KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem khas dan Sampul Surat Hari Pertama bertemakan reka bentuk terbaru wang syiling Malaysia pada Isnin ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Khalid Abdol Rahman berkata setem itu adalah dengan kerjasama Bank Negara.
Beliau berkata produk kali ini mengandungi setem enam persegi berwarna perak bernilai 60 sen yang memaparkan syiling 5 sen dan 10 sen manakala stem berwarna emas dengan nilai sama memaparkan syiling 20 sen dan 50 sen.
"Terdapat juga lembaran mini yang memaparkan wang kertas bernilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 dijual pada harga RM5 setiap satu," katanya pada sidang akhbar di sini.
Sementara itu Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata koleksi setem baru ini kesemuanya dicetak pada kertas bersalut perak dan emas dengan perincian unik yang jarang dihasilkan dan ini dilakukan untuk menyerlahkan warna serta reka bentuk syiling baru tersebut.
Katanya pengumpul setem digalakkan mendaftar sebagai ahli Standing Order Deposit Account (SODA) untuk mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia tanpa perlu beratur di kaunter, katanya.
Friday, 13 July 2012
PAK LAH TIDAK ADA KAITAN DENGAN HIMPUNAN OREN
KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.
Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka.
"Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.
Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.
PERADABAN YANG LENYAP SECARA MISTERI
Mengikut perkiraan sejarah yang tertulis dan dikaji oleh para sarjana tidak kira sama ada sarjana islam mahupun sarjana barat, sesebuah tamadun yang wujud di dunia ini pada suatu ketika dahulu pasti akan mengalami fasa kemerosoton dan akhirnya membawa kehancuran peradaban dan ketamadunan sesuatu bangsa tersebut. Kehancuran ini boleh disebabkan faktor kesan aktiviti manusia itu sendiri, peperangan, pergolakan dalaman, pemberontakan, mahupun disebabkan bencana alam .
Dan apa yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan anda semua adalah mengenai 5 peradaban manusia purba yang telah mencapai tingkat kemajuan teknologi yang tinggi pada zaman purba yang akhirnya telah lenyap secara secara misteri. Sehingga kini tidak ada fakta, bukti dan hujah yang kukuh bagi mengaitkan misteri lenyapnya ketamadunan ini.
Olmec
Merupakan antara masyarakat awal Meso-amerika yang mendiami di sekitar dataran rendah tropika di selatan Mexico. Tanda awal kewujudan tamadun ini dikesan sekitar 1400 SM di bandar San Lorenzo disokong oleh dua pusat bandar yang lain, Tenochtitlan dan Potrero Nuevo. Kaum ini mahir dalam aktiviti pembinaan di mana dapat dilihat di setiap kawasan utama memiliki mahkamah istiadat, gundukan rumah, piramid kon besar dan monumen batu termasuk kepala kolosal bagi individu yang amat dikenali dan dihormati oleh mereka.
Tamadun ini sangat bergantung kepada aktiviti perdagangan di antara tamadun Mesoamerika yang lain. Disebabkan kemajuan yang dimiliki serta merupakan tamadun paling awal wujud, Olmec sering kali dijadikan rujukan atau ibu budaya dari berbagai budaya Mesoamerika yang lain oleh para pengkaji barat.
Bagaimana mereka lenyap ?
Sekitar 400 SM kawasan timur Olmec dikesan tidak berpenghuni berkemungkinan akibat perubahan persekitaran. Mereka mungkin juga telah berpindah selepas aktiviti gunung berapi di daerah tersebut. Teori popular lain menyatakan bahawa mereka diserang dan dijajah, tetapi tiada bukti yang menunjukkan siapakah yang melakukannya.
Nabatean
Nabatean merupakan budaya Semitik yang berada di lingkungan sebahagian daripada Jordan, Kanaan dan Arab daripada abad ke-6 S.M. Mereka terkenal sebagai pembina atau pemaju kepada Kota Purba yang sangat terkenal di dunia iaituKota Petra dimana mereka berkhidmat dan menetap.Bandar Petra ini merupakan sebuah kota yang unik dan menarik dimana dibina dengan memahat dinding tebing dan dihiasi dengan permata daripada Khazneh atau Treasury, bercirikan sebuah bangunan besar berinspirasikan Yunani .
Kemewahan tamadun ini diperolehi melalui menjadi pusat perhentian perdagangan yang utama melalui jaringan laluan perdagangan yang kompleks dengan barangan dagangan seperti gading, sutera, rempah-rempah, logam mulia, permata, kemenyan, gula parfum dan ubat-ubatan.
Kerana luasnya laluan perdagangan, tamadun Nabatean sangat dipengaruhi oleh Yunani, Rom, Saudi dan Asyur. Tidak seperti masyarakat lain sezaman mereka, tidak ada perhambaan dan setiap anggota masyarakat memberikan sumbangan dalam tugas kerja.
Bagaimana mereka lenyap ?
Semasa abad ke-4 M, kaum Nabatean dikatakan meninggalkan kota Petra dan tiada siapa mengetahui puncanya. Bukti arkelogi menyatakan bahawa peninggalan ini bukanlah secara tergesa-gesa disebabkan serangan oleh budaya lain. Penjelasan yang boleh diterima adalah bahawa ketika kebergantungan budaya mereka terhadap laluan perdagangan dimana telah bergerak ke utara tanpa singgah di kota Petra, mereka tidak boleh lagi mempertahankan peradaban mereka dan dan sekaligus meninggalkannya.
Aksumite Empayar
Empayar Aksumite bermula pada abad pertama Masihi di tempat sekarang dikenali sebagai Habsyah (Ethopia) dan dipercayai sebagai tempat asal Ratu Sheba. Aksum merupakan pusat perdagangan utama dengan eksport barangan seperti gading, sumber pertanian dan emas melalui rangkaian perdagangan Laut Merah dan selanjutnya ke Empayar Rom dan sehingga ke India timur.
Disebabkan itu, Aksum merupakan masyarakat yang sangat kaya dan merupakan budaya Afrika pertama yang mengeluarkan matawang sendiri dimana pada zaman kuno adalah tanda yang sangat penting. Monumen yang paling dikenali dari Aksum adalah stelae, sebuah obelisks besar yang diukir bertindak sebagai penanda kubur bagi raja dan bangsawan.
Bagaimana mereka lenyap ?
Menurut lagenda tempatan, Ratu Yahudi bernama Yodit mengalahkan Empayar Aksumite dan membakar gereja dan hasil sastera. Namun, yang lain percaya bahawa ratu selatan Bani al-Hamwiyah menyebabkan kemerosotan tamadun Aksumite. Teori lain termasuk perubahan iklim, aktiviti perdagangan yang merosot dan kekurangan hasil pertanian menyebabkan kelaparan.
Anasazi
Anasazi atau Leluhur Puebloans adalah budaya asli Amerika yang muncul di daerah Four Corners Amerika Syarikat (di mana New Mexico, Arizona, Colorado, dan Utah bertemu) sekitar 1200 SM. Para Puebloans awal adalah pemburu dan pengumpul yang tinggal di rumah-rumah lubang kecil. Kemudian mereka berkembang kepada aktiviti hortikultura dan mula menanam jagung, kacang-kacangan dan skuasy. turut ditemui di tapak arkeologi Anasazi adalah tembikar greyware, bakul rumit, sandal buluh, jubah bulu, batu gerinda dan busur, dan anak panah.
Pada era Pueblo II dan Pueblo III, Anasazi membina bandar keluar dari di sisi tebing seperti yang di Mesa Verde dan Bandelier atau membentuknya seperti di Chaco Canyon. Kota-kota ini kebanyakkannya menjadi tempat upacara kebudayaan dan berhubung di antara satu sama lain melalui jalan raya sejauh beratus-ratus batu.
Bagaimana mereka lenyap ?
Sekitar 1300 Masihi, Leluhur Puebloans meninggalkan rumah tebing dan bertebaran. Kebanyak ahli sarjana percaya bahawa, selepas peningkatan populasi yang mendadak serta kaedah pertanian yang buruk dan kekeringan serantau yang membuatnya sukar untuk menghasilkan makanan yang mencukupi. Kerana kurangnya makanan, Anasazi bergerak sepanjang Rio Grande dan kerana itu banyak Pueblo India moden percaya bahawa mereka adalah keturunan dari Anasazi.
Tamadun Lembah Indus
Pernah mendiami kawasan seluas saiz Eropah barat di kawasan-kawasan yang sekarang meliputi Pakistan dan India barat, Lembah Indus atau Tamadun Harappa berkembang 3300-1300 SM dan bertapak kukuh pada 7000 SM. Walaupun menjadi salah satu tamadun purba terbesar, tidak banyak yang diketahui tentang tamadun Harappa, terutama kerana bahasa mereka tidak pernah diterangkan. Mereka membina lebih daripada seratus bandar dan desa termasuk bandar Harappa dan Mohenjo-Daro, masing-masing yang dibina dengan tata letak terancang, dan sistem pembentungan kompleks dengan tandas di dalam bilik.
Bukti menunjukkan bahawa Harappa mempunyai kerajaan bersatu dan tidak ada hierarki dalam kelas sosial. Juga tidak ada bukti kegiatan ketenteraan sehingga kemungkinan bahawa mereka hidup dalam damai. Mereka merupakan ahli astronomi yang hebat dan berpengalaman dalam bidang pertanian, tumbuh gandum, jelai, kacang polong, tembikai, bijan dan kapas (menjadi tamadun pertama yang menghasilkan kain kapas) dan menternak beberapa haiwan termasuk lembu dan gajah.
Bagaimana mereka lenyap ?
Ada beberapa teori mengenai apa yang berlaku pada peradaban Lembah Indus. Beberapa sarjana percaya bahawa mereka meninggalkan kawasan perbandaran terancang mereka kerana perubahan terhadap persekitaran, seperti perubahan saiz sungai Hakra Ghaggar yang semakin mengecil atau, bukti suhu sejuk kering di seluruh Timur Tengah. Teori lain yang popular adalah bahawa bangsa Arya menyerang sekitar 1500 SM.
Kesimpulan yang boleh saya rumuskan, meskipun pelbagai tamadun besar yang wujud satu ketika dahulu dengan teknologi senibina yang mengagumkan namun yang menjadi persoalan besar , tentang kehancuran tamadun tersebut dan mengapa tamadun yang sebegitu hebat ditinggalkan begitu sahaja oleh bangsa tersebut Walaupun wujud pelbagai teori , hujah , namun misteri lenyapnya ketamadunan yang saya kongsikan diatas masih kekal menjadi misteri kerana tiada bukti yang konkrit bagi membuktikan misteri kenapa kota peradaban bangsa tersebut ditinggalkan begitu sahaja.

TAKSUB POLITIK HINGGA BERCERAI
KOTA BHARU - Umno Kelantan menasihati masyarakat agar tidak terlalu taksud kepada parti politik masing-masing sehingga boleh menyebabkan penceraian sepertimana yang berlaku kepada pasangan warga emas di Pasir Mas.
Timbalan Pengerusi Umno Negeri Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Husin berkata, jika sikap tersebut terbawa-bawa di dalam kehidupan harian ia boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat apabila urusan agama di campur aduk dengan politik.
"Ini yang saya bimbangkan apabila masyarakat mempunyai sikap terlalu taksud apa sahaja boleh berlaku padahal ia hanya berpunca daripada berlainan fahaman politik sahaja.
"Disebabkan itulah kita perlu mempunyai sikap bersederhana dalam apa jua yang dilakukan kerana saya lihat ada sesetengah parti politik mengamalkan sikap terlalu taksud dan ia secara tidak langsung mendorong para penyokong untuk turut sama berkelakuan begitu," katanya ketika di temui di Forum BN Di Hati, Janji Ditepati di Dewan Umno Negeri Kelantan di sini, semalam.
Menurutnya yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan tersebut menyebabkan ada sesetengah parti yang menghalalkan tindakan mereka yang melibatkan demostrasi, kekasaran dan sebagainya demi perjuangan parti tersebut.
Beliau berharap perkara tersebut tidak akan dijadikan gaya hidup di dalam masyarakat sekarang kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang suami menceraikan isterinya yang sudah dikahwini selama 15 tahun akibat perbezaan politik.
ANAK JATI NEGARA HARUMKAN NAMA NEGARA DALAM TILAWAH AL-QURAN
UALA LUMPUR - Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengukir sejarah kepada peserta Malaysia Muhammad Anuar Ghazali, 36, apabila dinobatkan sebagai juara kategori qari (lelaki).
Anuar, yang berasal dari Kelantan dan memperdengarkan bacaaan Surah al-Hud, memperoleh markah 95.33 peratus. Naib johan disandang qari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus manakala tempat ketiga milik Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin (90.16 peratus).
Bagi kategori qariah (wanita), peserta Maghribi Hasnae Khoulali, 19, yang memperdengarkan bacaan Surah al-Israk, memperoleh 94 peratus, sama seperti
markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga.
markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga.
Hasnae menewaskan qariah Indonesia Rahmawati Bakri Hunawa dan qariah Malaysia Che Aminah Che Awang menerusi cara bacaan, tajwid, kefasihan serta suara dalam menentukan perkiraan markah mereka.
Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke majlis itu.
Naib johan pula membawa pulang wang tunai RM30,000 serta cenderamata dan sijil penyertaan manakala pemenang tempat ketiga menerima RM20,000, cenderamata serta sijil penyertaan.
Seramai 62 peserta tilawah kali ini menerima hadiah sagu hati wang tunai RM3,000 setiap seorang, cenderamata serta sijil penyertaan.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sementara itu, Anuar ketika ditemu bual melahirkan rasa syukur kerana penyertaan kali pertama di majlis tilawah amat bermakna apabila dinobatkan
sebagai juara.
sebagai juara.
"Saya amat cintakan ayat-ayat suci al-Quran sejak di tingkatan satu dan mengamalkan bacaan setiap hari dengan berjaga malam untuk mempraktikkan bacaan saya. Saya rasa tidak lengkap sekiranya satu hari tidak membaca al-Quran yang saya jadikan sebagai aktiviti harian," kata bapa kepada tiga anak dan guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Cochrane ini.
Hasnae pula berkata beliau, yang pertama kali menjejak kaki ke negara ini, berasa sangat teruja serta berterima kasih kepada semua pihak yang banyak
memberi sokongan serta dorongan kepadanya.
memberi sokongan serta dorongan kepadanya.
"Semua ini ketentuan ALLAH serta berkat doa keluarga dan diri sendiri," kata pelajar tahun keempat Universiti Muhammad V jurusan pengajian Islam menerusi
penterjemah.
penterjemah.
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 bertema 'Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah' yang berlangsung selama lapan malam mulai 6 Julai lepas, disertai 72 qari (44) dan qariah (27) dari 44 negara antaranya, Thailand, Brunei, Bosnia Herzegovina, Filipina serta Algeria.
Jemaah hakim kali ini berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan bacaan yang bagus dengan memelihara hukum tajwid.
Majlis tahun ini menyaksikan penyertaan kali pertama tiga negara iaitu Belgium, Ghana dan Tanzania
ISU SAHAM FELDA GLOBAL
ALOR SETAR - Badan Generasi Prihatin 3R 1Malaysia mendedahkan anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), memiliki 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bendaharinya, Mansor Ahmad, meminta Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Pengerusi PKNK tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu.
“Kami cabar Azizan perjelas secara terperinci perkara ini, sama ada ia dibolehkan atau di luar pengetahuannya. Difahamkan, pegawai kanan Kerajaan Negeri antara mereka yang memiliki saham itu,” katanya.
Menurutnya, pendedahan maklumat itu diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai dan bukannya tuduhan palsu.
Mansor kesal kerana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khususnya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dipimpin oleh AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman sering mempertikai penyenaraian FGVH, dan pada masa sama pemimpin PR lain mengaut keuntungan daripada saham itu.
“Mereka suruh warga Felda menentang tindakan Kerajaan Pusat termasuk penyenaraian ke Bursa Malaysia. Sebaliknya pada masa sama, mereka kaut untung melalui pemilikan saham itu. Ini tidak beretika dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Menurutnya, difahamkan, PKNK sudah menjual sekitar 50,000 unit saham dua hari lalu manakala seorang individu didakwa turut memiliki 50,000 unit saham itu.
“Saya percaya pegawai peringkat negeri terlibat dalam penyelewengan ini. Azizan perlu bertanggungjawab selaku pengerusi dan perlu ambil tahu semua aspek termasuk pengurusan, kewangan dan operasi secara telus,” katanya.
Mansor yang bersaudara dengan peneroka Felda Bukit Tangga menegaskan, pihaknya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ada peneroka terpedaya dan hilang hak mereka akibat pemilikan saham terbabit.
"Kami juga mahu membela kebajikan peneroka di Kedah," katanya.

HARGAILAH PANCAINDERA KITA
Apakah Faedahnya?
Antara faedah yang dinisbahkan kepada akhirat ialah memandang ke langit, matahari, bulan, bintang dan lain-lain agar anda dapat menjadikannya sebagai dalil dan bukti adanya Allah SWT, keesaanNya dan kekuasaanNya.
Antara faedahnya lagi ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke masjid dan ke tempat menuntut ilmu.
Sementara faedah yang dinisbahkan kepada dunia ialah melihat hasil usaha dan terlepas daripada sesuatu yang menyakitkan seperti jatuh dan berlaga
Bagaimana Menghargai Mata ?
Mensyukuri mata itu ialah memelihara dan mengawasinya daripada melihat setiap yang haram seperti melihat perempuan yang lain selain isterinya, hamba sahaya dan muhrimnya, dan juga melihat remaja yang muda belia umpama melihat aurat lelaki dan seumpamanya. Oleh sebab itu, lazimilah mengawasi mata anda daripada melihat dan memerhatikan setiap yang haram tersebut.
Kenapa?
Kerana Allah SWT ada berfirman di dalam surah An-Nur ayat 30 :
“Katakanlah wahai Rasulullah kepada orang-orang yang beriman lelaki, “Hendaklah mereka memejamkan (menahan) pandangan matanya (melihat yang terlarang yang tidak harus kamu melihatnya) dan memelihara kemaluan mereka (jangan berzina dan pasti mereka menjaga kemaluan mereka daripada perlakuan sedemikian) itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat (sama ada zahir maupun batin mereka akan diberi balasan atas perbuatan mereka itu)”.
Ayat tersebut mengajar kita agar berkelakuan baik di samping memberitahu dan menimbulkan rasa takut kita untuk melakukannya. Kita diajar supaya sentiasa beradab dalam apa jua situasi.
“Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, pasti mereka menahan dan memejamkan pandangan mata mereka daripada melihat sesuatu yang terlarang dan tidak halal dipandang”.
Allah SWT menyuruh hambaNya supaya berkelakuan baik iaitu mengawasi matanya daripada memandang yang haram dan menjaga kemaluannya daripada yang tidak halal.
Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap hambanya menjunjung perintah Tuhannya, dan jika tidak sudah pasti ia akan berkelakuan jahat dan memang wajarlah ia dimurkai dan diseksa.
“Menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan itu adalah lebih suci bersih bagi mereka”.
Allah SWT mahu hambaNya memejamkan mata dan memelihara kemaluan untuk mensuci bersihkan hati daripada segala dosa dan untuk memperbanyakkan lagi sesuatu amalan yang baik.
Sementara menimbulkan rasa takut (menakutkan), Allah SWT berfirman,
“Sesungguh Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat sama ada zahir mahupun batinnya”.
Allah SWT akan membalasnya apabila ia berkelakuan baik, pasti ia akan diberi balasan pahala, kesenangan syurga. Sebaliknya jika ia memiliki kejahatan, pasti Ia akan dibalas dengan balasan seksa dan api neraka berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ghafir (Al-Mukmin) ayat 19 :
“Dia (Allah Taala) mengetahui (pandangan) mata yang khianat (pandangan yang terlarang seperti melihat wanita yang bukan muhrim) iatu mata itu mencuri memandang kepada yang haram dan terlarang. Dia mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh hati yang bercita-cita sama ada untuk melakukan kejahatan mahupun kebaikan”.
Nabi SAW juga ada bersabda :
“Sesungguhnya memandang ke tempat yang elok (yang mengghairahkan) daripada tubuh badan perempuan itu umpama anak panah yang beracun daripada segala anak panah iblis (yang amat cepat merosakbinasakan seseorang).
Maka sesiapa yang meninggalkannya kerana berasa takut kepada Allah Subhanallahu Taala, nescaya Allah Subhanallahu Taala mengurniakannya rasa kesedapan amal ibadat yang menggembirakannya (yang menyukakan hatinya)”.
Hadis di atas diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Hudzaifah RA dengan menghukumkan sanadnya itu adalah sohih.
Sabda Nabi SAW :
“Bagi setiap anak Adam (manusia) itu ada bahagianya daripada zina. Maka kedua-dua mata itu berzina dan berzina kedua-duanya. Memandang ke arah yang tidak harus (haram) dipandang. Dan kedua-dua tangan itu berzina dan berzina kedua-duanya menampar (menerkam) pada bahagian yang terlarang.
Dan kedua-dua kaki itu berzina dan berzina kedua-duanya berjalan ke tempat yang haram. Mulut itu berzina dan zinanya mengucup yang tidak halal dikucup. Hati itu yang ada keinginan dan cita-cita dan membenarkan yang sedemikian itu oleh kemaluan (faraj) untuk melakukan perbuatan zina atau mendustakannya (tercegah daripada keinginan untuk melakukannya”.)
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Baihaqi daripada Abi Hurairah RA. Hadis tersebut membuktikan bahawa punca berlakunya zina itu adalah daripada pandangan kedua-dua mata.
Pesanan Untuk Si Pemilik Mata
Melihat mata yang melihat.
Haruslah kita sentiasa melihat dan memerhatikan apa dilihat oleh mata. Sentiasalah mengawasi mata dengan memeliharanya dengan bersungguh-sungguh apa yang anda nanti-nantikan. Jika berlaku sesuatu perkara yang amat serius, jagalah mata itu dengan pengawasan yang rapi dan bersungguh-sungguh.
Mata itu adalah amanah Allah yang akan dipersoalkan kelak. Jangan terkejut apabila mata kita bercakap kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)