Pages

Labels

Powered by Blogger.

Wednesday 13 June 2012

SUMBER AIR ALTERNATIF DI SELANGOR

SHAH ALAM – Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengenal pasti 17 kolam air yang sesuai dimajukan sebagai sumber air alternatif ketika krisis dan kemarau melanda Selangor.

Pengarahnya, Md Khairi Selamat berkata, ia dikenalpasti bersama Jabatan Kesihatan Negeri dan pihaknya kini dalam proses mewartakan kolam berkenaan untuk digunakan sebagai sumber bekalan alternatif apabila diperlukan.

“Semua kolam itu berada di kawasan Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat,” katanya dalam sesi pembentangan kertas kerja bertajuk Pengurusan Sumber Air di Selangor, dalam Forum Air Selangor 2012, semalam.

Selain itu, Md Khairi turut mencadangkan supaya sistem penapisan tebing sungai (RBF) digunakan di negeri ini kerana kaedah itu berkesan dalam mengurangkan penutupan loji akibat kesan pencemaran dan mengurangkan kos operasi  terutamanya bahan kimia dan elektrik.

“Projek ini telah berjaya dilaksanakan di Jeli, Kelantan. Pihak Luas minta kerjasama dengan pihak terlibat untuk adakan model sama di Sungai Langat,” katanya.

Dalam pada itu, Md Khairi berkata, Luas juga sedang meneroka air bumi di Selangor berdasarkan data sedia ada dengan kawalan dan kajian lebih terperinci, sebelum mewartakannya, untuk tujuan melindungi kawasan tersebut.

Menurutnya, daripada 17,000 juta liter sehari (JLH), kira-kira 9,168 JLH air permukaan yang mengalir ke laut belum dimanfaatkan.

0 comments:

Post a Comment