejutan apabila berjaya mengalahkan Terengganu 2-1 pada perlawanan  bola sepak Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.
Kegembiran Terengganu yang berjaya memperolehi gol seawal minit kedua menerusi  Mohd Muslim Ahamad tidak kekal lama apabila penyerang Kedah, Mohd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan pada minit ke-20.
Badrol Bakhtiar menambah duka pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-68.
Turut mengutip tiga mata pada malam ini ialah Sarawak apabila mengalahkan Johor FC 3-1 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.
Gol Sarawak hadir pada babak kedua perlawanan apabila Yusri Derma Raju menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-52 diikuti dengan oleh Guy Bwele (59) dan Zamri Morshidi pada minit ke-64 manakala gol saguhati Johor FC disumbangkan oleh Mohd Haris Safwan pada minit ke-71.
Pasukan tercorot, Kuala Lumpur pula tewas 2-4 kepada Sabah di Stdium Likas, Kota Kinabalu.
Gol pasukan Sabah dijaringkan Razid Gapar minit ke-11, Shahrudin Yakub (53'), Radzi Mohd Hussin (77') dan Leopold Alfonso  pada minit ke-88.
Manakala Zakaria Charara dan Muhd Afiq Azmi masing-masing menyumbang satu gol kepada pasukan Kuala Lumpur pada minit ke-73 dan minit ke-82.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Felda United menang tipis 1-0 kepada T-Team manakala Selangor PKNS menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Thursday 21 June 2012

BERTAUBATLAH,ALLAH MAHA PENGAMPUN

Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Tepatlah kiranya firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133, "Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".

Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan brejanji untuk tidak melakukannya lagi di masa medatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya".

ALLAH MEMERHATIKAN AK U

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)



Setiap apa yang  kita buat perlu ita ingat bahawa ALLAH lihat kita ,tengokita..oleh itu.kalau rasa
nak buat maksiat ,ingatlah ALLAH MELIHAT  kAMU SETIAP MASA!!!!!!!!11

HADIS MENGENAI BERSUGI

Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi, kayu araak(siwak), rotan manggar kelapa dan lain-lain.

Dari Aisyah r.a. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. (HR Baihaqi)

Nabi bersabda, “Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak melakukan solat.” (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Dua rakaat solat dengan bersugi itu lebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.(HR Muslim)

TIDUR SATU IBADAH

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." 

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Wallahua'lam.

BAGAIMANA SOLAT HAJAT?



CARA SOLAT HAJAT
1. Niat
أُصَلِّي سُنَّةَ حَاجَةٍ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى  / مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالًى
“ Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala / mengikut imam kerana Allah ta’ala “
2. Bacaan rakaat pertama
  1. Doa iftitah
  2. Fatihah
  3. Ayat kursi
وَإِلهَـُكُم اِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ, اللهُ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ , لاتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلانَوْمٌ , لَهُ مَا فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَا فِىْ الأرْضِ , مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ , يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِِهِ إِلاَّ ِبمَا شَآءُ , وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ
d. Surah al-Kafirun ( قل ياأيها الكافرون  )   7 kali
3. Bacaan rakaat kedua
  1. Fatihah
آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَا أُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ لاَ يُكَلِّفُ الله ُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَااْكتَسَبَتْ
رَبَّنَا لاَ تُؤَا خِذْنَا اِنْ نَّسِيْنَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْناَ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلىَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنـَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى القَوْمِ الكَافِرِيْنَ
c. Surah al-Ikhlas ( قل هوالله أحد   ) 5 kali
4. Bacaan lepas solat
a. Banyakkan membaca

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ  هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

b. Banyakkan selawat
اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نِ  الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ عُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ القُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الغَرَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتـِمُ  وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ ( تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا  /  فِىْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ )
atau cara solat hajat terbaik juga
Ini merupakan salah satu cara solat sunat hajat yang biasa dilakukan oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah
1. Niat
أُُصَلِّي سُنَّةَ حَاجَةٍ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى  / مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالًى
“ Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala / mengikut imam kerana Allah Ta’ala “
2. Bacaan rakaat pertama
  1. Doa iftitah
  2. Fatihah
  3. Ayat kursi
وَإِلهَـُكُم اِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ, اللهُ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ , لاتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلانَوْمٌ , لَهُ مَا فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَا فِىْ الأرْضِ , مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ , يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِِهِ إِلاَّ ِبمَا شَآءُ , وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ
d. Surah al-Kafirun ( قل ياأيها الكافرون  )   7 kali
3. Bacaan rakaat kedua
  1. Fatihah
آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَا أُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ لاَ يُكَلِّفُ الله ُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَااْكتَسَبَتْ
رَبَّنَا لاَ تُؤَا خِذْنَا اِنْ نَّسِيْنَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْناَ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلىَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنـَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى القَوْمِ الكَافِرِيْنَ
c. Surah al-Ikhlas ( قل هوالله أحد   ) 5 kali
d.sebelum bangun dari  sujud terakhir atau sebelum bangun dari sujud untuk baca tahiyat bacalah  11 kali Bacaan ” لاَ أِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّاْلِمِيْنَ ”
4. Bacaan lepas solat
a. Banyakkan membaca

اَسْتَغْفِرُ الله  العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ  هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

b. Banyakkan selawat ( 7 kalai)
اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نِ  الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ عُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ القُرَبُ وَتُقْضَى بِهِوَتُنَالُ بِهِ ا الحَوَائِجُ لغَرَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتـِمُ  وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ ( تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا  /  فِىْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ )
Bacalah surah Al-Fatihah
Baca surah Al-Ikhlas
لآ إله إلا الله والله أكبر
Baca surah  Al-Falak
لآ إله إلا الله والله أكبر
Baca surah An-Nas
لآ إله إلا الله والله أكبر
Baca surah Al-Fatihah
Berdoalah kepada Allah dengan spuas-puas hati


ASTAKA DI JERTEH RUNTUH


BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga terperangkap dalam runtuhan.
Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan.
Tiga daripada mereka yang terdiri daripada dua warga Indonesia dan seorang dari Bangladesh, sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar daripada timbunan bangunan itu manakala tiga lagi mangsa iaitu dua warga Bangladesh dan seorang Indonesia
yang terperangkap dalam runtuhan itu berjaya diselamatkan lebih dua jam kemudian dengan bantuan 15 anggota Bomba dan Penyelamat Jerteh, lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta 20 anggota polis.

PENGANGGUR DITAHAN BUNUH PEMILIK BUTIK


SUNGAI PETANI - Polis menahan dua pengganggur bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita pemilik butik perkahwinan yang mayatnya ditemui dalam longkang di tepi Jalan Persiaran Ambangan Heights, berdekatan Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini semalam.
   
Kedua-dua lelaki yang berusia sekitar 20-an itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
   
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata suspek ditahan oleh sepasukan polis sekitar bandar ini lewat petang semalam.
   
"Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh itu. Siasatan awal dan laporan bedah siasat menunjukkan mangsa telah ditikam berdasarkan kesan yang ditemui pada bahagian leher dan dada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
   
Hashim berkata polis juga tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada cemburu.

"Bagaimanapun kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk unsur-unsur lain seperti samun dan sebagainya," katanya.
   
M. Revathi, 23, ditemui mati di dalam longkang di tepi Jalan Persiaran Ambangan Heights pagi semalam.
   
Mayat pemilik Rakshata Bridal House di Taman Ria di sini itu ditemui pukul 7.30 pagi oleh orang ramai dalam keadaan terlentang atas motosikal di longkang sedalam kira-kira 0.5 meter yang dipenuhi semak.
   
Mayat wanita itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dengan kecederaan parah di leher dan dada.

MAYAT JURUSOLEK DITEMUI DALAM LONGKANG


SUNGAI PETANI – Seorang jurusolek pengantin dijumpai mati dalam longkang dengan beberapa kesan tikaman di leher, dada dan pinggang di jalan persendirian berdekatan ladang kelapa sawit di Ambangan Heights, Sungai Lalang, dekat sini, jam 7.30  pagi semalam.
Mayat M Revathi, 23, dari Taman Arked, Sungai Petani ditemui orang awam yang melalui jalan dari arah mahkamah ke Ambangan Heights.
Ahli keluarga mangsa, K Valiammah, 51, berkata, wanita itu selalunya pulang dari kedainya di Taman Ria Jaya, di sini pada sebelah petang sebelum mengikuti kelas kecantikan di satu lokasi lagi.
Mangsa bagaimanapun tidak pulang sejak kelmarin.
“Menyedari kehilangan mangsa, kami mencarinya di merata-rata tempat sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani,” katanya.

Selain mayat mangsa, motosikalnya turut ditemui di dalam longkang. Ketika ditemui, mayat mendiang yang lengkap berpakaian berada di atas motosikal dalam keadaan terlentang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, siasatan masih diteruskan dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di bahagian leher dan dada mangsa, Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati, siasatan turut dibantu seekor anjing pengesan, unit forensik polis dan pegawai perubatan forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

PORTUGAL TIDAK AKAN UBAH TONIK

PENGENDALI Portugal, Paulo Bento tidak akan mengubah strategi dan pada masa yang sama menggesa pasukannya tidak memandang ringan cabaran Republik Czech menjelang perlawanan suku akhir awal pagi esok.

Bento mahu mereka merendah diri dan tidak melupakan sejarah mereka ketika memulakan kempen edisi kali ini dengan prestasi tempang menentang Jerman.

“Apa yang telah kita lakukan adalah walaupun di saat-saat yang paling sukar, kita tidak menukar strategi kami, mahupun identiti kita.

"Kami akan cuba kekalkan dan memberi tumpuan kepada apa yang kita buat. Kita akan lakukan yang terbaik dan cuba mencari kelemahan mereka," jelasnya.

Beliau menyambut hari jadi yang ke-43 hari ini memberitahu, “hasrat saya yang terbesar adalah membawa kejayaan untuk semua orang di Portugal. Itu azam saya.”

Sementara itu, pemain tengah Portugal, Raul Meireles memuji kapten pasukan mereka, Cristiano Ronaldo.

“Semua orang mahu Ronaldo untuk membantu, mujur dia menjaringkan gol ketika menewaskan Belanda,” katanya.

Pemain tengah, Joao Moutinho juga memberikan pandangan yang sama tentang Ronaldo.

“Dia adalah seorang pemain yang sempurna dan istimewa. Sukar untuk saya mengetahui kelemahannya. Dia bagus dalam tandukan bola, kakinya dan dia memang pantas.

“Dia pemain yang hebat dan menjadi nadi dalam pasukan kami. Kami berasa bangga mempunyai pemain ini didalam skuad,” jelasnya.

Moutinho juga menggesa supaya rakan-rakan sepasukan fokus dalam perlawanan menentang Czech ini selepas mengharungi 'kumpulan maut' sebelum ini bersama Jerman, Belanda dan Denmark.

“Kita akan menghadapi lawan yang sangat bermotivasi dan kuat, mereka terkenal dengan serangan balas. Czech akan melakukan apa sahaja untuk mengecewakan kami.

“Saya pasti ia merupakan satu perlawanan yang sangat hebat dan menarik. Ia teramat sukar menentang lawan yang hebat seperti mereka,” katanya.

TAHAP KEBERSIHAN NEGARA PADA 20 JUN 2012


KUALA LUMPUR - Sepanjang tempoh 24 jam lalu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 11 pagi, 20 Jun 2012 mencatatkan 11 kawasan berada pada tahap baik dan 40 kawasan berada pada tahap sederhana dan sebuah (1) stesen iaitu Seberang Jaya, Pulau Pinang (IPU 103) berada pada tahap tidak sihat.

Pada jam 11 pagi 20 Jun 2012, berlaku kemerosotan kualiiti udara dan tren menunjukkan peningkatan IPU di pantai barat sebelah utara Semenanjung.
Manakala status kualiti udara di kebanyakan kawasan di Lembah Kelang sedikit bertambah baik dan tren menunjukkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) masih tidak stabil, namun tiada stesen di Lembah Kelang merekod bacaan IPU tidak sihat pada hari ini.
Laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh “ASEAN Specialised Meteorological Centre” (ASMC) pada 19 Jun 2012 menunjukkan bilangan titik panas (hotspot) di Sumatera, Indonesia adalah 267 berbanding 310 titik panas pada 19 Jun 2012.
Imej satelit dan laporan peta jerebu serantau yang dikeluarkan ASMC menunjukkan arah angin barat daya masih bertiup membawa asap jerebu dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah dan Sumatera Utara ke beberapa kawasan di utara pantai barat
Semenanjung.

Laporan peta jerebu serantau ASMC menunjukkan lingkaran jerebu sederhana terjadi di pinggir pantai Sumatera Tengah, di Selat Melaka dan merangkumi kawasan pantai barat utara Semenanjung Malaysia.
Oleh yang demikian, punca utama kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di negeri sebelah utara Semenanjung pada pagi ini adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentasi sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negara dan telah pun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

Di samping itu, penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri-industri dipertingkatkan.

Perintah Larangan Pembakaran Terbuka bagi kawasan di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikeluarkan pada 16 Jun 2012 masih dikuatkuasakan.
Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.
Orang ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
SUMBER: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Tel  : 03-8886 1585/03-8886 1728
Faks : 03-8889 4763

RUKUN TETANGGA BUKAN MEDAN LEPAS RASA TAK PUAS HATI

KUALA LUMPUR  - Seorang Anggota Parlimen hari ini mencadangkan agar institusi Rukun Tetangga (RT) tidak dijadikan wadah untuk melahirkan rasa tidak puas hati serta memperbesar-besarkan sesuatu isu yang boleh memecah belah perpaduan dan keharmonian rakyat.
   
Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata, "Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan hari ini RT di beberapa lokaliti telah menjadi pelantar untuk sesuatu pihak melahirkan rasa tidak puas hati dan sebagainya.
   
"Saya khuatir jika kawalan tidak diperkenalkan secara konsisten dalam unit RT, ia akan memecahbelahkan sistem kehidupan masyarakat setempat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
   
Idris turut mencadangkan Pegawai Perpaduan dan Integrasi supaya turun padang dan melihat sendiri operasi RT bagi mendapatkan maklumat secara langsung serta situasi sebenar hingga ke akar umbi.
  
Sementara itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) mencadangkan agar kerajaan menyediakan perlindungan insuran kepada sukarelawan RT bagi menjamin kebajikan jika ditimpa sesuatu kejadian yang tidak diingini semasa melakukan rondaan.
   
"Dengan adanya tambahan peruntukan ini, kerajaan boleh menggunakan sebahagian daripadanya untuk melengkapkan kemudahan sukarelawan RT kita yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyertai program di daerah masing-masing," katanya.
   
Menyentuh peruntukan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Lilah berkata peruntukan tambahan ini seharusnya dimanfaatkan SPR bagi menambah baik kualiti perkhidmatan serta memperluaskan skop kerja.
   
"Ini sudah tentu mereka dapat menyediakan satu daftar pemilih yang tepat dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak selepas ini," katanya.

BILANGAN ATLET OLIMPIK NEGARA DIUMUM MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin mendapat tambahan enam slot lagi ke Olimpik 2012 di London melalui penyertaan 'wild card', menjadikan jumlah atlet negara ke temasya sukan terbesar dunia itu 34 orang.
   
Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail berkata sehingga kini, 28 atlet negara layak beraksi di Olimpik sama ada melalui merit atau penyertaan wild card.
   
"Jumlah sebenar atlet layak ke Sukan Olimpik akan diketahui selewat-lewatnya awal minggu depan selepas persatuan induk antarabangsa setiap sukan memuktamadkan jumlah slot yang akan diberi kepada negara-negara yang menjadi anggotanya," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Beliau berkata enam slot tambahan itu dijangka diisi melalui acara renang (3), olahraga (2) dan angkat berat wanita (1).
   
Bernama difahamkan satu daripada slot acara renang telah diisi oleh Christina Loh dan dua slot acara olahraga diberi kepada atlet 400m lari berpagar, Noraseela Mohd Khalid dan atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei.
 
Atlet angkat berat wanita negara, Azizah Fadzil masih menunggu keputusan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa berhubung penyertaannya ke London melalui 'wild card' berikutan slot untuk Malaysia diberikan kepada atlet Vietnam.
   
Ahmad Shapawi berkata memandangkan majoriti atlet ke Olimpik kini berlatih di luar negara mengikut program masing-masing, MSN tidak akan mengadakan kem latihan pusat seperti kebiasaan.
   
Sejak penyertaan sulung Malaysia di Sukan Olimpik Melbourne, Australia pada 1956, jumlah atlet teramai dalam kontinjen negara ialah 64 orang semasa Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada 1964.
    
Berikut ialah senarai atlet yang layak ke Olimpik London:
   
Memanah - Cheng Chu Sian, Khairul Anuwar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Nurul Syafiqah Hashim.
   
Penerjun - Bryan Nickson Lomas, Pandelela Rinong, Yeoh Ken Nee, Cheong Jun Hoong, Huang Qiang, Traisy Vivien Tukiet, Wendy Ng Yan Yee dan Leong Mun Yee.
   
Renang (Perairan Terbuka) - Heidi Gan
   
Badminton - Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Chan Peng Soon/ Liu Ying, Tee Jing Yee, Vivian Kah/Woon Khe Wei.
   
Berbasikal - Mohd Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapha, Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli.
   
Menembak - Nur Suryani Muhd Taibi
   
Pelayaran - Khairul Nizam Mohd Affendy
   
Lawan Pedang - Yu Peng Kean
   

SELANGOR SENGAJA POLITIKKAN ISU AIR?

PUTRAJAYA - Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengadakan Forum Air secara tertutup tanpa menjemput wakil-wakil kerajaan Persekutuan dan operator-operator air hanya bertujuan untuk mempolitikkan isu air di negeri itu, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Dalam forum yang diadakan pada 12 Jun itu, beliau berkata kerajaan negeri Selangor mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak tepat untuk mengelirukan rakyat tanpa memberi peluang kepada kerajaan Persekutuan menjelaskan kedudukan sebenar.

"Sekiranya kerajaan negeri Selangor benar-benar ikhlas untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Selangor, mereka sewajarnya berani untuk bersemuka dengan pihak kerajaan Persekutuan dan membincangkan isu-isu tersebut secara profesional dan terbuka sepertimana yang dibuat kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Chin berkata sebelum ini kerajaan Persekutuan menjemput wakil kerajaan negeri Selangor menganggotai Pasukan Petugas bagi Menangani Krisis Bekalan Air di Negeri Selangor, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee.

Beliau berkata forum terbuka membolehkan semua pihak memberi pandangan secara profesional bagi memastikan rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai isu air di negeri Selangor.

Beliau berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan semasa forum mengenai ketidakwajaran pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) seharusnya dibincangkan semasa mesyuarat Pasukan Petugas atau mana-mana forum terbuka.

"Sehubungan itu, kementerian akan mengadakan satu lagi forum air terbuka kepada semua termasuk NGO dengan menjemput wakil-wakil dari kedua-dua pihak untuk mengemukakan pandangan masing-masing. Biar semua fakta-fakta ini diketahui," katanya sambil menambah bahawa satu tarikh akan ditetapkan bagi mengadakan forum itu.

Sementara itu, Chin berkata masalah gangguan air di Lembah Klang dijangka bertambah teruk pada musim kemarau yang dijangka berlanjutan sehingga Ogos ini apabila kadar permintaan air melebihi kapasiti pengeluaran air.

Berdasarkan maklumat terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), beliau berkata kapasiti pengeluaran air dari 34 loji-loji dalam negara ialah 4,371 juta liter sehari (JLH) tetapi kadar permintaan tertinggi pada 17 Jun mencecah 4,410 JLH.

"Kapasiti rizab air dijangka menurun pada musim kemarau ini. Contohnya, kapasiti rizab air pada 5 hingga 11 Jun adalah antara 2.06 peratus hingga 1.22 peratus sahaja.
   
"Kita ada margin rizab yang nipis. Maka, kita perlu menambah kapasiti air dengan membina Langat 2 yang dijangka dapat memastikan lapan juta penduduk di kawasan-kawasan tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan dari tahun 2014 sehingga 2025 tanpa membina loji-loji rawatan air tambahan," katanya.

Chin berkata fasa pertama Langat 2 dijangka membekalkan 1,130 JLH sehari dengan peruntukan sekitar RM5 bilion sahaja berbanding dengan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion yang diperlukan untuk menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) dari 32.3 peratus pada tahun ini kepada 20.83 peratus pada tahun 2020 iaitu penjimatan purata tahunan sekitar 126 JLH sahaja.

"Fakta ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan projek-projek untuk menurunkan kadar NRW bukan merupakan jawapan bagi menangani masalah bekalah air di Selangor sebaliknya pelaksanaan Langat 2 merupakan opsyen terbaik.

"Saya menyeru kerajaan negeri Selangor memberikan kerjasama untuk memberikan kelulusan yang diperlukan bagi melaksanakan Langat 2.

"Saya menyeru kerajaan negeri Selangor supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan mengenai bekalan air di negeri Selangor tetapi bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menanganinya demi kebaikan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Wednesday 20 June 2012

LEE CHONG WEI DALAM DILEMA

SELEPAS dihimpit masalah kecederaan dan krisis keluarga, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini tampil lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan penting sepanjang kariernya bagi memastikan pingat emas pertama negara di Olimpik London menjadi kenyataan.

Masih dibelenggu masalah kecederaan, beliau tekad melakukan yang terbaik selain mengikuti setiap latihan dan persiapan yang telah disusun bagi memastikan persediaan penuh sebelum kejohanan berprestij itu yang hanya berbaki sebulan sahaja lagi.

"Saya tahu bukan mudah untuk hadapi kejohanan besar seperti ini selepas mengalami kecederaan, tetapi saya akan berjuang habis-habisan kerana ia bukan sahaja penting untuk saya tetapi juga negara dan orang ramai yang menyokong selama ini.

"Buat masa ini, saya akan kekal fokus untuk sesi latihan dan fisioterapi serta berharap kecederaan ini dapat pulih sepenuhnya minggu depan," katanya yang telah mula menjalani latihan fizikal tiga minggu lalu.

Mengakui masih fobia beraksi di atas gelanggang, bagaimanapun pemain berasal dari Pulau Pinang ini berazam untuk memberi sepenuh komitmen termasuk mempertajamkan kemahirannya ketika sesi latihan fasa terakhir skuad badminton negara di Universiti Bath, United Kingdom mulai 12 Julai depan sebelum dijangka berlepas ke London pada 25 Julai.

"Saya tidak mahu terlalu tertekan dengan apa yang orang perkatakan kerana mungkin apabila di sana nanti lebih fokus untuk latihan, fizikal dan mental sebagai persediaan ke Olimpik," katanya yang turut disertai rakan sparring seperti Chong Wei Feng, Kwong Beng Hong dan Liew Daren serta dua ahli fisioterapi daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Selain itu katanya, beliau akan mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi

Monday 18 June 2012

Pengaruh syiah semakin berleluasa


DIFAHAMKAN terdapat 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang.Untuk mengenali Syiah, perlu difahami bahawa ia terbahagi kepada tiga golongan iaitu al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah.
Pada asasnya, Syiah dianggap golongan yang memberikan wala' (taat setia) melampau kepada Saidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali gus menafikan kemuliaan Khalifah Ar Rasyidin yang lain iaitu Saidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saidina Usman Ibn Affan.

Turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saidatina A'isyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah SAW sendiri.
Selain itu ada juga telahan bahawa penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir.

Namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak Abu Bakr, Umar dan Usman.

Al-Tasyaiyu' pula adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saidina Ali dalam Perang Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masihi.
Rasa simpati ini turut terkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah (680 Masihi) apabila anak Saidina Ali, Saidina Husain diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq.
Sejak itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan 'qamezani' iaitu sejenis pisau seakan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut.

Al-Mufadhdhila pula, meskipun mereka meletakkan kedudukan Saidina Ali dan keturunannya lebih mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman.

Mereka juga tidak sampai mencela sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah SAW itu. Daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terangterangan menafikan kekhalifahan Abu Bakr, Umar dan Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Ali, diikuti keturunannya.
Ini sekali gus menyebabkan timbul tanggapan kononnya pelantikan mereka yang selain Ali dan keturunannya adalah salah dan mereka yang mematuhinya didakwa sesat. Meskipun Syiah lebih cenderung untuk dikaitkan dengan Saidina Ali dan keturunannya, namun kewujudan Syiah dikatakan lebih dahulu daripada itu.
Malah ada versi yang mengaitkan kewujudan kumpulan itu dengan Abdullah bin Saba', seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam (munafik).
Namun, Abdullah bin Saba' hanya seorang individu dan ini bukan faktor yang kuat bagi perkembangan Syiah hingga ke hari ini.
Faktor lain yang lebih kuat ialah kaitannya dengan sejarah Parsi sehingga melahirkan negara Syiah, Iran yang paling kuat pada masa ini.
Kegemilangan empayar Parsi berakhir pada era pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Orang Parsi yang sebelum itu beragama Majusi (Zoroastrian) mulai menerima Islam antara 637 hingga 651 Masihi.

Meskipun ramai yang ikhlas memeluk Islam, namun ada juga yang berdendam. Ada versi mendakwa mereka yang berdendam ini mendalangi misi pembunuhan Saidina Umar selain mencetuskan bibit kebencian sehingga terjadi pembunuhan Saidina Usman.

Misi membalas dendam ini dikatakan diatur bersama kumpulan Abdullah bin Saba'. Ketika Saidina Ali mengambil alih tampuk pemerintahan, berlaku kekecohan dalam menentukan siasatan dan hukuman terhadap pembunuh Saidina Usman.

Kumpulan diketuai Saidina Ali berpendapat, kekecohan perlu diredakan segera, kemudian barulah siasatan dilakukan untuk menjejak pembunuh Usman.
Namun kumpulan yang kedua diketuai Muawiyah, Gabenor Syria pada masa itu sebaliknya mahu pembunuh Usman segera dihukum, barulah umat Islam dapat disatukan.

Pertelingkahan ini akhirnya membawa kepada Perang Jamal dan Perang Siffin, perang saudara yang terawal berlaku dalam Islam.
Kumpulan dari Parsi ini bersungguh- sungguh menyokong kumpulan Saidina Ali kerana putera baginda, Husain berkahwin dengan puteri Parsi, Syahr Banu.
Demikianlah dikatakan pertalian awal antara Syiah dengan pewaris empayar Parsi bermula.
Di negara ini, ajaran Syiah boleh diamalkan namun tidak boleh disebarkan. Bagaimanapun hakikatnya, ia sedang berkembang sehingga mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa dan kumpulan pendokong Ahl Sunnah Wal Jamaah yang sejak sekian lama menjadi anutan rakyat Malaysia.
Apa yang tidak kena dengan Syiah?