Pages

Labels

Powered by Blogger.

Friday, 13 July 2012

APA ITU BUTA HATI??


Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

NAJIB DENGAN MC BINCANG HARGA TIKET

KUALA LUMPUR - Enam puluh peratus daripada hasil jualan tiket bagi perlawanan bola sepak antara Manchester City FC dan pasukan kebangsaan Malaysia di sini pada 30 Julai akan diderma kepada Yayasan 1MDB (1Malaysia Development Berhad), yayasan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan, demikian diumumkan hari ini.
   
1MDB dalam kenyataannya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Manchester City FC mencapai persetujuan berhubung inisiatif amal itu.
   
Kata 1MDB, 'harga capaian istimewa' juga akan diwujudkan untuk beribu-ribu tiket untuk memastikan para peminat bola sepak di negara ini berpeluang menyaksikan pasukan kebangsaan mereka berentap dengan Manchester City FC, yang mempunyai pemain terkenal seperti Vincent Kompany, Sergio Aguero, Yaya Toure dan Carlos Tevez.
   
1MDB berkata persetujuan tentang derma dan strategi penentuan harga itu dicapai hasil perbualan dan hubungan positif antara Najib dan pemilik serta pengerusi kelab terkenal itu baru-baru ini.
   
Dalam mengesahkan inisiatif bersama itu, kenyataan tersebut memetik Najib sebagai berkata "dasar penentuan harga dan derma yang telah kami persetujui ini membolehkan kami menggabungkan kecintaan Malaysia terhadap bola sepak dengan semangat mendalam melakukan kerja amal yang akan memberi manfaat kepada beribu-ribu orang.

"Saya amat mengalu-alukan kedatangan Manchester City dan mengharapkan dapat menonton perlawanan menarik dengan pasukan kebangsaan kami. Saya yakin, ia bukan saja akan memberi peluang kepada peminat kami untuk menyaksikan perlawanan menarik, tetapi para pemain kami juga akan mendapat banyak manfaat melalui pengalaman mereka bermain menentang lawan yang begitu hebat."
   
Ketua pegawai eksekutif sementara Manchester City John MacBeath pula berkata: "Kami amat menghargai keramahan dan sikap terbuka Perdana Menteri serta sambutan yang diberi rakyat Malaysia kepada kami selama ini.
   
"Sebagai tanda menghargai semua ini, kami dengan senang hati bersetuju dengan inisiatif bermakna yang dilaksanakan dengan negara ini dan gembira kerana perlawanan ini akan dapat disaksikan oleh seramai mungkin penonton."
   
Anggota pemegang amanah Yayasan 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata yayasan itu bertuah kerana mendapat manfaat daripada perlawanan amal itu.
   
"Ia akan disalurkan kepada usaha berterusan kami untuk menambah akses terhadap pendidikan bagi kanak-kanak Malaysia.
   
"Kami harap kisah kejayaan serta semangat juang Manchester City akan memberi ilham kepada kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami ini untuk mencapai potensi sebenar masing-msing," katanya

TRW MAHU MENANG PERLAWANAN TERAKHIR

KOTA BHARU – Turun sebagai juara bertahan Liga Super bertemu Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini,The Red Warriors bagaimanapun enggan mendabik dada, sebaliknya tetap mahu menang pada perlawanan itu.

Pengurus Pasukannya, Azman Ibrahim berkata, anak-anak buahnya perlu mengekalkan momentum persembahan yang baik supaya tidak menghampakan ribuan penyokong yang bakal hadir menyaksikan perlawanan terakhir itu nanti.

“Sekiranya kita menang, sambutan sebagai juara Liga Super malam ini akan lebih manis dan menjadi tanggungjawab pemain memastikan kemenangan itu milik Kelantan.

 “Kemenangan ini juga penting bagi mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan beraksi di tempat sendiri sebelum menjulang piala,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Azman berkata, selain menjanjikan hadiah kemenangan ke atas Sarawak, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) juga berbesar hati mengagihkan pelbagai cenderamata kepada para penyokong malam ini.

“Paling menarik, 500 kemeja-T akan ‘dilempar’ kepada penonton sejurus selesai majlis penyampaian piala dan medal sebagai tanda penghargaan kepada peminat setiaThe Red Warriors.

“Pun begitu, kami mohon maaf kerana jumlahnya agak kecil berbanding puluhan ribu penyokong di stadium selain menasihatkan mereka supaya tidak berasak-asak sehingga menggugat keselamatan ketika berebut cenderamata itu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata, biarpun Kelantan beraksi tanpa penyerang sensasi, Mohammad Ghaddar akibat digantung dua perlawanan, pasukan itu masih mempunyai harapan yang disandarkan pada penyerang berbisa mereka, Norshahrul Idlan Talaha.

“Mat Yo (Norshahrul) perlu berbuat sesuatu pada malam ini bagi menamatkan kemarau jaringan selepas hanya mampu meledakkan enam gol sepanjang kempen musim ini. Bukan beliau sahaja, pemain lain juga mengalas tanggungjawab sama,” katanya.

Wednesday, 11 July 2012

CINTA YANG AGUNG

YA ALLAH....
YA ALLAH..
YA ALLAH..

AkU MENCINTAIMU..
Engkau buatkan dalam hati aku ini mencintaiMu..
lebih dari segala-galanya..

YA ALLAH...

ENGkAULAH MAHA PENCIPTA..
PENCIPTA YANG AGUNG!!!!

LAWAN GODAAN SYAITAN

Goyahnya aku hidup dalam dunia ini....
lemahnya aku dalam omba kemasitan..
nikmat yang sementara di dunia membuatkan aku alpa dalam mencari  redhaMU..
YA ALLAH...
aku bimbang 
aku risau ya ALLAH..
Andainya diri ini x kuat untuk melawan godaan syaitan MUSUH NYATA bagiku..
YA ALLAH..
hanya mengingatiMU..
hanya menuruti SUNNAH NABI...
godaaan syaitan itu dapat aku tepis..
agar aku menjadi insan yang mendapat kebahagian di dunia dan akhirat...
amin..ya ROBBI...

Wednesday, 4 July 2012

RATU ROCK NEGARA NIKAH JULAI INI

Ratu rock negara, Ella mengesahkan bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 7 Julai depan.

Menurut laporan sebuah akhbar, Ella, 46, memberitahu majlis pernikahannya bersama Azhar Ghazali, seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly bakal diadakan di rumah keluarganya di Klang, Selangor.

Menurut Ella lagi, majlis pernikahan akan diadakan secara sederhana dan hanya melibatkan keluarga terdekat kedua belah pihak dan kenalan rapat sahaja kerana menghormati permintaan keluarga yang inginkan kesederhanaan.

Ella dan Azhar mula berkenalan sejak sembilan tahun lalu namun hubungan menjadi lebih serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Pasangan ini dijangka akan mengadakan majlis resepsi pada 1 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Umno p.pinang tunduk hukum hudud


GEORGETOWN - Sebagai seorang yang beragama Islam, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Sungguhpun begitu, beliau berkata, ia belum lagi sesuai dilaksanakan di negara ini.

Bagaimanapun, Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam harus melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di Johor.
"Di Kelantan majoriti penduduknya adalah kaum Melayu dan beragama Islam. maka lebih memudahkan Pas untuk melaksanakan hudud," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bagan diminta mengulas cadangan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat agar pelaksanaan hukum hudud dimulakan di Johor.
Shaik Hussein berkata, jika Pas boleh melaksanakan hukum hudud di Kelantan, Pemuda Umno Pulau Pinang khususnya akan bersama parti itu melaksanakannya di Malaysia.
Untuk itu, Pas harus memastikan hudud yang dilaksanakan itu adalah hukum Islam dan bukan hukum Pas.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, beliau bersetuju dengan cadangan pelaksanaan hukum hudud.
Ini kerana agama Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi.
"Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus bersetuju dengan hudud kerana ia adalah hukum ALLAH. Tiada siapa yang berani melawan hukum ALLAH,” katanya.