Pages

Labels

Powered by Blogger.

Saturday 30 June 2012

FINAL EURO 2012-ITALI ATAU SEPANYOL

PERSAINGAN memburu mahkota kejuaraan Euro 2012 kian berlabuh bermula daripada 16 pasukan yang berada dalam empat kumpulan berkurangan kepada lapan di saingan suku akhir, empat di separuh akhir sebelum kemuncak Isnin ini.

Tekaan, harapan mengenai pasukan masing-masing kita dengar pada permulaan Euro berlangsung sehingga kini namun tanpa diduga kejutan besar tetap berlaku ke atas pasukan yang dianggap berpotensi menjadi juara di peringkat  umpulan sebaliknya terpaksa ‘angkat kaki’ awal. Belanda, tiada siapa menyangka terpaksa melalui mimpi ngeri pada Euro edisi ini. Bagi rakyat negara itu, mereka barang kali mahu memadam segala diari, jadual atau apa sahaja yang  berkaitan dengan Euro 2012 untuk segera melupakan tahun paling menyedihkan ini.

Bukan di negara kincir angin itu sahaja, peminat The Oranje di seluruh dunia termasuk negara kita pun pastinya masih bersedih. Siapa yang tidak terkejut apabila pasukan yang dinobat kedua terbaik dunia itu terpaksa pulang awal  tanpa sebarang mata dalam saingan peringkat kumpulan (B) yang diletak bersama Jerman, Portugal dan Denmark.

Sesungguhnya bibarisi bintang terkemuka belum tentu mampu memberi kemenangan kepada pasukan dan inilah yang terjadi kepada The Oranje.


PERMULAAN SERBA TIDAK MENJADI BUAT CZECH

Tewas dalam penampilan pertama di kaki Rusia 1- 4 tidak mematahkan semangat anak didik Michal Bilek untuk bangkit mencari kemenangan dan ia berjaya selepas menjinakkan juara Euro 2004, Greece 2-1.

Momentum perjalanan Republik Czech ke saingan suku akhir diteruskan dengan kemenangan menewaskan pasukan tuan rumah Poland 1-0, hasil jaringan Petr Jiracek minit 72 untuk mengungguli kedudukan teratas Kumpulan A  dengan enam mata. Nasib pula nyata memihak kepada Greece yang turut layak ke saingan suku akhir selepas berada di tangga kedua yang berjaya memungut mata penuh menewaskan Rusia 1-0 dalam perlawanan ketiga peringkat  kumpulan.

Peluang Greece untuk meneruskan saingan dalam kejohanan kali ini pada permulaannya dilihat samar selepas  seri dalam perlawanan pertama dan kalah di tangan Republik Czech dalam perlawanan kedua.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Kekalahan Poland kepada Czech 0-1 dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan membuka peluang Greece untuk mara ke suku akhir berbanding Rusia walaupun mempunyai jumlah mata yang sama namun ditentukan melalui  keputusan perlawanan terakhir mereka dalam peringkat kumpulan.

0 comments:

Post a Comment