Pages

Labels

Powered by Blogger.

Sunday 3 June 2012

CZECH GUSAR HADAPI EURO

PERLAWANAN terakhir Republik Czech sebelum Euro 2012 berakhir dengan kekecewaan apabila mereka dimalukan Hungary 2-1 di laman sendiri, awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan rekod bersih enam perlawanan mereka sebelum ini tercalar sekali gus menjadi bekalan buruk menjelang perlawanan pertama Euro menentang Russia, Jumaat ini.

Pada perlawanan itu, Czech ketinggalan seawal minit ketujuh menerusi rembatan daripada jarak 20 meter Balazs Dzsudzsak.

Bagaimanapun, Czech bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan penalti pada minit ke-24 yang disempurnakan Michal Kadlec.

Namun, kealpaan pertahanan Czech pada minit ke-88 memberi peluang kepada Hungary meledak gol kemenangan menerusi pemain gantian, Adam Gyurcso.

Selain Russia, Republik Czech di undi bersama Greece dan tuan rumah Poland dalam Kumpulan A.

0 comments:

Post a Comment