Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday 14 June 2012

CROTIA KONGSI MATA DENGAN ITALY


POZNAN, Poland 15 Jun - Itali gagal meraih kemenangan pertama di Euro 2012 setelah sekadar terikat 1-1 dengan Croatia dalam aksi kedua Kumpulan C di Stadium Miejski awal pagi tadi.
Biarpun pemain veteran, Andrea Pirlo meletakkan Itali di hadapan pada minit ke-39, 

Mario Mandzukic memastikan Croatia meraih sekurang-kurangnya satu mata dengan gol penyamaan pada minit ke-72 sekali gus menjadi jaringan ketiga peribadinya di kejohanan Euro kali ini.

Keputusan seri itu meletakkan Croatia berada di landasan yang tepat untuk ke suku akhir dengan meraih empat mata selepas dua perlawanan manakala Itali wajib mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir ketika bertemu Republik Ireland apabila sekadar meraih dua mata setakat ini

0 comments:

Post a Comment