Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday 13 July 2012

PEKERJA KILANG DIKHUATIRI DIBUNUH

AMPANG - Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang kerani bank, bulan lalu.
 
B Vijendran, 33, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap P Yogambika, 27, di kaki lima Tingkat 9, Blok B, Mesra Prima Apartment, di sini kira-kira jam 10.00 malam, 28 Jun lalu.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman. Dia diwakili peguam A.Bala Naido dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 6 November untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail.

Akhbar sebelum ini, melaporkan seorang kerani bank yang baru dua minggu bertunang dijumpai rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di sebuah apartmen di Ampang.

Mangsa dikatakan baru pulang dari kerja, diserang beberapa suspek sebelum ditemui tertiarap dalam keadaan rentung.

0 comments:

Post a Comment