Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday 13 July 2012

POLIS TINGKAT KAWALAN DI PASARAYA

KUALA LUMPUR – Kawasan pusat membeli- belah kini dikenal pasti sebagai kawasan panas oleh polis dalam usaha membanteras jenayah di kawasan tersebut.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah yang lalu, 50 kawasan dikenal pasti dan dengan inisiatif yang digunakan, berjaya mengurangkan kadar jenayah.

Menurutnya, dengan kejayaan tersebut, ia akan diguna pakai untuk mengatasi kes jenayah melibatkan pasar raya dan pecah rumah.

“Kita tidak mahu rakyat takut untuk ke pasar raya dan polis sentiasa memikirkan kaedah untuk menangani jenayah ini.

“Penempatan anggota Rela sebagai sokongan kepada kita untuk terus membanteras jenayah,” katanya kepada media selepas majlis taklimat khas pemantapan aktiviti memerangi jenayah di dewan perdana, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Tengah, Cheras, di sini, semalam.

Ismail berkata, di Selangor, enam kes ragut dan samun melibatkan kawasan pasar raya dilaporkan sejak awal tahun ini, sementara di Kuala Lumpur, dua kes dikenal pasti.

Menurutnya, walaupun berjaya menurunkan kadar jenayah dalam NKRA, pihaknya terus memperbaiki kerana ada segelintir masyarakat masih ada perasaan takut

0 comments:

Post a Comment