Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday, 13 July 2012

PELACUR WARGA CHINA DITAHAN DI KEPONG

KUALA LUMPUR - Aktiviti pelacuran di Kondominium Kepong Sentral di sini terbongkar apabila polis menyerbu sebuah unitnya dan menahan enam pelacur warga China malam tadi.
   
Ketika sebuan dibuat pada 10.30 malam, kesemua pelacur itu yang berusia antara 22 dan 26 tahun sedang menunggu pelanggan tetap mereka, kata Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, DSP Rohan Shah Ahmad.
   
Beliau berkata pada masa itu, dua pelanggan baru tiba untuk mendapatkan khidmat seks dan siasatan polis mendapati hanya individu tertentu yang pernah berhubung dengan ejen pelacuran itu yang boleh melanggan wanita-wanita berkenaan.
    
"Kesemua pelacur itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial. Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang menjadi penjaga premis itu," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.
   
Menurutnya risikan polis sejak sebulan lepas mendapati unit kondominium di tingkat tujuh itu disalah guna sebagai pusat pelacuran sejak dua bulan lepas.
 
Rohan Shah berkata setiap khidmat seks dikenakan bayaran antara RM150 dan RM200 tetapi semua pelacur itu, yang tiba di ibu negara dua bulan lepas, sanggup menerima upah khidmat seks walaupun RM50 bagi setiap pelanggan manakala bakinya diuruskan ejen.
  
Beliau berkata ejen sengaja melacur wanita tersebut dalam bilangan yang kecil di unit kondominium itu bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.
 
"Dua buah kamera litar tertutup (CCTV) juga diletakkan berdekatan lif dan pintu masuk ke unit itu bagi memudahkan penjaga premis memantau kehadiran pelanggan atau pihak berkuasa," katanya.
   
Rohan Shah berkata unit kondominium tiga bilik itu telah diubah suai menjadi empat bilik dan ketika serbuan, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom, pil-pil pencegah kehamilan, wang tunai berjumlah RM270 serta satu buku catatan pelanggan.
    
Polis, katanya akan memanggil pemilik unit itu untuk diambil keterangan serta dua pelanggan itu manakala kesemua wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.
   
Operasi dua jam yang berakhir 12.30 malam disertai empat pegawai dan 10 anggota IPK Selangor.
   
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menganjur pelacuran dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial

MENGANGKAT TANGAN KETIKA BERDOA

Hukum Berdoa Dengan Mengangkat Tangan? Imam Bukhari telah mewujudkan satu bab khusus mengenai mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa. Kemudian beliau telah menyebut tiga hadith menyokong pendapatnya bahawa berdoa mengangkat kedua belah tangan memang suatu amalan yang disyariatkan. Ketiga-tiga hadith tersebut ialah :

1. Hadith pertama ini adalah daripada Abu Musa al 'Asy'ari radiyaLlahu anhu katanya yang bermaksud : "Berkata Abu Musa al 'Asy'ari : "Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Di saat itu aku terlihat warna putih kulit di bawah kedua-dua ketiaknya."

2. Hadith kedua ialah daripada AbduLlah Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu, katanya yang bermaksud : "RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat kedua-dua tangannya sambil berdoa: "Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan Khalid".

3. Hadith ketiga daripada Abu AbdiLLah, katanya yang bererti :

"Kata Uwaisi: "Muhammad bin Ja'afar telah memberitakan kepadaku daripada Yahya bin Sa'id dan Syarik, bahawa kedua-duanya telah mendengar daripada Anas, daripada Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam, bahawa Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat kedua-dua tangannya (ketika berdoa) sehingga aku nampak kulit berwarna putih di bawah kedua-dua ketiak RasuluLlah sallaLlahu 'alaii wasallam

(sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar jilid 18/ m.s 113)

Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani telah mengulas hadith di atas dengan katanya :

Maksudnya : "Hadith pertama menjadi hujah untuk menolak pendapat orang yang mengatakan bahawa berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangan sehingga menampakkan kulit berwarna putih di bawah ketiak tidak boleh dilakukan melainkan berdoa meminta hujan. Bahkan hadith pertama juga dan hadith berikutnya menjadi dalil bagi menolak pendapat orang yang mengatakan bahawa kedua-dua tangan langsung tidak boleh diangkat semasa berdoa melainkan berdoa meminta hujan. Mereka berpegang dengan kepada hadith Anas yang bermaksud : "Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam langsung tidak pernah mengangkat kedua-dua tangannya ketika berdoa melainkan berdoa meminta hujan sahaja."

Hadith ini memang sahih, tetapi para ulama' telah menyatukan maksud Hadith Anas bin Malik ini dengan ketiga-tiga Hadith di atas tadi dan semua Hadith yang mempunyai makna sepertinya, dengan pentafsiran bahawa penafian mengangkat tangan oleh RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang dinyatakan oleh Anas ialah dari segi cara mengangkat tangan sahaja dan bukannya menafikan langsung tidak mengangkat tangan,"

Kesimpulannya, cara mengangkat tangan ketika berdoa untuk meminta hujan berbeza dengan cara mengangkat tangan ketika berdoa untuk tujuan lainnya.

Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa untuk meminta hujan adalah lebih tinggi iaitu sehingga kedudukan kedua-dua tangan sampai menyamai paras muka dan mengangkat tangan ketika berdoa untuk lainnya ialah hanya setakat menyamai paras kedua-dua bahu sahaja. (Dalam masa yang sama) jangan terkeliru dengan hadith-hadith yang menyebutkan :

"Sehingga dapat dilihat kulit putih kedua-dua ketiaknya" ketika berdoa untuk meminta hujan dan untuk lainnya. Bahkan hendaklah disatukan kedua-dua riwayat ini dengan maksud, kulit putih di bawah kedua-dua ketiak lebih banyak dapat dilihat ketika berdoa meminta hujan berbanding berdoa untuk tujuan lainnya. Boleh jadi juga kerana kedua-dua telapak tangan semasa berdoa meminta hujan ditelungkupkan ke bawah iaitu menghadap ke permukaan bumi, sedangkan berdoa untuk tujuan lainnya, kedua-dua telapak tangan dihalakan ke langit."

Berkata Imam al Munziri :"Kalau diandaikan hadith-hadith tersebut tidak dapat disatukan maksudnya, maka mensabitkan wujudnya perbuatan mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa untuk meminta hujan dan untuk tujuan lainnya oleh Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam mestilah diberikan keutamaan berbanding sebaliknya (berdoa dengan langsung tidak mengangkat kedua-dua tangan untuk tujuan lainnya).

Kata Ibnu Hajar al Asqolani : "Saya ingin tegaskan: "Lebih-lebih lagi kerana banyak hadith-hadith yang diriwayatkan telah memberikan penjelasan mengenainya.

Imam an Nawawi telah mengulas Hadith Anas yang menafikan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa dengan katanya : "Hadith Anas ini dari segi zahirnya telah menimbulkan kekeliruan bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengangkat tangan ketika berdoa melainkan berdoa untuk meminta hujan. Hakikat sebenar dalam permasalahan ini bukannya begitu. Bahkan telah wujud hadith-hadith sahih yang menyatakan bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat tangan ketika berdoa di banyak tempat selain daripada berdoa meminta hujan. Ianya terlalu banyak untuk dihitung! Aku telah menghimpunkan lebih kurang 30 hadith yang berkaitan dengan RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa, yang dipetik daripada kitab Sahih Bukhari dan Muslim atau salah satu daripada keduanya dan aku telah memuatkannya di dalam kitab Syarhu al Muhazzab pada akhir Bab Sifat Solat.

Hadith Anas tadi hendaklah ditafsirkan bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak mengangkat tangannya ketika berdoa sehingga menampakkan kulit putih dibawah kedua-dua ketiaknya melainkan berdoa untuk meminta hujan atau ianya bermaksud Anas RadiyaLLahu anhu tidak pernah melihat Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa, tetapi para sahabat lainnya melihatnya mengangkat tangan. Justeru itu, kita perlu memberi keutamaan kepada para Sahabat yang memperakui bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya ketika berdoa yang berlaku dalam banyak peristiwa kerana bilangan mereka ramai berbanding dengan Anas seorang sahaja yang menafikankanya disebabkan ketiadaannya.

Kata-kata Anas radiyaLlahu anhu mestilah ditafsirkan semula seperti yang telah kami sebutkan tadi. WaLlahua'lam.

ULAR DAN BUAYA DIJUAL BERSAMA HOTEL UNIK

SYDNEY - Sebuah hotel unik di pedalaman Australia dijual bersama 'pakej' istimewa, ular dan buaya yang terdapat di dalam kawasan premis itu.

Hotel Grove Hill berusia 88 tahun tersebut terletak 180 kilometer dari bandar Darwin, utara wilayah Australia iaitu sebuah kawasan yang jarang dikunjungi orang ramai.

Ia ditawarkan pada harga A$760,000 (RM2.5 juta).

ANAK KUNCING TEMPUH RIBUAN KILOMETER

CARSON - Seekor anak kucing ditemui dalam keadaan sihat dalam kapal pengangkutan selepas terlepas dari sangkarnya ketika dalam perjalanan dari Shanghai, China ke Los Angeles, Amerika Syarikat sejauh 10,460 kilometer.

Menurut kapten kapal itu, kucing tersebut dipercayai tidak makan dan minum untuk beberapa hari kerana bersembunyi di dalam kargo di tingkat bawah kapal berkenaan.

“Kami terkejut apabila melihat sangkarnya kosong dan tiada makanan atau minuman selepas beberapa hari berada di dalam perjalanan.

“Gerakan mencari kucing itu dilakukan oleh beberapa krew sehingga menemuinya,” katanya.

Pengarah Haiwan Kawalan Carson, Marcia Mayeda berkata, kucing itu kini ditempatkan di pusat penjagaan haiwan sementara dan dalam keadaan responsif.

POLIS TINGKAT KAWALAN DI PASARAYA

KUALA LUMPUR – Kawasan pusat membeli- belah kini dikenal pasti sebagai kawasan panas oleh polis dalam usaha membanteras jenayah di kawasan tersebut.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah yang lalu, 50 kawasan dikenal pasti dan dengan inisiatif yang digunakan, berjaya mengurangkan kadar jenayah.

Menurutnya, dengan kejayaan tersebut, ia akan diguna pakai untuk mengatasi kes jenayah melibatkan pasar raya dan pecah rumah.

“Kita tidak mahu rakyat takut untuk ke pasar raya dan polis sentiasa memikirkan kaedah untuk menangani jenayah ini.

“Penempatan anggota Rela sebagai sokongan kepada kita untuk terus membanteras jenayah,” katanya kepada media selepas majlis taklimat khas pemantapan aktiviti memerangi jenayah di dewan perdana, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Tengah, Cheras, di sini, semalam.

Ismail berkata, di Selangor, enam kes ragut dan samun melibatkan kawasan pasar raya dilaporkan sejak awal tahun ini, sementara di Kuala Lumpur, dua kes dikenal pasti.

Menurutnya, walaupun berjaya menurunkan kadar jenayah dalam NKRA, pihaknya terus memperbaiki kerana ada segelintir masyarakat masih ada perasaan takut

PENGSAN LIHAT SUAMI MUNCUL TIBA-TIBA


PENGSAN LIHAT SUAMI MASIH HIDUP | KUANTAN - Kerisauan seorang wanita hamil tiga bulan yang setia menanti suaminya yang dikatakan hanyut di tengah laut berakhir walaupun pengsan ‘menyambut’ kepulangan lelaki itu semalam.

Sebelum itu, Jasmin Ali, 29, yang menanti di tepi pantai bersama empat anaknya kelihatan begitu sugul seolah-olah harapan sudah tiada untuk melihat suaminya Wahyu Hidayat Hashim, 34, pulang dengan selamat.


Namun, siapa sangka doanya dimakbulkan apabila melihat kelibat suami bersama bot yang dinaikinya dalam keadaan selamat menghampiri pantai menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi sebelum pengsan.

Menurutnya, dia buntu apabila dimaklumkan suaminya ‘hilang’ selepas turun ke laut dengan menaiki bot fiber kira-kira 6.30 petang kelmarin atas permintaan rakannya.

"Selepas itu tiada berita walaupun saya cuba menghubunginya," katanya ketika ditemui di tepi pantai Balok, semalam.

Turut berada di tempat kejadian, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chengal Lempong, Sheikh Zahari Sheikh Sulaiman, Ketua Balai Beserah, Chief Inspektor Wan Rohamidun Wan Ishak.

Sementara itu, Wahyu Hidayat yang menaiki bot bersendirian menceritakan detik cemas yang berlaku terhadapnya berkata, dia terpaksa bertarung nyawa selama 15 jam di tengah laut.

"Bot ketika itu kehabisan minyak ketika dalam perjalanan balik ke darat," katanya.

Katanya, kira-kira jam 8 malam kelmarin, dia bertolak pulang dari kapal tetapi malangnya bot itu kehabisan minyak menyebabkan dia terpaksa  melabuhkan sauh dan pada masa sama telefon bimbitnya kehabisan bateri.

“Sepanjang malam saya menunggu dan berdoa di atas bot malangnya tidak ada sesiapa yang melalui kawasan itu sehingga mendapat bantuan bekalan minyak dari sebuah bot nelayan,” katanya yang pertama kali melalui situasi itu.

Menurutnya, sebelum selamat berlabuh di Pantai Balok, botnya juga dibawa ombak dan tiba di kawasan Sungai Ular tetapi tidak boleh ke pantai.

Wahyu Hidayat mengakui bimbang akan berlaku kejadian yang tidak diingini di tengah laut.

“Saya hanya mampu menunggu walaupun bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di tengah laut,” katanya ketika ditemui.sumber 

KELUARGA SONGSANG DUDUK SERUMAH


 KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam