Pages

Labels

Powered by Blogger.

Thursday 7 June 2012

SEORANG WANITA RUGI RIBUAN RINGGIT KERANA DIRAGUT

KUANTAN - Seorang wanita berputih mata apabila kerugian lebih RM20,000 setelah diragut di hadapan surau Taman Murni, Sungai Isap pada 10.40 pagi semalam.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa, 44, selesai mesyuarat Amanah Iktiar Malaysia (AIM) di surau berkenaan.

"Ketika hendak memasuki kereta, beg mangsa telah diragut oleh dua lelaki bermotosikal yang datang dari arah belakang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata beg yang diragut mengandungi wang AIM berjumlah RM5,076 serta RM500 wang sendiri serta beberapa utas gelang dan rantai emas.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan

0 comments:

Post a Comment