Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday 8 June 2012

PULANGLAH CUCUKU

rKUALA LUMPUR - “Saya rayu dia pulang”.

Begitulah rintihan seorang nenek, Lim Kim Geok, 70, yang berharap cucunya, Chong Pui Yee, 15, kembali ke pangkuan keluarga setelah menghilangkan diri sejak kelmarin.

Kim Geok berkata, pada hari kejadian, cucunya memakai uniform lengkap dan keluar seperti biasa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil.

Bagaimanapun menurutnya, Pui Yee tidak pulang selepas tamat persekolahan.

“Dia tidak pernah pulang lewat dan kebiasaannya, dia akan pulang terus selepas sekolah,” katanya di Wisma MCA, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, Pui Yee anak pertama daripada empat beradik itu berkemungkinan melarikan diri mengikut rakan dikenali melalui laman sosial.

Chong berkata, remaja itu turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bapanya semalam, menyatakan hasrat keluar rumah selama beberapa bulan untuk bekerja dan mencari ketenangan.

Katanya, orang awam yang terlihat Pui Yee diminta menghubungi keluarga mangsa di talian, 012-2972729 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran menyalurkan maklumat.

0 comments:

Post a Comment