Pages

Labels

Powered by Blogger.

Wednesday 13 June 2012

AZAM IRINGI IMPIAN JADI DOKTOR

MOSCOW, Rusia – Cita-cita mahu menjadi seorang doktor membuatkan anak muda berasal dari Merlimau, Melaka ini menguatkan semangat mengikuti kursus perubatan di Russian State Medical University (RSMU).

Biarpun belajar negara yang boleh dikatakan asing, namun Muhammad Akmal Saleh, 24, yakin membuat pilihantepat. Beliau mengakui pada peringkat awal menghadapi pelbagai cabaran seperti masalah komunikasi, cuaca tidak menentu, kos kehidupan inggi, makananhalal dan sebagainya.

“Bukan sekadar masalah bahasa, kelas terletak jauh antara satu sama lain dan cuaca sejuk melampau memang cukup menyukarkan. “Kos kehidupan di sini juga agak tinggi. Pada peringkat awal memang rasa mahu pulang sahaja ke Malaysia.

Tetapi alhamdulillah, saya mampu menyesuaikan diri,” kata pelajar tahun lima di RSMU itu. Katanya, ketika itu pengetahuan nya terhadap negara Rasputin ini sangat minimum, itupun melalui pembacaan dan rakan-rakan yang pernah belajar di sini.

Tambahnya lagi, dia memang tidak tahu langsung bahasa Rusia apatah lagi membaca papan tanda yang menggunakan huruf Cyrillic yang mengelirukan, menuntutnya melipat gandakan usaha mentafsir makna dan menguasai bahasa itu dengan baik.

“Dalam masa tiga minggu saya boleh membaca bahasa Rusia, tiga bulan lagi untuk memahami dan tiga tahun untuk fasih sepenuhnya. Budaya di sini memang lain, kita perlu cepat untuk memahaminya.

“Insya Allah, segala pengalamaninilah yang membezakan kami di sini dengan pelajar perubatan di tanah air dan pengalaman inilah yang mematangkan kami,” katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, sistem pendidikan di sini juga berbeza kerana menuntut pelajar lebih praktikal dan kritikal dalam menjawab soalan peperiksaan. “Setiap pelajar mendapat set soalanpeperiksaan berbeza.  Di Malaysia barangkali lebih kepada orientasi peperiksaan, tetapi di sini pelajar akan dipanggil untuk menjawab soalan di hadapan pensyarah dan kami perlu mempertahankan jawapan di hadapanmereka,” katanya.

Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) katanya, beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan, tetapi menolaknya atas alasan tertentu. Beliau kemudian meneruskan pelajaran peringkat  matrikulasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dalam bidang Kejuruteraan Kimia sebelum ditawarkan ke RSMU selama enam tahun.

Hasrat awal untuk ke Moscow tidak mendapat persetujuan keluarga, namun apabila beliau bersungguhsungguh untuk belajar perubatan dan menjadi seorang doktor, mereka akhirnya akur. “Saya tidak akan menghampakan susah payah  keluarga menghantar saya belajar di sini. Saya akan kembali dengan segulung ijazah perubatan dan bergelar doktor,” begitu azam anak muda ini. Muhammad Akmal berkata, hubungan dengan rakyat Malaysia yang lain begitu erat  sementara Kedutaan Malaysia di Moscow sentiasa mengambil berat kebajikanmereka dan memberi kerjasama secukupnya.

Mengenai kunjungan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk berinteraksi dan bertanya khabar, Muhammad Akmal berkata, beliau amat terharu dengan keprihatinan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu. “Selain dapat mengenali lebih rapat menteri yang kuat bekerja ini, kami juga dapat penjelasan secara terus mengenai isu-isu semasa yang berlaku di tanah air.

“Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara khususnya di Moscow memperoleh  maklumat daripada Internet, yang mana kesahihannya boleh dipersoalkan,” kata  pelajar tajaan Mara itu. 

0 comments:

Post a Comment